Saturday, 31 March 2012

KUIH KERIA KELEDEK UNGU

Saje nak cuba guna keledek ungu apa beza rasanya...:)

 sedap...

quick entry je hari ni...keledek ungu ni kawan saya yg bagi..sedapnya dibuat goreng....ada baki saya buat kuih keria sebab teringin nak rasa beza guna keledek ni...rasa macam keledek putih sebab tak manis sgt....nak bentuk pun senang sebab bukan jenis berair....

kat ipoh ni susah nak dpt keledek ni..memang tak dek org jual rasanya..ini lah 1 time saya makan keledek ungu ni...biasa makan yg versi kerepek je...hahahha...tapi kalau jumpa mesti nak beli la...sebab memang sedap betul kalau buat goreng..ala2 keladi pun ada rasa dia ....yg digoreng tak sempat nak tangkap gambar....dah licin...kekekek..tq yaya atas keledek mu ini....yaya ni tempah nasi briani kat saya hari tu...selain keledek yaya jugak bagi betik..sedapnya....:)

saya guna resepi kuih keria saya yg pernah saya post kat myr n blog ni....entah la susah skit nak ubah pada resepi lain sebab saya jenis suka yg byk ubi kalau buat kuih ni...k meh tengok resepi...:)

nanti saya BW ye..terima kasih pd semua yg berkunjung dan meninggalkan komen...sama amat menghargainya...:)

 KUIH KERIA /KUIH GELANG

Resepi: quinnie

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 500 gm keledek (saya guna keledek ungu)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air 
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara

  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. lepas dah rata gula tadi....tabur tepung gandum...ini utk menjadikan gula yg disira tahan lama dan tak mudah cair...padamkan api dan bolehlah dianggkat. 

Friday, 30 March 2012

MASALODEH RANGUP


Kali ni saya kongsikan resepi dari isya irfan@myr pulak..dulu2 sebelum pandai buat versi yg embah saya tu..saya selalu guna resepi isya ni...sebab resepi ni memang best...cuma kali ni saya blend segala daun kari...rempah dan bawang..dan kacang dhal tu.....kalau tak dulu selalu ikut cara isya tu..hiris2 je sayur2 tu semua....lagi satu..saya rendam kacang dhal ni semalaman..macam resepi embah tu barula dia lembut lama walaupun dah sejuk....:)

apa2 pun terima kasih pada isya irfan@myr...saya letak resepi awak kat sini pulak ye utk dikongsikan bersama kawan2....:)


MASALODEH RANGUP

Resepi: isya irfan@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba. 
( notaQ: saya rendam semalaman kacang dhal..lepas tu blend daun kari..cili..jintan....bawang dan kacang dhal tu... dah gaul semua..saya peram kejap dlm 20 minit..lepas tu baru goreng..)

Thursday, 29 March 2012

IKAN KEMBONG MASAK KUALI


Dah lama nya tak makan ikan masak kuali ni...ni resepi dari che'iza...saya suka resepi ni sebab ada letak halba dlm masakan ni...ada bau2 kari skit..hehehhe...apa2 pun terima kasih pd che'iza....kita kongsikan resepi awak kat sini ye...dia kalau nak guna ikan lain pun best jugak ni...:)

IKAN KEMBONG MASAK KUALI

Resepi: che'iza @myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2
  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

Wednesday, 28 March 2012

APAM TEPUNG GANDUM..kak fida

cuba resepi kak fida pulak..:)

elok naiknya..:)

resepi apam tepung gandum kak fida ni memang dah lama nak cuba...tapi sekarang baru ada masa....hehhehe....risau jugak kot tak jadik sebab saya ada derhaka skit kat resepi ni...hehehhe...lagi pun ada jugak yg kasi komen derang buat tak jadik...Alhamdulillah elok jadi apam saya ni...tapi kalau yg tak biasa buat apam jgn berani2 nak derhaka macam akhakkk ni ye..hehehhe....

apa2 pun terima kasih pada kak fida...dpt byk jugak apam ni..saya kongsikan resepi apam akak ni kat sini pulak ye...:)

APAM TEPUNG GANDUM

Resepi: kakfida@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam

Cara-cara

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
(nota Q: saya lebih suka kalau apam2 ni dibuat menggunakan gula kabung...jadiknya ..kita kena la masakkan dulu gula tu.....ambik seketul gula saiz besar..lepas tu masakkan dgn secawan air...dan sehelai daun pandan...masak hingga gula cair dan tutup api..sejukkan gula tu...bila dah sejuk...baru bancuh apam...saya masukkan tepung dalam mangkok....campur dgn 1 sudu besar gula pasir ( yg ni saya tambah)...campur dgn secubit garam..gaul2 rata...leaps tu buatkan lubang ditengah2 tepung....sampai nampak dasar besen..lepas tu..masukkan yis...kemudian isi air 1/12 cawan...kacau2 hingga berbuih yis tu..dan akhir sekali masukkan air gula kabung..kacau2 rata hingga tak bergentel tepungnya....( tepung tu saya ayak dulu..sekali je)....bila dah rata..masukkan kedalam loyang yg telah di griss...biar dia penaik 2 kali...penting cara ni...kena naikkan adunan dalam loyang terus ye..kalau tak nanti apam bantat kalau nak pindah2 bila dia dah penaik tu..wajib ikut cara ni baru apam jadik...lepas tu panaskan pengukus dan kukus la 1 jam....)

Tuesday, 27 March 2012

LAKSA


 dah lama teringin nak makan laksa...akhirnya saya buat jugak...hehehhe...terima kasih pd yg berkunjung...nanti saya buat kunjungan balas...tak berapa nak free 2-3 hari ni...adik meragam skit.

saya kalau makan laksa suka letak segala fish ball ke fish cake...lagi rasa sedap bila makan laksa ni...kalau tak pernah cuba...boleh la cuba ye....:) .k lah meh tengok resepi....

LAKSA

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

utk kuah

5 ekor ikan kembung
5 ekor ikan sardin
5 asam keping
3 sudu besar cili kisar
1/3 sudu besar otak ikan
1 bawang besar saiz sederhana
skit halia
daun kesum dan bunga kantan
gula dan garam
sedikit belacan
air

bahan tambahan
laksa
timun
cili merah
bawang besar
telor rebus
fish cake /fish ball


Cara2


1. mula2 rebus ikan dgn air secukupnya..masukkan asam keping sekali...bila dah didih airnya...tutup api dan toskan ikan..asingkan isi ikan dari tulangnya...masukkan isi ikan + air  kedalam blender dan blend hingga hancur..kemudian masukkan kedalam periuk.

2. kemudian blend tulang ikan + air...hingga hancur dan tapiskan kedalam periuk. ambil asam keping yg telah direbus tadi dan masukkan sekali...boleh tambah lagi kalau nak kuah rasa lebih masam...

3. masukkan cili kisar kedalam periuk...blend bawang dan halia dan belacan....masukkan sekali kedalam periuk. masukkan bunga kantan dan daun kesum...masak kuah...tambah air jika perlu.

4. bila dah didih kuahnya..masukakn garam dan gula....masak lagi hingga kuah betul2 masak...dah masak kuahnya boleh la hidangkan dgn laksa dan bahan2 tambahan.

Monday, 26 March 2012

SUP CAMPUR


sup campur..menu ringkas je..boleh makan dgn nasi dan juga mee atau bihun...terima kasih pada yg berkunjung dan meninggalkan komen..nanti saya BW ye..:)

SUP CAMPUR

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

1/2 ekor ayam dipotong kecil
4 kentang dibelah 4
1 tomato dibelah 4
1 carrot dihiris
1 paket fish ball
sawi secukupnya
daun sup dan bawang dihiris jika ada
rempah 4 sekawan
garam dan gula skit
air 
sedikit serbuk lada hitam

bahan blend
3 bawang kecil
4 bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu besar jintan kasar
1/2 sudu besar jintan halus
1/2 sudu besar lada hitam

Cara2

1. mula2 panaskan sedikit minyak dalam periuk...kemudian tumis bahan2 blend...biar naik bau..kemudian masukkan rempah 4 sekawan...kacau2 dan biar rempah masak....

2. masukkan ayam dan kentang...kacau2 sampai keluar air ayam...kemudian masukkan air secukupnya.,,tutup periuk dan masak hingga didih kuahnya.

3. bila dah didih..masukkan serbuk lada hitam...masak hingga kentang empuk..bila kentang dah empuk baru masukkan garam dan gula....masukkan juga tomato dan carrot....bila sayur dah layu skit..masukkan fish ball...kacau2 kejap dan tutup api. akhir sekali masukkan sayur sawi dan daun sup dan bawang....kacau2 rata....dah siap..:)

Saturday, 24 March 2012

PEJERI NENAS


menu kesinambungan dari set nasi oren hari tu..kelam kabut skit hari ni sebab ada masak2 utk kawan..saya biasnaya kalau masak pajeri suka guna rempah kari ikan...tapi kali ni guna rempah kari daging sebab tekak ni terasa nak tukar selera pulak..hehehe...bagi saya penggunaan rempah ni memang memberikan perbezaan besar...kalau tukar dari rempah ikan ke daging memang ada beza skit kat rasa dia tu... k lah meh tengok resepi..

PAJERI NENAS

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan2

1 1/2 biji nenas
santan secukupnya
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
6 helai daun kari
rempah 4 sekawan
2 sudu besar udang kering*
3 bawang merah*
4 bawang putih* ( bahan* diblend)
3 sudu besar cili kisar
garam dan gula
sedikit air asam jawa
2 sudu besar kerisik


Cara2

1. mula2 panaskan minyak...kemudian tumis bahan2 kisar....bila dah naik bau..masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari....kacau2 kejap.....masukkan pula cili kisar...tumis hingga cili kering airnya...lepas tu masukkan rempah kari daging..kacau2 kejap dan masukkan air skit..sekadar utk meratakan rempah...masak hingga bahan tumisan terbit minyak....

2. bila dah terbit minyak...masukkan air asam jawa...nenas...kerisik...dan santan...air jika perlu....masak hingga nenas empuk.

3. bila nenas dah agak2 nak masak...masukkan gula dan garam....reneh kuah hingga pekat dan terbit minyak....

Friday, 23 March 2012

KURMA TELOR


Kurma telor ni saya makan dgn nasi minyak jus oren semalam...dah lama sebenarnya tak masak gulai kurma ni..sampai rempah kurma yg dibeli pun dah nak expired..itu yg kelam kabut masak....hehehhe...resepi simple je...meh tengok resepi..

KURMA TELOR

8 telor ayam direbus
1/2 bawang besar dihiris
1/2 bawang besar*
4 bawang putih*
2 bawang merah*
1 inci halia*
3/4 sudu besar jintan kasar* ( bahan * diblend)
4-5 sudu besar rempah kurma
santan secukupnya
4 kentang di belah 4
1 tomato dibelah 6
1 asam keping
2 sudu besar cili kisar
4 tangkai daun kari
rempah 4 sekawan
sedikit daun sup
air
garam dan gula
minyak 
2 sudu besar minyak sapi


Cara2

1. mula2 kupas telor yg telah di rebus...kemudian masukkan minyak secukupnya dan goreng telor hingga kekuningan kulit nya...lepas tu angkat dan tepikan.

2. ambil 1/2 senduk minyak dari goreng telor tadi dan masukkan kedalam periuk...kemudian masukkan minyak sapi...bila dah cair..tumis bawang besar dihiris...dah layu dan kuning skit bawangnya..masukkan rempah 4 sekawan..kacau2 rata dan masukkan bahan2 blend...tumis hingga airnya kering...

3. kemudian masukkan cili kisar...tumis hingga cili masak...lepas tu masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air..kacau2 hingga terbit minyak....dah terbit minyak atau rempah dah masak...masukkan daun kari....kacau rata..masukkan pula tomato dan kentang..kacau2 kejap..masukkan santan cair dan asam keping..kacau2 dan tutup periuk..masak hingga kentang empuk....sekali sekala kacau la utk elakkan kentang hangit dan tambah air jika perlu.

4. bila dah empuk kentangnya..masukkan santan pekat....garam dan sedikit gula..biar didih kuarnya...masukkan telor dan daun sup...reneh kuah hingga terbit minyak....masa reneh ni guna api kecil...dah siap boleh la dihidang dgn nasi...

Thursday, 22 March 2012

NASI MINYAK JUS OREN

dah lama teringin nak cuba nasi ni..:)

saya makan dgn kurma telor..ayam goreng berempah dgn pajeri nenas..

saya sebenarnya takut nak cuba nasi ni sebab takut rasa oren pada nasinya..hehehhe..rupanya nasi ni rasa macam nasi minyak biasa cuma ada letak jus oren je...tapi kalau terlebih letak memang akan rasa jus oren tu..heheheh...saya guna sunquick je..nasib baik la letak skit je..kalau tak memang tak lalu nak telan sebab rasa oren terlebih kat nasinya..hehhehe..tapi bila dimakan dgn segala lauk pauk memang tak terasa pun....cuma masam skit je...mungkin sebab saya guna sunquick...apa2 pun kalau dah minat nasi minyak memang tak jadik hal la kan...hehehhe

saya berminat nak cuba lepas tengok kak norlie masak nasi ni...sebab pernah salin resepi dari blog kak norlie..nasi kawah...guna jus sunquick..kak norlie kata lebih kurang macam kawan dia masak jugak rasa nasinya...resepi ni saya cnp dari blog kak norlie..terima kasih kak...resepi asalnya dari ros jintan manis..terima kasih ros....saya mintak izin kongsikan kat sini pulak ye resepinya...rasanya bloger2 lain pun dah pernah cuba nasi ni...saya je yg terlambat skit....

k lah meh tengok resepi...:)

RESIPI NASI MINYAK JUS OREN
cnp: kak norlie

bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A

1/4 biji bawang besar

2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan


Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.

(nota Q: saya guna sunquick oren....sukatan tu saya tukar jadikan 1/5 cawan je oren sunquicknya....jgn letak byk sebab nanti nasi akan jadi masam dah terasa orennya....lepas tu susu cair saya letak 1/2 cawan....dan air  3 1/2 cawan .. saya tumis segala bahan..lepas tu masukkan air..dah didih air baru saya masukkan beras....lepas tu tanak nasi macam biasa...)

Wednesday, 21 March 2012

SUP MAKARONI


masak sup makaroni kes terkenan tengok dak ika buat hari tu..hehehhe..kebetulan saya pegi ke kedai...jadiknya ada peluang la nak beli makaroni...simple dan sedap...resepi asalnya dari kak masz...baru ku tahu kak masz ada blog...hahahha....selalunya chit chat kat fb je..kan kakmasz...hehehhe....

terima kasih pada dak ika..kita cnp dari blog awak je..hehhehe..dan terima kasih pada kak masz..lain kali nak buat lagi..makcik yg tak makan makaroni pun tumpang makan jugak...heheheh..ingatkan tak laku...kekeke...saya tanya kat dia..eh makan pulak? dia kata masak gini makan le..yg goreng2 tak suka...pulok!!! hehehhe

SUP MAKARONI
Resepi Asal : KAK MASZ
cnp: ika
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya >>yg ni cuma letak hirisan daging Q letak bebola ikan beli je...heheheh
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk Q guna kiub ayam
  • 2 liter air atau secukupnyer
  • segengam soohoon>>tak masukkan Q lupa nak letak..huhuhu
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pon :D)
  • Q tambah ayam yg dicincang
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan

  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok Q ganti dgn kicap lemak manis
  • Q letak bawang putih
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar...Q masukkan ayam....
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu...Q tak buat ikan bilis goreng sebab malas...ngeee

Tuesday, 20 March 2012

GULAI LEMAK IKAN ARA


gulai lemak ni saya masak minggu lepas....ni masa dpt ikan sungai banyak dari kg hari tu..memang besar ikan ara ni...dekat 3-4 kili kot beratnya..nak angkat memang kena guna dua2 belah tangan...nak belah pun kena guna kapak utk dptkan hirisannya...hhehehe...saya memang tak daya la..memang tugas pakcik la yg menhiris...kekekek...terasa nak makan lagi ikan ni sebab sedap....selain dibuat goreng...saya sempat buat gulai lemak ni..:)

kebetulan ada belimbing dari kg...apa lagi...terus menggulai le...hehehhe

GULAI LEMAK IKAN ARA

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

beberapa hiris isi ikan ara
santan pekat secukupnya
santan cair secukupnya
sedikit buah belimbing- di tumbuk skit buahnya
2 bawang merah*
20 cili padi* ( bahan* di blend lumat)
1 tomato dibelah 6
garam dan gula skit
5 serai diketuk
2 daun kunyit dihiris
sedikit serbuk kunyit

Cara2

1. mula2 bersih ikan..lepas tu rendam dgn air asam jawa selama 10 minit...lepas tu bersihkan balik dan toskan dlm tapis...kemudian...gaul dgn garam dan goreng ikan ni..saya goreng kejap..guna minyak macam biasa...cuma goreng tak yah sampai garing...dah goreng angkat dan tapiskan.

2. masukkan bahan blend dalam periuk...santan cair skit...buah belimbing..serai...daun kunyit....serbuk kunyit.....masak hingga bahan2 naik bau dan layu....lepas tu masukkan ikan..garam dan gula skit...tomato...isi santan pekat...kacau2 selalu..agak2 kuah dah didih dan ikan dah sebati dgn kuah boleh la ditutup apinya...dah siap..

Monday, 19 March 2012

AYAM BARYANI BATU PAHAT..che iza dan NASI BARYANI

saya memang suka nasi baryani..:)

makan dgn papadom memang best..kekeke

biasa guna resepi mrs dayat..kali ni guna resepi che'iza..

Assalammualaikum....sihat semua? saya malas betul nak update blog beberapa hari ni...malas nak bukak pc sebenarnya...hehehe....nasi baryani ni saya dah masak dekat 3 bulan kot...hahahaha..baru ini rajin nak letak kat blog sebab byk resepi nak di copy n paste..kekekek..nak cnp pun malas ye...ngeeee...saje masak nasi ni masa cousin balik cuti hari tu...lepas tu saje nak cuba rempah briani baru...import dari muar..cap hj sernan..dulu pernah guna cap adami...hmmmm...dua2 pun sedap...tapi yg hj sernan ni ada jual dlm serbuk..yg adami ni tak dek rasanya...

ayam briani ni saya masak guna resepi che'iza..cara iza ni lain skit dari mrs dayat...iza dia ada perap ayam ni dgn bahan2 kisar..lepas tu rempah ditumis..kalau cara mrs dayat tu rempah tak ditumis dan ayam/daging tak payah diperap...bagi saya dua2 resepi ni sedap...saya kadang2 guna resepi iza kadang2 guna mrs dayat...ikut tekak waktu tu nak makan yg mana satu..heheheh...rasa lebih kurang tapi ada la bezanya skit..kalau jenis tekak sensitif macam saya ni memang boleh perasan perbezaan dia....

terima kasih iza atas resepi mu ini...kita letak kat blog kita ye...kalau ikut iza dia masak guna daging..saya guna ayam...nasi saya masak cara mrs dayat...terima kasih pada kedua2nya..:)


AYAM BARYANI BATU PAHAT

Resepi: che'iza@myr 
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
  • 1 kg daging lembu @ daging kambing dibersihkan dan di potong kecil.-Q guna ayam
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 10 gm rempah tumis
  • * 4 tangkai lada hijau
  • * 6 biji bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • 3 sb rempah baryani
  • 2 sb tomato puree
  • daun saderi
  • daun bawang
  • daun ketumbar
  • daun pudina dipotong
  • 4 tangkai lada hijau
  • 2 biji tomato potong kecil
  • 3 sb besar susu cair diperah dgn 2 biji limau kasturi utk dijadikan tairu
  • gajus dan kismis di goreng
  • sedikit minyak sapi ghee utk menumis 

    Cara-cara

    1. Kisar bahan bertanda *. Tuang sedikit bahan kisar kedalam daging dan diperap sekejap.
    2. Tumis bawang besar yg dihiris dgn rempah tumis hingga naik bau. Masukkan lebihan bahan kisar dan tumis hingga garing.
    3. Bila bahan tumisan sudah garing masukkan rempah baryani, tumis lg hingga betul2 garing dan naik bau. Masukkan daging dan masak daging hingga daging empuk. Masukkan sekali tomato puree, garam, gula dan pak aji.
    4. Bila daging hampir empuk masukkan tairu, tomato, lada hijau, daun-daunan yg dipotong lbh kurang 2 inci.
    5. Akhir sekali bila daging sudah masak masukkan gajus dan kismis yg telah digreng. Akan bangkit minyak bila daging masak, gunakan minyak itu utk buat nasi baryani.
    6. ** tips utk gunakan daging kambing, seeloknya perap dgg dgn tepung dulu sekurangnya 1 jam utk menghilangkan bau hanyir.
     (nota: oleh sebab Q masak guna ayam..jadiknya....lepas masukkan ayam terus je Q masukkan tomato puree...garam....gula...lepas tu masukkan tairu ...lada hijau..tomato....bila dah empuk ayam baru masukkan daun2....Q letak kismis je....gajus tak letak....rempah briani tu Q tambah ikut pekat yg Q nak...sebab Q suka kuah dia kuat skit rasa rempahnya...susu pun Q tambah...tomato puree pun...main agak2 je....guna deria rasa...hehehe...)

    NASI BARYANI BATU PAHAT

    by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Bahan-bahan ( 4org )

    • 3 cwn beras basmathi (Q guna 4 mug beras biasa)
    • sedikit rempah tumis
    • *6 ulas bwg merah (blend) (Q guna 3 bawang merah)
    • *5 ulas bwg putih (blend) (Q guna 3 bawang putih)
    • *2"halia (blend) (Q guna 1 inci halia)
    • setengah biji bwg besar (hiris)
    • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
    • 2-3 tbsp minyak sapi (Q tambah lagi 2 sudu besar margerin)
    • 1tsp garam
    • sedikit pewarna kuning
    • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
    • 2tbsp rempah baryani (Q guna 4 sudu besar)
    • 4 setengah cwn air (Q guna 4 1/2 mug air)
    • setengah cwn susu cair (Q guna 1/2 mug susu cair)

    Cara-cara

    1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
    2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
    3. masukkan air..tunggu sampai didih
    4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
    5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
    6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
    7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
    8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

    Sunday, 18 March 2012

    IKAN BILIS BELIMBING BULUH


    memang hitam rupa sambal ni...hehehe...iras2 ikan bilis belimbing buluh yg style pahang tu..tapi yg tu kita rebuskan belimbingnya ..tapi yg ni tak yah...cuma kena masak sampai ikan bilis tu kering cam gini....sedap makan dgn nasi putih...resepi ni saya ambik dari niezaderaman@ myr..terima kasih nieza..lain kali kalau ada belimbing boleh buat lagi..dulu2 masa ada pokok belimbing resepi ni tak keluar lagi..hehehe..sekarang ni terpaksa la tunggu belimbing dari kampung je..nak beli rasa rugi pulak...sebab pernah ada pokok dia jadik macam rugi kalau nak kena beli...heheheh..kedekutnya!!! kekeke

    k lah meh tengok resepi..

    oppss sebelum tu..terima kasih pada pengunjung setia blog saya ni...mintak maaf lambat skit membalas segala komen dan membuat kunjugan balas....kes malas nak online..hehehe

    IKAN BILIS BELIMBING BULUH

    Resepi: niezaderaman@myr
    by: quinnie@qasaehququinnie.blogspot.com


    bahan2
    • *Semangkuk Ikan Bilis
    • *3 ulas Bawang kecik
    • *1 ulas bawang putih
    • *Segenggam cili padi
    • *Belimbing buluh dipotong
    • secubit garam
    • Sedikit perasa

    Cara-cara

    1. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk .
    2. Selepas itu digoreng hingga garing
    3. Masukkan garam dan perasa
    4. Boleh dihidangkan dan makan dengan nasi panas-panas..
    5. Memang mervelous... 
    (nota: Q letak dlm 15 biji kot belimbingnya..ke 20 lebih cam gitu la...dia letak byk pun tak terasa belimbingnya..sebab kita dah masak sampai hitam cam gini tak terasa masam pun kalau letak byk pasal air dia dah kering..)

    Friday, 16 March 2012

    KUIH KERIA /KUIH GELANG

    sedapnya kuih gelang..lama tak makan...:)


    dah lama betul rasanya saya tak buat kuih ni..saya memang suka kuih keria ni...kalau dpt makan...tak leh nak henti rasanya...hehehe....tapi tak leh makan selalu sebabnya nanti berangin badan...kekeke....tu yg bahayanya tuh...:)

    saya suka resepi ni sebab tak byk menggunakan tepung...kalau guna keledek merah dia lembik skit adunannya...tapi kalau guna keledek putih..dia elok je adunannya....k lah meh tengok resepi..:)

     KUIH KERIA /KUIH GELANG

    Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Bahan-bahan ( 15 biji )

    • 500 gm keledek (saya guna keledek putih)
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/4 cawan tepung ubi kayu
    • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air 
    • 1 sudu besar tepung gandum

    Cara-cara

    1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
    2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
    3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
    4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
    5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
    6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. lepas dah rata gula tadi....tabur tepung gandum...ini utk menjadikan gula yg disira tahan lama dan tak mudah cair...padamkan api dan bolehlah dianggkat. 

    Thursday, 15 March 2012

    SERUNDING IKAN BILIS

    serunding ni memang glemer kat perak...

    dpt byk jugak...:)

    tetiba rajin buat serunding..kekeke...saya kalau bab2 kena mengacau lama ni memang malas skit...tapi sebabkan cousin nak bawak balik muar serunding...kita pun rajinkan la diri membuatnya..2 jam jugak la mengacau sebab ikan bilis tu kena masak berderai baru leh tahan lama....saya pernah makan serunding ni dulu...ustazah makcik bagi...memang sedap...tapi ustazah tu pun beli kat org...boleh tahan jugak reganya..tapi memang patut la mahal pun sebabnya nak buatnya pun bukannya senang...heheheh....

    saya pernah jugak dengar resepi ni dlm rancangan masak2 radio perak fm...tapi tak salin...dengar gitu2 je..kebetulan hari tu kak norlie keluarkan resepi ni..wahhh hati sungguh berbunga2 nak mencuba..tapi duk peram je resepi ni dulu...kekeke..akhirnya saya buat jugak...terima kasih pada kak norlie atas resepi serunding nih....saya kongsikan resepi akak kat sini pulak....kalau sape2 rajin bleh la mencuba...:)


    RESIPI SERUNDING IKAN BILIS
    JW Puan Nora U5
    sumber: kak norlie
    by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    1/2 kg ikan bilis
    1/2 kg bawang kecil - goreng kekuningan (jangan guna bawang goreng yang beli x sedap)
    1 1/2 cawan minyak - untuk menumis cili
    3/4 cawan gula
    1 sb asam jawa + 1 cawan air
    10 sb cili kering - blend dan sukat

    1- mesin ikan bilis
    2- panaskan minyak, tumis cili dan gula
    3- masukkan air asam jawa, garam kemudian masukkan ikan bilis
    4- kecilkan api dan di rendang hingga garing dan berderai.
    5- sejuk dan tambahkan bawang goreng(kekuningan). hanya digaul hingga rata (x perlu di panaskan semula selepas masukkan bawang goreng)

    (nota: Q mesin ikan bilis dgn sedikit air lepas tu tapis....air ikan bilis tu Q guna utk blend cili kering....Q tambah kacang goreng...seeloknya guna ikan bilis yg dah siap dikupas tu....)

    Wednesday, 14 March 2012

    IKAN TALAPIA SAMBAL BELACAN


    Ikan talapia lagi..heheheh...sekarang memang tengah byk ikan talapia kat rumah...kat kg 2 biji lombong pecah...mungkin sebab musim hujan tak henti ni sampai pecah lombong sebab tak leh nak tampung air...memang banjir la..tapi tak la teruk...tapi part yg best..ikan mabok...diaorg tangkap ikan kat belakang rumah je...macam2 ikan sungai...besar2 lak tu...sampai penuh peti ais tak muat...hehehhe...nasib la satu keluarga suka ikan sungai..so tak dek hal la makan ikan sungai tiap2 hari..hehehhe...ada ikan ARA... TALAPIA...lagi satu ikan tak tau nama..hehehhe...tapi sedap la jenis byk isi....kekeke..ada sekor ikan ara tu terlor dia sampai sebesar tapis....skit nye besar...tercapai la hasrat nak makan telor ikan...hehehhe

    tapi yg ni menu dah lama dah nih..2 bulan lepas agaknya...hahahha....baru sekarang nak post..kekeke...k lah meh tengok resepi campak2 saya bila time malas nak masak...ngeeee

    IKAN TALAPIA SAMBAL BELACAN

    3-4 ekor ikan talapia
    5 daun purut dicarik2
    sedikit air asam jawa
    garam dan gula
    2 bawang besar dihiris
    1 bawang besar*
    4 bawang putih*
    15 cili padi*
    sedikit belacan*
    2 serai*
    sedikit halia* ( tumbuk lumat bahan *)

    Cara2 

    1. mula2 basuh bersih ikan talapia..lepas tu lumur dgn serbuk kunyit dan garam...goreng ikan...ikut suka la nak garing tahap mana..lepas tu tapiskan...tepikan ikan

    2. masukkan sedikit minyakl utk menumis...masak hingga terbit bau dan cili masak....lepas tu masukkkan air asam jawa...ikut la nak byk mana kuahnya...masukkan gula dan garam..biar didih...dah didih masukkan bawang besar dan daun limau purut...dah terbit minyak kuahnya boleh la tutup api.

    3. susun ikan dalam pinggan..tuang kuah atas ikan...dah siap..:)

    Tuesday, 13 March 2012

    NASI GORENG SARDIN

    sedap rupanya nasi goreng sardin nih..:)

    saya makan dgn bergedil sardin..segalanya sardin..hehhehe

    tak sangka sedap rupanya nasi goreng sardin nih...saya takut nak cuba nasi ni sebelum nih sebabnya takut ada bau hanyir sardin...hehehhe..rupanya tak berbau la...rasa macam nasi goreng biasa dan kalau org tak tau dia tak perasan pun ada sardin kat dlmnya....

    saya cuba resepi dari mantesa @myr...terima kasih mantesa....:) sebenarnya teringin nak cuba resepi mantesa ni sebabnya dia ada letak daun kesum kat dlm nasik ni..tapi yg saya buat ni tak letak pun daun kesumnya...ahahhaha..daun dah habis la pulak...hmmm..apa2 pun tetap sedap..:)

    NASI GORENG SARDIN

    Resepi: mantesa@myr
    by: quinnie@qasehquqinnie.blogspot.com

    Bahan-bahan ( 2 -3 org mkn )

    • 2 cawan nasi sejuk
    • 1tin kecil sardin
    • 3 biji bwg merah & 2 biji bwg putih- ditumbuk
    • 1biji telur
    • Segenggam mixed vege
    • Garam-sesedap rasa
    • 2sudu cili kisar
    • Daun kesum- untuk menaikkn bau
    • 3 sudu minyak 
    • Q tambah sausage dlm 2 ketul

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak.
    2. Gorengkan telur sambil gaul telur untuk hancurkannyer perlahan2.asingkan ketepi
    3. Dgn minyk goreng telur td, tumisan bawang putih n merah hingga wangi.
    4. Masukkan 2 sudu cili kisar dan sardin bersama2 kuahnyer.hancurkan sardin dan gaul bersama cili kisar.masukkan garam,mixed vege dan daun kesum
    5. Masukkan nasi dan gaul rata.masukkan telur yg dah digoreng hancur.gaul sebati dan sedia dihidangkan.
    6. Selamat mencuba!

    Monday, 12 March 2012

    BERGEDIL ROTI BERSARDIN


    sedap la bergedil nih..bagus utk menghabiskan roti yg dah nak expired..heheheh...nak buat pun mudah je...terima kasih pada mymaro@myr atas resepi yg simple nih...ngap..ngap..tak sedar dah nak licin dah..heheheh

    BERGEDIL ROTI BERSARDIN

    Resepi: mymaro@myr
    by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Bahan-bahan ( 1 tin kecil sardin )

    • 1/2 buku roti (ape2 brand pun bole)- Q tak cukup roti..ada dlm 5 keping je rasanya..oleh itu Q tambah dgn 3 ketul kentang yg direbus dan lecek
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 biji cili merah ( kot nak lg pedas leh gak tmbah lagi)
    • secubit lada hitam
    • 1 atau 2 biji telur
    • daun sup & daun bawang
    • garam

    Cara-cara

    1. Bawang putih ketuk dan cincang halus-halus.
    2. Bawang besar & cili merah potong dadu
    3. daun bawang & daun sup pun potong halus2 or ikut suka tukang masak ; )
    4. Roti carik2kan kecik2... or kot rajin potong2 pun ok gak...
    5. Tuang sardin beserta dengan kuah ke dalam bekas dan lenyek ikan sardin tu sampai hancur.
    6. Tambah semua bahan2 yang dah siap di potong tadi ke dalam sardin tu.
    7. Boleh la tambah lada hitam & garam secukup rasa.
    8. Gaul semua sampai sebati.
    9. Telur tu ada 2 cara, boleh pecah terus kedalam adunan tadi atau pecah asingkan dan guna sebagai celupan sebalum goreng (mcm buat bergedil kentang tu...) Q masukkan 1 kuning telor kedalam adunan bergedil..lepas tu guna yg putih utk salut bergedil sebelum digoreng.
    10. Perap adunan tadi dalam 20 minit cukup, pastu kepal2, celup dalam telur dan goreng.
    11. Kalau saya, malam sblm tido buat, esok balik keje, terus goreng. Letak dalam peti sejuk memang bole tahan. Anak2 memang suka makan bergedil nie.
    ( nota Q: bila goreng bergedil ni jgn cepat2 kalih sebab nanti hancur...elok guna non-stick nye kuali....bila dah kuning bahagian bawahnya baru kalihkan...api jgn besar sgt)

    Sunday, 11 March 2012

    KELADI ITIK MASAK TAUCU


    Keladi itik/ keladi bunting ni memang kesukaan saya...makcik suh masak taucu..dia nak kuah pekat2 sebenarnya...kiranya tak berkuah sgt..saya p buat berkuah...heheheh....apa2 pun berkuah ke tak ke memang sedap...kekeke...

    k lah meh tengok resepi..:)

     KELADI ITIK MASAK TAUCU

    1 ikat keladi itik/bunting
    1 bawang besar dibelah 4
    2 bawang putih di tumbuk
    sedikit halia ditumbuk
    10 cili padi tumbuk kasar
    2 sudu besar taucu
    air
    garam dan gula
    1/2 cawan ikan bilis

    Cara2

    1. mula2 panaskan sedikit minyak dalam kuali...kemudian tumis bawang besar...bila dah layu dan kuning2 sikit..masukkan halia dan bawang putih tumbuk..masak hingga naik bau..kemudian...masukkan taucu....kacau2 dan masukkan air...lepas dah masuk air masukkan ikan bilis dan cili padi...

    2. masak hingga kuah didih...lepas tu masukkan keladi itik...masak hingga keladi lembut...sampai nampak lembik batang keladi tu....jgn masak kejap sgt sebab nanti keladi tak masak....

    3. bila keladi dah lembut..isi gula..garam rasa dulu baru letak sebab takut dah masin...dah rasa semua boleh la tutup api..:)

    Saturday, 10 March 2012

    KUETIAU KUNGFU

    Assalammualaikum...dah makan semua..hehehe..musim hujan sekarang ni buat org rasa nak tido je..kekeke....saya tak sempat nak bw kat blog kawan2...terima kasih pada semua yg telah meninggalkan komen..nanti saya pelan2 buat kunjungan balas ye...:)

    teringin nak makan kuetiau kungfu ni lepas tengok mas buat hari tu...tertarik nak cuba sebab cara hanis ni masak kuetiau ni lain skit..dia masak asing kuetiau dgn kuahnya....memang sedap kalau letak segala maknenek seafood kat dalam dia...hehehe..saya tak dek udang..ada daging ngan ayam ngan kerang je..hehehe...apa2 pun terima kasih kat hanis atas resepi ni...dan jugak pada mas..kita cnp dari awak ye..:) selamat mencuba semua... 

    start hari ni sampai minggu depan radio Q akan memilih lagu2 dari Ss501..kiranya mengimbau kenangan jugak la nih..sob sob..sedih derang ni dah berpecah...


    Kuetiaw kung fu

    Resepi : hanis@myResepi
     
    Bahan  ( 1 org )  :
    kuetiaw - Mas agak2 masa letak dlm telur Q guna satu paket kuetiau
    2 biji telur - Mas guna 1 biji telur gred A Q guna 4 telor ayam
    lada hitam @ lada putih - Mas guna lada putih aji shiok Q guna lada hitam
    mix seafood Q guna ayam..daging dan kerang
    lobak
    1 1/2 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
    1 cawan @ lebih jika nak kuah lebih - Mas guna stok ayam Q guna stok air daging
    sayur2 lain - optial
    1 ulas bawang putih - diketuk Q guna 7 bawang putih
    2 biji cili padi @ lebih klu nak pedas - diketuk Q tambah cilipadi
    sos tiram - Mas letak 1 sudu Q letak dlm 2 sudu besar
    sedikit kuib ayam - Mas tambah Q pun
    Q tambah sos ikan dlm 2 sudu besar
    Q tambah 3 bawang putih ditumbuk utk goreng sekali dgn kuetiau

    Cara memasak :
    Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam @ putih di dalam gelas @ mangkuk.
    Masukkan kuetiaw hingga 3/4 gelas. Mas agak2 jerk kuetiaw tu dan sebatikan.
    Kemudian tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak ( minyak tu agak2 mcm nak goreng telur dadar ). Q tumis bawang putih di ketuk kejap kemudian baru masuk kuetiau dlm kuali.
    Ratakan kuetiaw supaya menjadi sedikit nipis dan balikkan supaya kedua-dua belah masak dan masukkan dalam pinggan.
    Untuk Kuah : 
    Tumis bawang putih hingga sedikit perang, kemudian masukkan seafood mix.
    Masukkan air @ stok ayam dan biarkan mendidih.
    Masukkan sedikit serbuk lada hitam @ serbuk lada putih , cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran dan juga kiub ayam. sos ikan... Sebatikan.
    Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
    Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuetiaw tadi. 


    Friday, 9 March 2012

    RENDANG KERANG + KACANG


    rendang ni saya makan dgn nasi lemak semalam...makcik teringin nak makan rendang ni...kita plak teringin nak makan dgn nasi lemak...heheheh...sempoi je rendangnya...kata dia org dulu2 masak cam gini..hmmm kita pun dah tak ingat...hehehe...dalam resepi ni saya masukkan skit perut sebab nak perabihkan perut tu..so tak letak pun tak pe.....k lah meh tengok resepi..:)

    RENDANG KERANG + KACANG

    1 kilo kerang
    1 ikat kacang panjang
    3 bawang merah
    3 bawang putih
    2-3 sudu besar rempah kari ikan
    sedikit santan
    gula dan garam
    3 sudu besar cili kisar
    3 helai daun kunyit

    Cara

    1. mula2 panaskan minyak dlm kuali..lepas tu tumis bahan2 hiris ( bawang merah dan bawang putih)...goreng hingga kuning skit..lepas tu masukkan cili kisar...tumis hingga cili garing..lepas tu masukkan rempah kari ikan..kacau2 skit dan masukkan air..kacau2 rata hingga terbit minyak....

    2. lepas tu masukkan santan..kacau hingga santan pekat...biar terbit minyak skit eloknya...lepas tu masukkan daun kunyit..garam dan gula....kacau2 lagi..masukakn kerang dan sayur kacang...kacau2 hingga sayur masak dan kuah agak kering...dah siap...:)

    Thursday, 8 March 2012

    NASI LEMAK KUKUS dan..SAMBAL TUMIS

    hujan2 memang best makan nasi lemak..hehehe

     saya makan dgn sambal tumis..telor rebus dan rendang kerang + kacang panjang

    kali ni rasa best lak sambal tumisnya...hehehe

    lambat kuar entry hari ni...ngantuk je musim hujan nih tau nak tido je...kekeke....nasi lemak ni saya makan beberapa hari lepas...teringin...saya masak nasi lemak kukus tapi versi short cut...hehehe...k lah meh tengok resepi..:)

    NASI LEMAK KUKUS

    2 mug beras
    2 mug santan
    3 daun pandan
    sedikit garam

    Cara2

    1. mula2 basuh beras bersih..kemudian....tanak nasi macam biasa guna dapur gas....kacau2 dlm 3-4 kali utk elak nasi berkerak kat bawahnya..bila agak2 air nak kering..terus tutup api dan kacau2 nasi biar tak berkerak...kiranya waktu ni nasi 3/4 masak le....tepikan

    2. panaskan kukusan..lapik dgn daun pisang pada dasar loyang....tuang nasi didalamnya....bila kukus dah panas boleh la kukus nasi hingga masak...kukus dgn api yg besar...dah masak gembur2 kan nasi....dah siap.

    SAMBAL TUMIS

    1 mangkok ikan bilis
    2 senduk cili kisar
    1 bawang besar
    5 bawang putih
    sedikit santan
    2 bawang besar di potong bulat
    sedikit air asam jawa
    garam dan gula
    sedikit belacan

    Cara2

    1. mula2 goreng ikan bilis hingga garing...lepas tu tepikan...tinggalkan sedikit minyak didalam kuali utk masak sambal tumis

    2. tumis bahan2 blend...( bawang besar...bawang putih) hingga naik bau...lepas tu masukkan cili kisar..tumis lagi hingga pecah minyak....lepas tu masukkan air asam jawa...dan belacan...isi jugak gula dan garam....masak hingga kuah didih...lepas tu isi ikan bilis dan bawang besar...isi jugak santan..masak hingga terbit minyak...dah siap....

    Wednesday, 7 March 2012

    PARU KAMBING MASAK DENDENG


    Paru ni pun saya masak kelmarin....sekali dgn hati kambing tu...kawan saya tak makan paru..jadiknya dia bagi saya paru kambing nih..tak tau nak masak apa..last2 masak dendeng sebab dah lama teringin nak masak paru dendeng nih....tengok dalam buku masakan cam best je..tapi memang best pun tak rugi cuba..hahahhaa..lain kali boleh la variasikan resepi paru selain dari goreng dan masak sambal...paru yg saya masak ni pedas betul..jenuh nengok air sambil ngabiskan nasi sebab saya ni tak kuat sgt makan pedas..hehehe

    k lah meh tengok resepi..:)

    PARU KAMBING MASAK DENDENG

    1/2 kilo paru kambing/ paru lembu pun boleh
    kicap pekat secukupnya
    kicap lemak manis secukupnya
    sedikit gula merah
    garam
    minyak masak
    1/2 cawan bawang goreng
    1 kulit kayu manis
    3 buah pelaga
    1 bunga lawang
    1/2 cawan santan pekat- optional
    sedikit air asam jawa


    bahan blend
    1 genggam cili kering- direbus dan tos
    1 bawang besar
    3 bawang putih
    1 inci halia
    1 inci lengkuas
    1/2 sudu besar jintan kasar
    1/2 sudu besar jintan halus

    Cara2

    1. mula2 basuh bersih paru..kemudian...rebus paru dgn air dan 3 hiris halia...rebus hingga paru empuk...dalam 30 minit cam tu...lepas tu tos dan sejukkan..kemudian hiris2 nipis...panaskan minyak...goreng paru yg telah di gaul dgn garam dan kunyit...goreng hingga masak tapi tak yah rangup..agak2 masak je....lepas dah masak...masukkan paru didalam mangkok..isi sekali kicap pekat dan kicap lemak manis..agak2 la nak letak byk mana ye..agak2 rata....kemudian perap sekejap.

    2.ambil satu senduk minyak dari lebihan goreng paru tu..masukkan kedalam kuali....lepas tu tumis bahan2 blend..bila dah naik bau masukkan rempah2 tumis...masak hingga cili masak dan terbit minyak

    3. bila dah terbit minyak..masukkan air asam jawa...garam dan gula merah..kacau hingga didih...lepas tu masukkan daging dan kicap yg diperap tadi...masak hingga terbit minyak..lepas tu masukkan santan...santan ni kalau tak dek pun tak pe....kacau dan akhir sekali..masukkan bawang goreng..kacau2 hingga rata..biar hingga terbit minyak balik.....dah masak boleh tutup api...dah siap..:)

    Tuesday, 6 March 2012

    HATI KAMBING MASAK RENDANG TOK PERAK


    pertama kali makan hati kambing...hehehe..sedap jugak le...dia tak kuat sgt rasa dia cam hati lembu....ni kawan suruh saya masakkan...hati kambing akikah hari tu...saya masak rendang tok ikut selera hb dia..:) saya pun tak pernah cuba masak hati guna resepi rendang tok nih..tapi sedap ler sebab cukup rempah2 tu semua tak la rasa muak sgt...k lah meh tengok resepinya..:)

    HATI KAMBING MASAK RENDANG TOK PERAK

    Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Bahan2

    1 kilo hati kambing/ hati lembu pun boleh
    santan pekat secukupnya
    1 ikat daun kunyit dihiris
    1 senduk minyak
    gula kabung/ gula merah
    1 kulit kayu manis
    2 bunga lawang
    3 buah pelaga
    3 cengkih
    3 sudu besar kerisik

    bahan kisar
    2 genggam cili kering-di rebus dan toskan
    1/2 sudu besar lada hitam
    5 bawang putih
    2 bawang besar -saiz sederhana
    7 batang serai
    2 sudu besar ketumbar disangai
    1 sudu besar jintan kasar disangai
    1 sudu besar jintan halus disangai
    2 inci halia
    1 inci lengkuas

    Cara2

    1. mula2 potong hati..jgn kecil sgt...lepas tu basuh bersih..kemudian rendam kan hati tadi dgn sedikit tepung gandum..biar kan kejap....lepas tu cuci bersih dan toskan..tepikan

    2. blend2 bahan yg perlu diblend hingga hancur..kemudian ambik sedikit bahan2 blend dan perap kan dgn hati tadi...gaul2 rata dan tepikan.

    3. panaskan minyak dalam kuali...masukkan lebihan bahan2 blend...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan rempah tumis...masak lagi hingga terbit minyak...

    4. bila dah terbit minyak..masukkan santan pekat...isi air skit..masak hingga santan didih....lepas tu masukkan hati dan kuah2 perap tu sekali...kacau2 sekali sekala agar hati tak melekat pada kuali....masukkan gula merah...kerisik...garam dan daun kunyit......masak hingga kuah pekat dan hitam....saya masak lebih kurang 2 jam cam gitu rasanya....lepas dah masak boleh la angkat dan hidang dgn nasi pilihan anda...:)

    Monday, 5 March 2012

    MEE SUP TULANG


    mee sup..dah lama tak makan...saya masak mee sup ni campak2 je bahan dia...hehehe...k lah meh tengok resepi..tak tau nak borak apa hari ni..:)

    MEE SUP TULANG

    Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Bahan2

    1 paket mee
    1 kilo tulang
    1/2 kilo daging- dipotong kecil
    3-4 sudu besar rempah sup adabi
    1 bawang besar- tak yah hiris
    5 bawang putih- tak yah hiris
    2 inci halia- ketuk kasar
    1 kulit kayu manis
    1 bunga lawang
    4 bunga cengkih
    4 buah pelaga
    3 akar/batang daun sup - basuh bersih buang pasirnya
    1 daun pandan disimpul
    1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk jika suka
    garam dan gula skit
    bawang goreng
    daun sup dan daun bawang dihiris
    3 tauhu- digoreng dan hiris
    sambal cili kicap- blend bawang putih + cili + kicap

    Cara2

    1. mula2 basuh bersih tulang dan daging..kemudian masukkan kedalam periuk...masukkan juga air secukupnya tuk merebus...lepas tu masukkan rempah sup..bawang besar..halia...bawang putih...lada hitam...daun pandan....segala rempah dan akar daun sup....kemudian masak hingga daging dan tulang empuk...biasanya 2 jam.

    2. lepas daging dah empuk...masukkan gula dan garam....tabur bawang goreng skit dan tutup api....

    3. boleh la hidang sup dgn mee..tauhu yg digoreng..daun sup dan bawang yg dihiris...serta sambal kicap. dah siap...:)

    Sunday, 4 March 2012

    CUCUR NASI IKAN BILIS + SAUSAGE

    sedap ler..suka cucur resepi kak yatie nih..:)


    sedap betul la cucur nasi nih..tambah2 ada isi sausage kat dalam dia tu memang menaikkan rasa cucur..pertama kali makan cucur ada letak sausage kat dalam nya..lepas ni boleh praktikkan utk cucur2 yg lain...hehehhehe

    rasanya ramai yg dah cuba resepi cucur nasi kak yatie ni..kalau nak jejak link memang tak larat nak jejak rasanya...hehehe....memang semua puji sedap dan tak rugi la kalau nak cuba..:) terima kasih kak yatie..saya kongsikan resepi akak kat sini pulak ye...

    CUCUR NASI IKAN BILIS

    Resepi: kak yatie
    by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

     Bahan-Bahan
    • 2 cwn nasi
    • 2 cwn air
    • 1 biji bwg besar
    • 2 biji bwg putih
    • 1/2 cwn ikan bilis
    • 2 1/2 cwn tepung gandum
    • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
    • Daun sup/bawang (di hiris halus)
    • sedikit garam
    • Minyak untuk mengoreng
    • Q tambah  sausage..boleh ganti dgn crabstik macam kak yatie
    Cara Membuatnya
    1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
    2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
    3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
    4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
    5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

    Saturday, 3 March 2012

    NASI AYAM PENYET

    pertama kali makan nasi ni..hmmmm

     memula makan rasa pelik sebab tak biasa..hehehe

    bahan sampingan...

    ayamnya...

    Assalammualaikum....hari ni saya nak tayang menu yg saya masak beberapa hari lepas...ada 1/2 ekor ayam tak tau nak masak apa..last2 terpikir nak masak nasi ayam penyet ni sebab tak pernah makan...sama ada masak sendiri ataupun beli kat kedai...saje nak tau rasa...komen makcik saya...kenapa pelik nasi ayamnya? hahahhaha...saya cakap kat dia..ini la nasi ayam penyet...nasi ayam org indon...hehehe....tapi jika diberi pilihan saya suka nasi ayam versi malaysia lagi rasanya..hehehe....ikut selera masing2 la kan...mungkin sebab pertama kali makan tu yg rasa pelik skit..hehehe...

    resepi ni saya ambik dari blog resepi....terima kasih banyak2...saya kongsikan resepi awak ni kat sini pulak ye...mintak halal resepinya..kepada yg berminat boleh la cuba..:) untuk nasi  dan supnya saya masak macam saya masak nasi ayam ipoh saya tu...ada la benda2 yg saya edit..boleh ikut versi saya tulisan yg bold tu...atau boleh juga nak ikut sepenuhnya cara2 blog resepi ni masak nasi dan sup...ikut la selera masing2..:)
    ..

    NASI AYAM PENYET

    Resepi: blogresepi
    by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Untuk Ayam
    1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
    (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
    Cara Q...masuk air dalam periuk...isi 3 ulas bawang putih yg diketuk...hirisan halia...batang bawang....bila dah didih airnya...rebus ayam 5 minit je... lepas tu tos..dah tos baru Q perap dgn bahan2 dibawah...Q perap dalam 3 jam cam tu..Q tambah satu biji telor ayam....nak goreng baru tabur tepung dan goreng hingga kulit rangup.
    • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
    • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
    • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
    • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
    • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
    • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
    • 3 ulas Bawang putih
    • 1cm Halia
    • Sedikit Air
    • 1 sudu kecil Garam
    • Minyak masak untuk menggoreng.
    1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
    2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
    3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
    4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
    5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
    Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
    • Sedikit minyak masak
    • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
    • 10 biji Cili padi
    • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
    • 3 biji Bawang putih, hiris
    • 5 biji Tomato, potong 4
    • 5 cm Belacan
    • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
    • 3 sudu gula merah/secukup rasa
    1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
    2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
    3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
    4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
    5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
    6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
    7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
    8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
    Untuk Sup.
    1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
    2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
    3. Q tambah air rebusan ni sedikit serbuk lada hitam...
    Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. -Kite takde nie -Q ada tempe je
    • 2 keping tahu – potong dadu
    • 1 paket tempe – potong nipis
    • Sedikit tepung beras.
    • Minyak masak untuk menggoreng.
    1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
    2. Goreng hingga garing.

    Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

    • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
    • 3 ulas bawang putih
    • satu btg kayu manis
    • dua biji buah pelaga
    • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
    • sedikit butter
    • garam
    • separuh kiub pati ayam/daging
    • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
    1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
    2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
    3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
    4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
    Cara Q masak nasi...panaskan 3 sudu besar planta dalam rice cooker...dah cair...masukkan bahan tumbuk ( 2 bawang putih + sedikit halia)....lepas tu masukkan 3 daun pandan yg disimpul...masukkan sos tiram dlm 1 sudu besar...sedikit minyak bijan....garam skit....masukkan beras dalam 3 mug....kacau2 kejap..masukkan air rebusan ayam dalam 4 mug..tanak hingga nasi masak.

    Cara hidangan-
    Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
    *Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...