Monday 29 August 2011

Mee sup utara


kes terliur tengok bihun sup utara kat rumah ika..kita pun berminat nak mencuba...memang sedap resepi nih..lagi pun tak payah pakai sup bunjut tu yg paling bagusnya..hehehhehe...sekarang ni kalau buat sup memang saya tak pakai sup bunjut....buat style cam gini pun sedap...terasa rempah2nya....saya buat makan dgn mee sup utara nih....masa tangkap gambar ni daun sup dah habis..hehehhe..tu yg pudar je rupa dia....kehkehkeh..layan je la ek....resepi asal bihun sup utara ni dari kak malida....terima kasih kak atas resepi nya...saya kongsikan pulak resepi akak ni kat sini pulak ye..mintak halal ...saya copy n paste dari rumah ika...terima kasih jugak pada kak ratna dan ika....:) yg tulisan bold tu resepi edit saya...

BIHUN SUP UTARA
Resepi Asal : KAK MALIDA
Sumber: KAK MADIHA
cnp: ika

Bahan2 utk sup
  • Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)>>yg ni kita tumis
  • Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)>>yg ni pulak guna blend kering tuk blend rempah nii :D
  • 2 ~ 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 s/b ketumbar
  • ½ s/b jintan manis
  • ½ s/b lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • ½ s/b lada putih
  • (sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
  • 1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
  • 1/2 kg tulang- saya tak dek tulang letak daging je dgn perut
  • 1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih>>Yg ni tak letak :D
  • air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
  • garam & serbuk perasa
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • Tauge n sayur celur>>itu kita tambah hihihi.... dah terbiasa mkn sup mesti ada taugeh :D
Cara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..saya buat tumis sebab tak guna tulang

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

Menyediakan Bihun (saya pakai mee)
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.




Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap) saya tak letak sebab tak dek :)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri )
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili saya gantikan dgn sambal kicap


(nota: saya guna je bahan yg ada kat rumah...tak semua sayur2 tu saya letak...saya guna bahan asas daging dan perut je..saya tambah kiub ayam)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...