Friday 17 January 2014

LEPAT UBI KAYU


lepat ubi kayu yg menjadi pujaan hati ketika ini...hihihi


gambar isi dalam....yummyyyy..


Assalammualaikum....hari ni saya kongsikan resepi lepat ubi kayu....dia bila tengah suka tu memang rajin le nak memarut ubi....ce kalau time malas.....sampai busuk ubi dibuatnya.....ngeee

malas nak citer panjang lebar...kita terus je tengok resepi...:)


LEPAT UBI KAYU

RESEPI: QUINNIE

BAHAN2:

1 1/2 kilo ubi kayu
200gm gula merah
16 sudu besar gula
2-3 cawan santan
daun pisang secukupnya
kelapa putih dicampur dgn garam utk inti secukupnya

CARA:

1. mula2 parut ubi kayu.... lepas tu ambil kain bersih dan perah ubi kayu utk asingkan airnya....letak ubi kayu dalam satu bekas dan airnya dlm bekas yg lain....air ubi kayu yg telah diperah biarkan selama 5 minit.....buang airnya dan ambil sagu ( yg warna putih melekit) pada dasar bekas dan campurkan bersama ubi kayu yg telah diperah tadi.

2. masak gula merah dan gula pasir bersama sedikit air..( air tu sikit je ..hanya utk hancurkan gula. ) bila dah didih boleh tapiskan gula tu kalau jenis gula timbang..kalau jenis mahal...tak yah tapis pun tak pe...

3. masukkan air gula merah kedalam bekas berisi ubi...gaul rata...kemudian masukkan santan....jgn masukkan semua sekali...masukkan sikit2....adunan kuih ni memang cair skit....

4. layurkan daun pisang secukupnya....sudukan adunan kuih kedalam daun pisang...letak inti kelapa putih dan balut kemas. buat sampai habis.

5. panaskan kukusan dan kukus kuih selama 30 minit. selepas masak boleh la kuih lepat dihidangkan setelah sejuk.


MEE KARI IPOH VERSI 2



Assalammualaikum....hari ni saya tunjuk lagi resepi mee kari...tapi yg ni 2nd version....ada penambahan skit dari resepi yg pertama dulu....hari tu tak sempat nak tambah tips2 terbaru...kekeke

kalau berminat boleh tengok resepi dibawah..


MEE KARI IPOH VERSI 2

RESEPI: QUINNIE


BAHAN2 UTK KUAH:

300gm ikan bilis tamban
1 biji bawang besar*
3 bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar ikan bilis*(bahan* di blend halus)
3 helai daun kari
4-5 sudu besar rempah kari daging babas
1 sudu besar serbuk cili kering
5 serai diketuk
rempah 4 sekawan
santan secukupnya
garam dan gula
tauhu yg telah digoreng
sedikit minyak utk menumis

CARA:

1. mula2 rebus ikan bilis tamban dengan air secukupnya....rebus lebih kurang 20 minit. lepas tu tapis ambil airnya dan tepikan.. ambil .ikan bilis yg telah ditapis dan blend dengan air dan tapiskan... tepikan.

2. panaskan periuk...tuang minyak secukupnya....lepas tu masukkan bahan blend....biarkan bawang masak....lepas tu masukkan rempah 4 sekawan....daun kari dan serai.....kacau lagi biar naik bau...masukkan serbuk cili kering...isi sedikit air...kacau.....masukkan pula serbuk kari...kacau kejap dan masukkan air....tumis hingga serbuk kari masak....

3. masukkan air rebusan ikan tamban dan santan....biar hingga didih...masukkan garam dan gula serta tauhu...kecilkan sedikit api dan biar hingga terbit minyak pada kuah....dah masak tutup api.

BAHAN2 SAMPINGAN:

mee kuning secukupnya
daun sup dan daun bawang yg telah di hiris
kerang yg telah direbus
pelbagai jenis bebola dan fishcake yg telah dipotong
taugeh

*hidangkan mee dgn bahan sampingan serta kuahnya....jika suka didalam kuah boleh masukkan ayam dan kerang.
.

Wednesday 15 January 2014

NASI BRIANI GHAM


dah lama sangat tak makan nasi briani...yummmyyy!!!


kuah kena byk skit baru best...hihihi


Assalammualaikum...quick update juga hari ni....dah lama saya tak masak nasi briani..biasanya sebok dgn aktiviti harian....kalau hari2 biasa masak sempoi2 je.....tak kuasa nak masak2 beria....hihihi...

k resepi ni saya pernah letak kat blog...tapi copy n paste dari myresepi je....kadang2 saya masak style che'iza  n kadang2 masak style nani....apa2 pun dua2 versi sedap...yg ni saya masak versi saya...gabungan dua2 resepi....saya letakkan resepi yg selalu saya masak kalau utk ayam.....jarang masak guna daging sebab leceh nak kena masak lama....kalau ada yg berminat boleh cuba resepi dibawah ye...

apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi asal iaitu che'iza dan nani....dan terima kasih jua pada yg sentiasa berkunjung kesini walaupun tuannya duk timbul tenggelam...hehehe


NASI BRIANI GHAM

RESEPI ASAL:  che'iza@myr dan mrs dayat@myr
OLAHAN RESEPI: QUINNIE

BAHAN2

3 bawang besar
7 bawang putih
2 inci halia
5 cili hijau
( blend bahan diatas)

BAHAN UTK NASI

4 mug beras
1/2 mug susu cair
rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
sedikit daun sup di hiris 1 inci
2 sudu besar kismis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mumbung ghee/ minyak sapi
2 sudu besar planta
4 1/2 mug air
sedikit garam
rempah briani 3 sudu besar( saya pakai cap adabi)
1/2 bawang besar dihiris
1/3 bahan yg telah diblend tadi

CARA:

1. mula2 ON kan periuk elektrik...masukkan terus minyak...ghee dan planta...tutup periuk biar bahan cair. bila dah panas...masukkan bawang besar...bila dah layu...masukkan daun pandan ...daun sup dan juga bahan yg telah diblend....masukkan sekali rempah 4 sekawan....masak hingga terbit bau....

2. bila bahan dah terbit minyak...masukkan rempah briani dan sedikit air....kacau hingga rempah masak...lepas tu masukkan air....tutup periuk dan biar air didih...

3. bila dah didih...masukkan garam...beras...susu cair dan kismis...kacau rata....tutup balik periuk dan biar nasi masak.

4. bila dah masak...gemburkan nasi dan tuangkan dalam 2 senduk kuah ayam briani yg telah dimasak...gaul rata...dah siap....nasi boleh ditabur dgn bawang goreng dan juga hirisan daun sup.

tips: jika nasi yg dimasak mentah...kukuskan saja nasi yg mentah hingga masak....

AYAM BRIANI

BAHAN UTK AYAM:

1 ekor ayam dipotong 12/16
3 sudu besar ghee/ minyak sapi
2 sudu besar planta
3 atau 4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar tomato puree
1 buah tomato diblend halus
2/3 bahan yg telah diblend
rempah 4 sekawan
sedikit daun sup di hiris kasar
2 sudu besar kismis
5 atau 6 sudu besar rempah briani
7 cili padi ditumbuk halus ( optional- saya letak ni sebab rempah cap adabi ni tak pedas)
baki susu cair
gula dan garam
5 cili hijau - biarkan bulat2 tak payah potong
2 tomato dibelah 6 
1/2 bawang besar dihiris
sedikit air 

CARA:

1. mula2 panaskan planta.. ghee dan minyak didalam kuali....lepas tu tumis bawang besar hingga  kekuningan.....masukkan bahan2 blend...rempah 4 sekawan dan daun sup.....masak hingga terbit minyak...lepastu masukkan rempah briani dan sedikit air....masak lagi hingga rempah masak....

2. lepas tu masukkan cili hijau...tomato....kacau kejap...masukkan ayam...gaul rata...biar 5 minit....lepas tu masukkan tomato puree dan susu cair serta sedikit air....kacau rata dan biar hingga kuah didih....masukkan garam dan gula secukupnya...

3. masukkan kismis ...cili padi jika kuah kurang pedas....masak hingga ayam masak dan terbit minyak serta kuahnya pekat..

4. bila dah masak...boleh la hidangkan bersama dgn nasi dan acar timun.
 

ACAR TIMUN


BAHAN:

3 timun disagat nipis
2 tomato dihiris nipis
3 ci;li merah dihiris
2 sudu besar gula
2 bawang besar dihiris
2 sudu kecil garam
3 atau 4 sudu besar cuka makan

CARA:

gaul semua bahan dan perapkan sekejap sebelum makan...
 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...