Tuesday, 31 July 2012

MEE RACUN


Wowwww!!! sangat sedap mee racun ni....kalau sape2 peminat tegar mee berkuah macam saya ni...harus cuba..nak buat pun senang...saya suka rasa mee ni..ala2 rasa mee bandung kat kg saya dulu...ada satu kedai mamak ni jual mee bandung iras2 rasa mee racun ni....mengundang nostalgia betullah....

sebenarnya dah bertahun saya simpan resepi dari che'iza ni...makan tahun yer...hehehhe...memang menyesallah tak cuba dari awal...huhuhu....tapi tergerak hati nak cuba semalam lepas tengok yana tayang mee racun ni semalam...kebetulan ada sepeket mee tak tau nak masak apa..last2 terus cuba mee ni...memang tak mengecewakan....cuma saya tak guna la daging kambing...pakai daging biasa je....rupa mee saya pun nampak biasa2 je kan...tapi jgn dipandang pd rupanya..sebab sangat sedap okkayyy!!!...kekekekke...lupa nak letak bawang goreng dgn cili merah..kes dah tak sabar nak berbuka...hehhehe..

k lah...terima kasih pada che'iza atas resepi ni....dan juga yana..kita cnp dari awak ye....

MEE RACUN
Resepi : Che Iza
Sumber cuci mata : Kak Mas, CMG, Kak Ika . yana saiful

BAHAN-BAHAN:-
600 gm mee kuning
1/2 kg tulang kambing ~ yana guna daging batang pinang
1/2 inci halia ditumbuk
beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker..~ yana tambah ayam
3 - 4 biji bawang merah ~ dikisar
2 - 3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 sb cili boh
5 sb sos tomato
4 sb sos cili
1 sb gula
1 kiub ayam
2 kelopak kobis ~ nak letak sawi pun boleh
sebiji tomato ~ potong 6
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

CARA NAK BUAT:-
  1.  Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato dan sos cili, biar mendidih.
  5.  Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato.
  6. Masukkan mee..tapi den celur jer mee..kuah tuang kemudian..
  7. Sedia di hidang..tabur daun bawang dan bawang goreng.
Selamat Mencuba :-)

* Q buat stok air udang dari kulit dan kepala udang..lepas tu blend...dan jadikan kuah...air rebusan daging pun quinnie guna juga...lepas tu tambah skit ayam....Q tambah sos ikan dan sos tiram dalam satu sudu besar....guna air bancuhan tepung jadung utk pekatkan kuah dan tambah sebiji telor dipecahkan kedalam kuah.

Monday, 30 July 2012

KUIH SAGU N PUDING SAGU..2 IN 1

 2 in 1..:)


 saya suka dengan resepi ni..:)


separuh buat kuih ..separuh lagi buat puding...2 in 1..:)


sedap ler..2 time ni buat baru la menjadik..sukaaa..rasa cendol :)

Assalammualaikum..hari ni nak tunjuk menu 2 in 1...hehehhe...menu ni utk berbuka kelmarin...sedapnya....saya suka sgt dgn hasil puding sagu tu...dulu pernah cuba buat..guna resepi lain tapi .tak jadik sangat....kali ni buat baru la menjadik..makcik pun kata sedap....hehehe....kuih sagu tu pun sedap....elok cantik je bila nak potong....saya memang dah lama teringin nak buat kuih sagu..sebab dah bertahun juga la tak makan..heheheh....baru2 ni tengok izah buat..terus tergoda...:)

resepi asal kuih sagu ni dari kak as....kalau tengok kuih yg kak as buat lagi cantik hasil potongan nya..saya ni kira kategori potong awal la jugak..dia lagi lama kuih tu dah sejuk..lagi cantik hasil potongan kuih...saya tertarik nak cuba resepi ni sebab dalam adunan tu kita letak skit tepung jagung...hasilnya memang memuaskan....terima kasih pada kak as atas resepinya....juga kepada izah..kita copy dari blog awak ye....terima kasih...:)

pstttttt... tun...kita beli plastik utk nasi lemak terus guna utk buat kuih ni tun..hehehhe..memang bagus la...terima kasih ye..:)


Kuih Sagu
resepi: kak As
sumber: izah daud

2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2:

1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..
* Q separuh kuih sagu ni di salut dengan kelapa separuh lagi buat puding sagu..
Puding sagu
 by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
bahan2
1/2 kuih sagu yg telah dimasak dari resepi diatas
santan pekat secukupnya
air gula merah secukupnya
cara:
1. mula2 isikan santan pekat dan sedikit air kedalam periuk kecil..lepas tu isi sedikit garam...masakkan santan ni atas api yg kecil hingga panas santan tu..dalam satu minit cam gitu la...biar sejuk lepas tu simpan dalam peti ais...saya masak santan ni utk bagi dia tahan lama dan tak cepat basi.

2. masukkan kuih sagu kedalam peti ais..sama juga dgn air gula merah...

3. bila tiga2 bahan ni dah sejuk...boleh la dikeluarkan dan dihidangkan bersama.

Sunday, 29 July 2012

AIR SOYA


Jom buat air soya sendiri....heheheh...selamat berbuka ye semua...quick entry je hari ni....tata...jumpa lagi esok..:)

Air soya

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan2

200gm kacang soya - direndam dgn air selama 5 jam
13 cawan air
3 helai daun pandan
gula secukupnya dan 1 helai daun pandan jika suka

Cara2

1. mula2 basuh kacang soya dan toskan. kemudian ambik skit biji soya dan masukkan dlm blender letak air dlm 3 cawan....blend hancur dan tapiskan....  buat sampai habis. kemudian blend pulak hampas soya tadi dgn baki air yg tinggal. jumlah air mesti 13 cawan semuanya. pandai2 la adjust sendiri..

2. bila dah siap tapis ..tapis  sekali lagi air soya tadi menggunakan kain...saya pakai tudung putih yg saya tak pakai lagi....perah soya tadi sampai habis. kemudian masukkan dlm periuk dan masak hingga didih. masukkan juga 3 helai daun pandan tadi.... kacau2 selalu hingga didih....dan api jgn kuat sgt takut nanti air soya tu membuak bila dah didih.......bila dah masak airnya...boleh la tutup api

3. buat air gula....isi gula dan setangkai daun pandan serta air kedalam periuk kecil.... masak hingga didih dan gula hancur. kemudian boleh la masukkan air gula kedalam air soya sampai tahap kemanisan yg disukai. dah siap....

bila dah sejuk air soya boleh disimpan  dlm peti ais tuk tahan lama...kalau nak minum suam2 pun best...kalau nak minum sejuk...letak ais batu....

JAWAPAN KUIZ 26-30 KAK SHA

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D


Assalammualaikum..jgn terkejut...ada special entry utk hari ni..heheheh....tetiba kena buat karangan pendek pasal blog kak sha...sebenarnya saya dah berkurun tak buat sinopsis...pernah buat zaman skolah dulu je..kekekek....moga2 kak sha puas hati la dgn sinopsis saya dibawah ni ye...mintak maaf ler..saya ni kalau karangan skolah memang pilih soalan yg jenis skima je...kalau jenis kena berangan2 ni memang tak pernah pilih...hahhahah..harap2 puas hati la ye...ishhh!! berdebar dah rasa macam ambik periksa pulak...hehehehe



JAWAPAN 26


Blog shashasuka atau lebih dikenali dgn nama hobi dan koleksiku lebih mengisahkan tentang peribadi kak sha atau kisah2 menarik disebalik nama shahriah abdullah ...terutamanya dari segi hobi dan koleksi simpanan kak sha...paling penting...semua perkara yg kak sha suka ditulis didalam blog ini....

apa yg menariknya di blog ni...kita dpt kenali personaliti kak sha...kak sha seorang yg suka bercakap rupanya...baru saya tau..hehehhe..patut la banyak idea dalam penulisan...kekekkeke....lepas tu kak sha tak memilih kawan....dengan siapa2 pun dia boleh berkawan...dan cepat mesra orangnya...paling penting kak sha love peace...ala2 jawapan miss world gitew..hehehhehe...namun disebalik gelak tawanya...kak sha juga gemarkan kesunyian...berseorangan....ketenangan la senang cerita....:)

antara hobi lain..kak sha minat tengok wayang....especially filem cartoon...sama macam saya...pun suka tengok cartoon...kartun yg paling kak sha minat...filem cinderella...rasanya ramai perempuan berangan nak jadik cam cinderalla kan....dpt kawin dgn anak raja..syok nye!!! hehheheh.....tapi part kena dera ngan kakak dan ibu tiri tu mesti ramai yg tak mo..betul tak? hehehhe

hobi yg ni mesti ramai dah tau...memasak...kak sha..suka masak semua jenis masakan..terutamanya cakes n muffin....rasanya kalau tanya pada kak sha..semua resepi kak sha tau...tak gitu kak ? hehehhe ...saya pun macam kak sha juga...bila memasak ni dpt mengurangkan stress dan terapi minda juga kadang2....terutamanya bila masakan tu sedap dan cantik je bila dipandang ..dan paling penting bila masakan tu menjadi :)

kak sha juga minat shopping...patut la kak sha ni pandai bergaya...hehehhe...mana ada pompuan yg tak suka shopping ye dak? bagi je duit pandai la kita menguruskannya..hehehhe..tapi secara berhemah la kan...kak sha juga suka handbag  dan eksesori rantai...:) ..bagi kak sha...selepas berpenat lelah bekerja...kita perlu menghadiah kan sesuatu buat diri kita sendiri...saya suka pendekatan ni....selalu sayangi diri kita...

antara hobi lain..kak sha sekeluarga suka pergi picnic...berkumpul bersama keluarga sambil menikmati hidangan bersama keluarga tersayang :)

selain itu kak sha juga ada bakat seninya...berminat dgn aktiviti ' do it your self'....wow cam tak caya bila tengok hasil kerja kak sha...barang lama dah jadik baru dgn jayanya..sangat cantik..kalau tak caya boleh tengok sendiri...hehehhe....selain itu..kak sha berminat dalam bidang organize majlis2 utk ahli keluarga...macam sambut birthday ahli keluarga..dan lain2 acara....bagus la kak sha ni....pandai serba serbi..hehehheh

secara keseluruhan blog ni mengisah kan tentang apa yg kak sha suka..namun .ada juga diselitkan petua2 kecantikan  yg dikongsi bersama pembaca blog shashasuka..:)

JAWAPAN 27

Blog shahriah novelis mengisahkan tentang hasil karya  kak sha..terutamanya kisah tentang novel2 beliau...setakat ini kak sha telah menerbitkan 8 buah novel dan sebuah buku masakan setelah memasuki pertandingan realiti memasak master chef...novel terbaru kak sha ialah kerana sebiji epal....novel ini berkisar tentang kehidupan sebenar....

didalam blog ni juga diselitkan setiap belakang tabir utk setiap novel yg pernah kak sha tulis....ada macam2 kisah dan kenangan ....jika ada yg masih tidak tahu...kak sha antara penulis novel dibawah buku prima@karangkraf....

jika ditanya bagaimana kak sha mendapat idea dlm penulisan....kak sha mempunyai cara tersendiri untuk mengumpul idea...biasanya kak sha akan memastikan segala urusan keluarga dan dunia luar telah diselesaikan semuanya...kemudian semua rakan2 terdekat dan ahli keluarga juga akan diberitahu tentang kak sha akan memulakan penulisannya agar mereka memahami yg kak sha perlukan masa utk bersendiri bagi menghasilkan karyanya....bagi kaksha..kisah cinta..konflik keluarga....keluarga dan tauladan adalah sebati dengan karyanya..kaksha juga menggunakan kesempatannya melancong dan kisah2 benar disekelilingnya sebagai pencetus idea untuk menulis....

nasihat kaksha kepada yg berminat utk menulis....kita mesti fokus...tumpukan pada projek sepenuhnya...tinggalkan segala yg santai2...dan bila dah mula menulis mesti dihabiskan..jangan bertangguh....

JAWAPAN 28

blog shahriah novelis resepi atau the writers cooking berkisar tentang masakan secara amnya....segala resepi2 menarik telah diperturunkan kak sha didalam blog ini...terutamanya...resepi daripada simpanan kaksha sendiri ...bondanya dan juga daripada rakan2 bloger...

ada bermacam2 resepi didalam blog ini..dari masakan ala  kampung hingga lah ke menu barat..semuanya ada....hehehe....blog ini semakin aktif selepas kak sha memasuki gelanggang mastercef malaysia....selain resepi ..kak sha juga ada menyelitkan tips2 masakan didalam blog ini....banyak kisah2 keluarga juga dipaparkan selain daripada resepi sahaja...jika ada yg pernah singgah..mesti tak kering gusi dengan keletah kaksha menulis didalam blog ini...nama2 resepinya pun sungguh unik...dimana mesti ada kisah disebaliknya...

JAWAPAN 29

heart of shahriahnovellis blog atau lebih dikenali sebagai truly me...my family...my destiny..my world. lebih menceritakan tentang apa juga kisah kak sha bersama suami..anak2 dan ahli keluarga tersayang...

ada juga diselitkan...kisah tentang hati..atau kata lainnya...curahan perasaan la ......pelbagai tips...kisah dulu2....dan kenangan terindah kak sha bersama keluarga. antara kisah2 yg menarik didalam blog ni..kisah anniversary kak sha...hari lahir anak2 dan suami serta ahli keluarga yg lain.....ada juga diselitkan kisah hasil tanaman kak sha...kisah rambutan terbakar pun ada kat sini juga...kalau nak tau macam mana buah  rambutan kak sha boleh terbakar..boleh la baca sendiri di blog kak sha ni ye...moral of the story...' jgn bermain dengan api'..kekeke .. .ada juga kisah kenangan dan pengalaman kak sha semasa digelanggang masterchef....

secara keseluruhan penulisan didalam blog ni lebih santai dan kisah2 nya lebih dekat dihati kak sha...

JAWAPAN 30

Blog cuti2 shahriah novelis atau nama lainnya travel and adventures fun vacation and best makan sakan lebih berkisar tentang percutian kak sha bersama keluarga ..tempat menarik yg pernah mereka lawati serta kedai2 makan atau restoran kegemaran mereka sekeluarga...

dengan motto...percutian budget tetapi cukup menarik ..jimat belanja dan puas hati....kaksha sekeluarga telah bercuti dibanyak tempat...sama ada didalam negara atau luar negara....antara lokasinya...singapura...cameron hinglands....genting hinghlands...melaka dan lain2...terdapat juga gambar2 percutian kak sha sekeluarga didalam blog ini....paling menarik..turut disertakan lokasi2 menarik yg telah mereka lawati....ala2 tourist guard la ni..hehehe..lepas tu ada juga diceritakan tentang kedai2 makanan yg sedap2  yg boleh kita dapati ditempat tersebut..yg ni kira2 ala2 style..jalan2 carik makan la lebih kurang...kekekekek.....kiranya kalau ada sesiapa yg ingin berkunjung ke lokasi yg sama...percutian kak sha sekeluarga boleh membantu memudahkan percutian anda....:)


o.k dah tamat karangan saya utk hari ni..harap2nya lulus ler kak sha ye...hehehhehe..dah berkurun tak mengarang..ayat pun dah berterabur.....anyway thank u for u kerana menganjur kan GA ni...kalau ada pertandingan GA terpanjang rasanya kak sha boleh menang...hehehehe...ini 1 time tau kak sha saya join GA ada soalan2 cam gini...memang saya tak boleh lupa lah...kekekek....saya akhiri dgn serangkap pantun...

burung nuri terbang tinggi...
terbang jauh ke tasik chini
terima kasih kerana menganjurkan GA ini
tahun depan boleh ler buat lagi..:)

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D

STICKY ENTRY
untuk resepi terbaru dari blog Q sila turun kebawah ye...sekian terima kasih..:) 

UPDATE TERKINI KUIZ!!! 

GA ini telah berakhir!!!

Assalammualaikum...ada GA terbaru...yayyyyyyy!!!  .kali ni dari kak sha..tertarik nak join juga....jadi kepada kawan2 yg berminat boleh la pegi ke sini G.A KAK SHA utk memeriahkan suasana....:) syarat penyertaaan pun mudah saja..walaupun ada kerja skit2 nak kena buat...hehehe..syarat penyertaan terbuka kepada semua katanya.....saya ni internet tengah tenat pun gatal nak join juga..hehehhe...paling menarik hadiahnya sampai 30 org tu utk pemenang bertuah....mana la tau kot2 ada rezeki kan...hehehe....

SOALAN TERKUMPUL SETAKAT INI!!!

boleh klik sini utk SOALAN PERTAMA
boleh klik sini utk SOALAN KE 2
boleh klik sini utk SOALAN KE 3 
boleh klik sini utk SOALAN KE 4   / 4
boleh klik sini utk TARIKH TUTUP KUIZ
boleh klik sini utk SOALAN KE 5  /5
boleh klik sini utk SOALAN KE 6  
boleh klik sini utk SOALAN KE 7
boleh klik sini utk SOALAN KE8
boleh klik sini utk SOALAN KE 9  
boleh klik sini utk SOALAN KE 10
boleh klik sini utk SOALAN KE 11
boleh klik sini utk SOALAN KE 12  /12
boleh klik sini utk SOALAN KE 13  
boleh klik sini utk SOALAN KE 14
boleh klik sini utk SOALAN KE 15 DAN 16    / 15 
boleh klik sini utk SOALAN KE 17  
boleh klik sini utk SOALAN KE 18
boleh klik sini utk SOALAN KE 19
boleh klik sini utk SOALAN KE 20  
boleh klik sini utk SOALAN KE 21
boleh klik sini utk SOALAN KE 22  
boleh klik sini utk SOALAN KE 23
boleh klik sini utk SOALAN KE 24
boleh klik sini utk SOALAN KE 25 


CARA NAK JOIN KUIZ :

Dengan Motto  :

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D

*juga perlu anda taip setiap kali anda join kuiz ini, motto di atas tu ya :-D*


Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Mudah Sahaja!

Langkah pertama :

  1. Sila tags gambar di bawah ini setiap kali anda semua ingin turut serta di dalam pertandingan kuiz ini. 
  2. Setelah itu tampalkan di setiap N3 yang anda buat dengan tujuan memanjangkan silaturahim dan lebih ramai lagi yang turut serta dan penyumbang trafik paling banyak adalah kiraan pemenang paling UTAMA.
  3. Dan buatlah apa jua cerita yang anda rasakan perlu :-D
  4. Dan jangan lupa taip : 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'

Langkah Kedua :

  1. Join atau tanda 'LIKE' di Fan Page Shahriah Abdullah klik sini >> http://www.facebook.com/pages/Shahriah-Abdullah-Masterchef-Malaysia/250614934995434
Langkah Ketiga :

Join kelima-lima blogs Shahriah Abdullah iaitu :

Langkah Keempat :

  1. Link kan kelima-lima blogs itu di tepi blogs anda semua.
Langkah Kelima :

  1. Sentiasa follow tiap N3 yang bakal ku kongsikan di dalam kelima-lima blogs yang ada. *bergantung kepada blogs yang aktif di masukkan N3*
  2. Setelah itu kumpulkan soalan kuiz sehingga di beritahu  

Saturday, 28 July 2012

SAYUR CAMPUR AYAM


Assalammualaikum..dan selamat pagi semua...hari ni nak tunjuk menu simple je....sayur campur ayam yg sesuai dimasak utk bersahur dan juga sebagai lauk utk berbuka....letih menggoreng karipap semalam tak habis lagi..kekekke..nak berehat2 hari ni..nanti la saya masukkan entry karipap tu...gambar karipap tak ditangkap lagi...ehheheh..semalam lepas goreng tak sempat nak posing2 pun..terus hantar kat customer....menu semalam pun sempoi je...tapi dlm letih2 tu sempat juga buat air soya..heheheh


SAYUR CAMPUR AYAM

Resepi: quinnnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

1 mangkok kecil isi ayam- nak letak byk lagi bagus
1-2 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam utk menggoreng ayam

1/2 bawang besar dipotong dadu
1 tomato didadu
4 bawang putih di cincang
sedikit bunga kobis
1 carrot
1 capsicum hijau
1 bawang besar di hiris
cili padi diketuk jika nak pedas
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub ayam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
air secukupnya
garam dan gula skit
sedikit tepung jagung dibancuh dgn air


Cara

1.mula2 panaskan minyak dalam kuali.....gaulkan ayam dgn tepung jagung dan garam...lepas tu goreng hingga ayam masak..dah masak tepikan.

2. tinggalkan sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi....kemudian tumiskan bawang putih dan besar hingga terbit bau..kemudian masukkan tomato ...dah layu tomato....isi udang...kacau2 kejap..isi sos tiram...sos cili ...sos ikan...dan kiub ayam..kacau2 kejap dan isi skit air..letak cili padi jika suka....biar hingga didih.

3. kemudian masukkan carrot....capsicum...bunga kobis...bawang besar dihiris....dan ayam....bila sayur agak2 dah masak...isi garam dan gula skit.....kacau2 rata dan isikan air tepung jagung...kacau hingga kuah likat....dah masak boleh la diangkat..

Friday, 27 July 2012

TART NENAS NYONYA ...SOALAN 22-23 KUIZ KAK SHA

boleh teleng kepala tengok gambar ni ye..hehehhe

rasa tart ni sama macam tart gulung juga rupanya ...baru ku tahu..:)

Assalammualaikum...hari ni saya nak tunjuk tart yg saya buat beberapa hari sebelum puasa hari tu....memang dah lama nak cuba tart nyonya ni tapi tak terbuat2 juga....sebelum ni saya pernah buat tart rupa bentuk yg sama..iaitu tart nenas tradisional...dan kali ni tart nenas nyonya pula....jangan tak tau...2 resepi ni rasa tartnya sangat lah berbeza...kalau tart tradisional tu biskutnya lebih rangup..yg nyonya ni jenis lembut macam tart gulung juga...cuma bentuk je lain.....gitu kesahnya...sekarang ni dah tau la beza dua jenis tart ni....:)

o.k hari ni saya sebok skit sebab ada tempah karipap dari ustazah makcik....jadiknya tak sempat nak BW ke blog kawan2 awal pagi ni..mungkin malam nanti kot baru boleh buat kunjungan balas....minta maaf la ye...sebok skit...dari hari rabu lagi dah sebok mengerjakan inti karipap...semalam bab kelim mengelim....sampai naik senget dah pinggang rasanya..hehehehhe..pagi ni kul 11 kang dah start goreng mengoreng pulak....nak hantar rumah ustazah tu kul 2 ptg...

berbalik kepada resepi...saya cuba resepi tart nenas nyonya dari kak jee...terima kasih kak....minta halal ye resepinya...memang betul cakap kak jee..inti kena letak byk dan besar2 baru sedap kalau nak buat tart jenis bentuk bunga ni..baru puas makan....:)

TART NENAS NYONYA

Resepi: kak jee 
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

BAHAN2NYA:
(37 BIJI)

300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor
jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)

CARA:


Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter. susun dalam loyang pembakar....lepas tu letak inti yg telah dibulatkan.

Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.
*Q bakar oven suhu 160c selama 20 minit lebih kurang.
*Q tak buat tebal sgt tart nya..jadi dpt lebih dari 37 biji. 



'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D

UPDATE TERKINI KUIZ!!! 
 boleh klik sini utk SOALAN KE 22  
boleh klik sini utk SOALAN KE 23

* kalau yg tak join kuiz boleh je klik link atas tu utk baca entry terbaru kak sha...kisah interview kak sha di radio putra fm dgn tips menggoreng dari kak sha :)

Thursday, 26 July 2012

PENCUK KERANG + BUBUR LAMBUK + AYAM GORENG TEPUNG

pencuk kerang atau nama lainnya..kerabu kerang :)

makan pencuk dgn bubur lambuk...memang superb!!! 2 hari berturun menu ni je...kekekek

ayam goreng tepung pun adooo!!!

Assalammualaikum..hari ni saya nak tunjuk menu 2 hari berturut saya...menu berbuka hari ke 4 dan ke 5...2 hari berturut saya masak pencuk atau kerabu ni....kat perak panggil kerabu versi letak kerisik ni pencuk....tu bahasa org dulu perak...seisi keluarga memang suka..tambah2 arwah opah saya...tiap kali puasa memang kena buat...WAJID menu ni...lepas tu mesti makan dgn bubur lambuk atau bubur nasi biasa...cuma zaman sekarang ni saya tak buat bubur nasi sendiri...ambik je bubur lambuk dari masjid...kekekek...lepas tu bawak balik edit skit2 bahan utk ikut sedap sendiri....makcik le rajin...tambah kacang bagai...saya lebih suka makan versi ori dari masjid....kalau sape2 duk ipoh mesti tau bubur lambuk masjid india ...saya memang suka dgn bubur lambuk dari masjid ni sebab ada bau minyak sapi yg kuat...hehhehe....ala2 mamak style gitu....

ayam goreng tu  pulak saya guna resepi ayam goreng kari kaksha hari tu....ada lebih byk sebab saya perap sekor ayam...ada baki tak nak makan menu sama..saya tambahkan tepung gandum dan tepung jagung utk salut ayam...dan rasanya memang lah lazat...lagi pun perap dah lama kan ayam ni...dekat 3 hari..heheheh

o.k lah..duk citer pasal makan je...meh tengok resepi :) oh ye..kalau nak tau..kerisik ni saya dah buat awal...seminggu sebelum puasa lagi...1 kilo setengah kelapa dah dijadikan kerisik..stok bagus punya...hahahhaha....sebab dah tau mesti akan kena buatnye pencuk ni..baik i prepare awal2..kalau dak melangut la depan kuali duk kacau kelapa ni time bulan pose...hehehhehe....

PENCUK KERANG

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

1 kilo kerang - rebus dan ambil isinya
2 ikat sayur paku
Rm 1 taugeh- ambik separuh je
1 ikat ulam selom dihiris 1 inci
2 bawang besar ditumbuk kasar
2 bawang putih- tumbuk lumat
4 serai dihiris halus- tumbuk lumat
10 cili padi- tumbuk lumat
kerisik secukupnya
garam dan gula
2 biji limau nipis diambil jusnya
2 sudu besar santan pekat-jika ada...kalau tak dek pun tak pe

Cara2

1. campur bahan2 tumbuk...gaul rata..isi kerang...garam dan gula....limau nipis....santan...ulam selom.....gaul rata2 ...

2. celor taugeh dan sayur pucuk paku....tapiskan....bila nak makan baru campur dgn bahan2 tumbuk tadi...bukannya apa..kalau bancuh awal takut berair dan cepat basi....saya biasanya...pukul 7 baru campur kan kedua2 bahan ni....siap...boleh la dimakan dgn bubur lambuk atau nasi...:)


AYAM GORENG TEPUNG

Olahan Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan Perapan :

5-6 ketul ayam *cuci bersih dan toskan*
3 ulas bawang putih *tumbuk lumat
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung beras
sedikit garam & gula

utk bancuhan tepung ayam:

2 biji telor dipukul sikit
tepung gandum secukupnya
tepung jagung sikit
* daun kari utk taburan masa menggoreng

Cara2

1. perap ayam dgn bahan perapan...dlm 2-3 jam atau lebih...lepas tu keluarkan dari peti ais...campur dgn bahan bancuhan tepung ayam..gaul rata...ayam tu biar bersalut penuh dgn tepung baru sedap...

2. goreng dgn api yg kecil dan minyak yg banyak....masak hingga garing kulitnya....masa separuh masak..saya taburkan daun kari utk menambah bau ayam...kalau tak dek pun tak pe...toskan ayam bila sudah digoreng...boleh la makan dgn nasi putih atau sebarang hidangan...:)

Wednesday, 25 July 2012

Double Choc Moist Steamed Cake - kak sha


kes teringin sgt nak makan kek coklat..hehehe

 yg ni versi kek coklat aiskrim..yummyyyy

yg ni versi kek coklat tiramisu...yummyyy jugak..heheheh

Assalammualaikum...hari ni saya nak tunjuk menu ke 3 yg saya cuba dari blog kak sha...sekali harung je la kita post ye resepi dari kak sha ni..hehehhe..saya teringin sgt nak makan kek coklat...tu yg buat....tapi macam2 versi la...ada versi kek coklat aiskrim dan lagi satu versi tiramisu..versi tiramisu tu terlembik skit..hahhahaha..aduiii ..salah teknik..last2 masukkan dlm tempat sejuk beku tuk keraskan dia....ngeeee..cerdik tak i...hahahhaa

semalam saya berbuka sempoi je..ada buat kerabu...nanti la update....malas nak edit gambar tu...hehehhe...
ok dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada kak sha atas resepi kek coklat ni...rasa kek ni moist2 skit sebab kukus dan juga sgt lembut....kategori kek coklat sedap le..hehhehe...sebenarnya saya nak buat kek coklat aiskrim je..tapi disebabkan saya terbalik kan kek tu awal sgt..sampai pecah2 keknya...aduiii..tu yg buat dlm bekas tu...tak dek gambar kek potong sebab main cedok ngan sudu je..hahahha...last2 buat dua perisa....ngeeee

apa2 pun terima kasih pada kaksha atas resepinya...mintak halal ye kak...lain kali boleh buat lagi..:) cuma resepi ni saya ada edit skit sebab tak dek coklat hershey's tu...saya ganti dgn cooking coklat...dan coklat chip saya tabur je kat dlm kek utk dikukus sekali....kalau sape2 suka versi aiskrim...lapiskan je la aiskrim kat dlm kek..lepas tu letak le ganache coklat atasnya....dan letak dlm tempat sejuk beku peti ais....utk versi tiramisu saya main hentam je...hahahhaa...janji sedap...lain kali kalau buat lagi saya letak resepi ye....:)


Double Choc Moist Steamed Cake
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com 

BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat + 2 sudu besar serbuk koko + sedikit garam
<<< ayak bersama

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
70 gm choc chips Hershey's cairkan dalam microwave -Q ganti dgn coklat masakan

BAHAN TOPING :

200 gm choc chips Hershey's -Q ganti dgn coklat masakan
50 ml susu segar
1 sudu besar mentega

*cairkan*

PENGUKUS

50gm choc chips Hershey *untuk tabur di atasnya* -Q taburkan coklat chip kat dlm adunan  kek lepas tu kukus sekali....

CARA :

Putarkan gula, minyak, susu pekat, telur sehingga sebati atau gula larut.
Masukkan *bahan ayak dan putar sehingga sebati.
Masukkan coklat cair dan kacau sebati.
Akhir sekali tuangkan air panas dan putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 45-50 minit.
 

UPDATE G.A KAK SHA- SOALAN 1- 21

Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D


UPDATE TERKINI KUIZ!!! 
 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 28 JULAI (AHAD) KLIK SINI

 
ADA 30 SOALAN SEMUANYA....SOALAN TERKUMPUL SETAKAT INI!!!

boleh klik sini utk SOALAN PERTAMA
boleh klik sini utk SOALAN KE 2
boleh klik sini utk SOALAN KE 3 
boleh klik sini utk SOALAN KE 4   / 4
boleh klik sini utk TARIKH TUTUP KUIZ
boleh klik sini utk SOALAN KE 5  /5
boleh klik sini utk SOALAN KE 6  
boleh klik sini utk SOALAN KE 7
boleh klik sini utk SOALAN KE8
boleh klik sini utk SOALAN KE 9  
boleh klik sini utk SOALAN KE 10
boleh klik sini utk SOALAN KE 11
boleh klik sini utk SOALAN KE 12  /12
boleh klik sini utk SOALAN KE 13  
boleh klik sini utk SOALAN KE 14
boleh klik sini utk SOALAN KE 15 DAN 16    / 15 
boleh klik sini utk SOALAN KE 17  
boleh klik sini utk SOALAN KE 18
boleh klik sini utk SOALAN KE 19
boleh klik sini utk SOALAN KE 20  
boleh klik sini utk SOALAN KE 21


CARA NAK JOIN KUIZ :

Dengan Motto  :

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D

*juga perlu anda taip setiap kali anda join kuiz ini, motto di atas tu ya :-D*


Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Mudah Sahaja!

Langkah pertama :

  1. Sila tags gambar di bawah ini setiap kali anda semua ingin turut serta di dalam pertandingan kuiz ini. 
  2. Setelah itu tampalkan di setiap N3 yang anda buat dengan tujuan memanjangkan silaturahim dan lebih ramai lagi yang turut serta dan penyumbang trafik paling banyak adalah kiraan pemenang paling UTAMA.
  3. Dan buatlah apa jua cerita yang anda rasakan perlu :-D
  4. Dan jangan lupa taip : 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'

Langkah Kedua :

  1. Join atau tanda 'LIKE' di Fan Page Shahriah Abdullah klik sini >> http://www.facebook.com/pages/Shahriah-Abdullah-Masterchef-Malaysia/250614934995434
Langkah Ketiga :

Join kelima-lima blogs Shahriah Abdullah iaitu :

Langkah Keempat :

  1. Link kan kelima-lima blogs itu di tepi blogs anda semua.
Langkah Kelima :

  1. Sentiasa follow tiap N3 yang bakal ku kongsikan di dalam kelima-lima blogs yang ada. *bergantung kepada blogs yang aktif di masukkan N3*
  2. Setelah itu kumpulkan soalan kuiz sehingga di beritahu 

Tuesday, 24 July 2012

HAPPY 32rd BIRTHDAY GIVEAWAY



Assalammualaikum..hari ni join GA lagi..hahahah....kali ni dari cheq sue pulak sempena b'day beliau tak lama lagi...rajin sungguh la buat GA...kita rajin join je..hahahaha...entah la dulu2 malas sebenarnya nak join..la ni cam best lak...tapi GA yg sempoi2 je la...hehehe

any way happy birthday kepada cheq sue kita....siap2 wish awal tak pe la ye...hehehe...moga murah rezeki ..panjang umurnya dan diberkati  Allah dunia dan akhirat...kalau berminat nak join sila klik dibawah ni..


pssttt....sue...jgn la susah2 soalannya ye...kekekeke

AYAM GORENG KARI ...kaksha


Assalammualaikum...ayam goreng kari ni menu saya berbuka utk hari ke 3 puasa...masak sempoi je hari ni sebab pakcik nak makan ayam goreng...jadiknya senang la keje saya kan..hehehe..pagi2 keluarkan ayam lepas tu perap dan simpan dalam peti ais..petang gorengkan je..heheheh

resepi kali ni saya cuba dari blog kak sha lagi...berturut nampaknya menu dari blog kak sha..heheheh....tak pe la kan...menu lain2 ....hehehe....terima kasih pada kak sha atas resepinya..nak buat pun senang sesangat....minta halal ye kak....nampak tak kacang gomok2 tu...best betul kacang ni..kalau jumpa beli la...rugi weiii kalau tak beli..sebab ia sangat rangup....kebetulan saya pegi pasar malam awal minggu lepas...merasa la kacang ni..kalau pegi lambat memang habis...nyonya tu tak jual byk...hehehe

sebelum tu saya semalam dapat perkhabaran kematian kawan baik pakcik saya....kitaorg sekeluarga memang kenal dgn arwah pakcik malik ni...dia ni pandai menjahit baju...saya merasa la tempah sepasang baju dari arwah beberapa thn lalu...terkejut sgt pagi tadi....arwah memang ada macam2 penyakit....bila dapat perkhabaran ni...masing cakap...arwah baik org nya....arwah baik orgnya....memang arwah sangat baik...dgn keluarga tak berkira...tanggung keluarga....arwah ni bujang...tiap2 kali balik ipoh dan raya mesti jumpa dgn pakcik saya ni...mesti pakcik saya terasa sgt dgn kematian arwah....

Alfatihah buat arwah pakcik malik..moga Allah tempatkan beliau dikalangan org2 beriman ...Amin


Ayam Goreng Kari
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan Perapan :

5-6 ketul ayam *cuci bersih dan toskan*
3 ulas bawang putih *tumbuk lumat
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung beras
sedikit garam & gula
2 biji limau kasturi *ambil jusnya*

BAHAN LAIN :

1 biji bawang holland *hiris
4 tangkai kacang panjang *potong
2 pelepah daun kari


CARA :

Gaul rata kesemua BAHAN PERAPAN di atas dan perapkan 1-2 jam * i perap semalaman.

Panaskan minyak.
Gorengkan terlebih dahulu... BAHAN LAIN :

1 biji bawang holland *hiris
4 tangkai kacang panjang *potong
2 pelepah daun kari

 Angkat dan ketepikan.

Tambahkan lagi minyak masak, setelah panas bolehlah gorengkan Ayam yang telah di perap.

Goreng sehingga keperangan atau ayam masak.
Angkat dan taburkan BAHAN LAIN di atasnya dan hidangkan!

TARRAA!!!

INFO TERKINI KUIZ KAK SHA DAN CARA NAK JOIN

Monday, 23 July 2012

"Giveaway dari MAMA-ILOVEU.BLOGSPOT.COM"

 

Assalammualaikum...hari ni saya join GA lagik...heheheh...tengok dari blog myda @semanis epal ....ramai pulak yg buat GA utk bulan ramadhan ni..lagi pun syarat2nya senang je...kalau sape berminat boleh la klik sini http://mama-iloveu.blogspot.com/2012/07/first-time-giveaway.html

ok...sekian terima kasih...selamat berpuasa semua :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...