Saturday 9 November 2013

DAGING MASAK KARI PAKISTAN


Assalammualaikum...hari ni pun quick entry juga...disebabkan resepi masak pakistan ni sedap tu yg nak juga updatekan blog ni utk dikongsi bersama kawan2.. :)

saya masak daging ni semalam...kes terliur tengok ct@zaliedana BLOG CT masak kelmarin....memang sedap sgt resepi ni tak rugi mencuba...ada la lain skit gulai yg dimasak dari yg biasa...bahan2 pun mudah je..cuma masa menumis tu lama skit ..tapi hasilnya berbaloi baloi...kekeke

resepi asalnya dari kak maria....saya ambil resepi ni dari blog kak amie...terima kasih ye kak maria dan kak amie...pada ct jugak...:)

disini saya sertakan 2 resepi...satu resepi asal dari kak amie...utk versi ayam....yg saya masak ni versi daging....boleh pilih mana satu yg berkenan dihati....:)

RASANYA INI LAST ENTRY SEBELUM SAYA KEMBALI BERCUTI...TERIMA KASIH PADA YG SUDI SINGGAH SINI  DAN MENINGGALKAN KOMEN....SAYA SANGAT2 MENGHARGAI...:)


AYAM MASAK KARI PAKISTAN


Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem FB KAK MARIA
Olahan : KAK AMIEAmie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian 
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.


YG Q BUAT

DAGING MASAK KARI PAKISTAN

OLAHAN RESEPI: QUINNIE

BAHAN:

1 KILO DAGING + DGN 1 KILO TULANG 
4 HIRIS HALIA

- REBUS TULANG DAN DAGING BERSAMA DENGAN HALIA ....ISIKAN AIR SECUKUPNYA....REBUS LEBIH KURANG 2 JAM UTK TULANG EMPUK...DAGING 1 JAM DAH CUKUP. LEPAS DAGING DAN TULANG MASAK....KELUARKAN ISI DAGING DARI TULANG DAN POTONG2 KECIL...DAGING PULA DIHIRIS. TEPIKAN. DAGING TU KALAU BYK SGT KURANGKAN LER YE..SAYA MAIN AGAK NYE NI....HEHEHE

4 BIJI BAWANG BESAR- DICINCANG
4 BIJI TOMATO SAIZ BESAR- DICINCANG
1 1/2 INCI HALIA *
5- 6 BAWANG PUTIH*
1 1/2 SUDU BESAR KETUMBAR BIJI* ( BAHAN * DI BLEND )
2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT
5 SUDU BESAR CILI KISAR - KURANGKAN KALAU TAK NAK PEDAS
AIR SECUKUPNYA
GARAM DAN GULA
1 1/2 CAWAN MINYAK

-CARA MEMASAK SAMA MACAM YG KAK AMIE BUAT...CUMA SAYA TAMBAHKAN AIR LEPAS MASUKKAN DAGING SEBAB NAK LEMBUTKAN LAGI DAGINGNYA...MASAK HINGGA TERBIT MINYAK.... TUMIS TU MEMANG KENA LAMA BARU BANGKIT BAU MASAKAN NI...

Wednesday 6 November 2013

KUIH KOCI PULUT HITAM

buat dalam loyang je tak dek daun pisang...:)


makan tang kuah dia yg best tuh...hehehe...berlemak je..:)


Assalammualaikum....quick update je hari ni....tengah hujan renyai2 ni sempat juga buatkan makcik kuih koci pulut hitam...saya memang tengah suka makan kuih koci sekarang ni...tapi nak jenis yg berkuah je....nak2 tang kuah dia tu berlemak je...

o.k lah...ni resepinya...


KUIH KOCI PULUT HITAM

RESEPI: QUINNIE

BAHAN2:

3/4 paket kecil tepung pulut ( paket 500gm)
1/4 cawan pulut hitam direndam selama 1-2 jam
1 sudu kecil garam
air secukupnya
daun pisang jika ada
inti kelapa merah secukupnya (bulat2  kan inti tu siap2 ikut saiz yg kita suka)

3 cawan santan 
1 1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar tepung beras

- bahan dimasukkan kedalam periuk kecik kemudian kacau hingga tepung larut...lepas tu baru panaskan sebentar diatas api...bila dah panas tutup api dan tepikan.


resepi inti:

2 cawan kelapa parut
100 gm gula merah ( saya tambah lagi gula merah ni sebab nak warna hitam)
9 sudu besar gula
sedikit air
1 sudu besar tepung gandum
1 daun pandan jika ada

- masukkan gula merah dan gula pasir kedalam kuali...isi kan air..masukkan daun pandan dan masak hingga gula cair....bila dah cair masukkan kelapa....agak2 air dah berkurangan...masukkan tepung gandum...kacau lagi hingga likat....saya suka inti yg basah2 skit..baru sedap...:)


CARA2:

1. mula2 panaskan air kukusan...

2. blend pulut hitam bersama sedikit air....kemudian masukkan tepung pulut kedalam mangkok...isi garam....gaul rata...masukkan pulut hitam yg telah di blender tadi....tambah lagi air hingga menjadi doh...doh lembut macam buat buah melaka.

3. ambil inti dan isikan dalam doh...bulat2 kan...isi dalam loyang yg telah disapu minyak. buat hingga habis...kuih jgn letak rapat sgt nanti lekat bila dah masak.

4. akhir sekali masukkan kuah santan yg telah dimasak tadi kedalam loyang.. tutup loyang dgn aluminium foil atau balut tutup pengukus dgn tuala basah. kukus selama 30 minit.

5. bila dah masak boleh la diangkat keluar dari kukusan dan dibiarkan sejuk sebentar....bila dah sejuk boleh dibalut dgn daun pisang jika ada... ambil daun pisang...sapu sikit minyak pada daun.....masukkan kuih koci bersama kuahnya...balut kemas. dah siap...nak hidangkan terus dalam piring pun boleh saje macam saya ni sebab tak dek daun pisang...:)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...