Tart sulung...hehehhe..tak berapa kemas ..eloknya guna nozzle masa paipkan dia tu baru cantik....
sedap kalau letak byk buah....tang sos dia tu saya suka....sedap!!! sikit nye penuh inti kastart tu..hehehhe
jenuh nak perabih sebab kita sorang je makan..huhuhu
Assalammualaikum...mula2 sekali nak ucapkan terima kasih pada semua yg sudi singgah sini dan memberi komen di blog saya ni....saya saje ambik cuti 2-3 hari..:) .nak kurangkan makan sebenarnya....kekeke...dalam proses... cam gitu la...harap2 berjaya la ye...jadinya terpaksa la puasakan sekali blog ni kalau tak asyik nak makan je....hahahhaha....kalau terlewat buat kunjungan balas tu harap maaf la ye...apa2 pun nanti saya akan berkunjung jua..mungkin lewat sikit je...:)
lagi satu masalah yg buat mood merudum ni....program mozila kat pc saya ni macam meragam la pulak....tak boleh nak klik yg bahagian atas....function semua tak leh pakai..jadinya kena la bukak google crome ni pulak....dah update yg baru pun sama je kejadiannya...tu yg buat mood ke laut jugak tu..hmmmm
o.k lah...saya nak cerita pasal entry hari ni...tart ni saya buat minggu lepas..nasib buat separuh je..saya sorang je yg tukang makan...kekeke...yg lain tak minat resepi2 mat saleh ni....tu yg saya jarang nak masak masakan mat saleh ni..kek2 pun makcik dah sound kata dia dah jemu nak makan kek..alahai..jadinya...bila saya betul2 teringin nak makan je baru saya buat....itu pun tunggu kalau cousin balik sini...boleh la makan dgn dia....kalau dak membazir je tak dek sape nak makan...membuatnya rajin..tapi tukang makan tu tak dek...cam ne? hehhehe
berbalik pada resepi...ini resepi kak nis@myr.sape2 yg pernah berborak dgn kaknis ni tau ..kak nis ni kelakar orgnya...hehehhe...ada blog tapi dah lama tak update...lupa password katanya...hahhahaha....terima kasih kak atas resepi ni..saya suka sgt..tambah2 tang sos/inti dia tu..sedap sgt...terima kasih kak....dan tak lupa jugak buat anna qawina kerana byk turunkan tips untuk membuat crust/ kulit dia tu...memang byk membantu...kalau tak memang hangit le...kekekke....anna kita cnp tips dari blog awak ye..supaya senang sebagai rujukan kita dimasa depan...terima kasih banyak2...moga murah rezeki semuanya..:)
FRUIT TARTLETS
Resepi: kak nis@my (terima kasih juga pada rinn tuan punya resepi)
cnp tips : anna qawina
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Apa Yang Diperlukan:
250 gm butter, suhu bilik
120 gm gula ising
2 biji kuning telur
440 gm tepung gandum, diayak dahulu
1 tsp esen vanilla
Cara:
1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya. (lihat gambar dibawah)

3. Panaskan oven pada suhu 175C.
4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
Kastard:
2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega
Cara Membuat Kastard:
1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2. (rinn menggunakan kaedah memasukkan didalam gelombang mekro dengan suhu tinggi hingga pekat. Buka peti mekro sesekali lalu kacau supaya tidak berbentil2, apabila tampak likat, keluarkan & masukkan mentega lalu kacau hingga sebati)
6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.

TIPS DARI ANNA
Cara-cara :
- Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
- Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
- Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
- Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
- Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
- Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
- *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
- *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
- Simpan crust dalam bekas kedap udara.
Edited :ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK