Berminat dgn dunia masakan...dan blog ni adalah tempat saya menyimpan segala resepi yg saya sayang serta pernah dicuba dan untuk dikongsi dengan rakan2...:)
Friday, 17 January 2014
MEE KARI IPOH VERSI 2
Assalammualaikum....hari ni saya tunjuk lagi resepi mee kari...tapi yg ni 2nd version....ada penambahan skit dari resepi yg pertama dulu....hari tu tak sempat nak tambah tips2 terbaru...kekeke
kalau berminat boleh tengok resepi dibawah..
MEE KARI IPOH VERSI 2
RESEPI: QUINNIE
BAHAN2 UTK KUAH:
300gm ikan bilis tamban
1 biji bawang besar*
3 bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar ikan bilis*(bahan* di blend halus)
3 helai daun kari
4-5 sudu besar rempah kari daging babas
1 sudu besar serbuk cili kering
5 serai diketuk
rempah 4 sekawan
santan secukupnya
garam dan gula
tauhu yg telah digoreng
sedikit minyak utk menumis
CARA:
1. mula2 rebus ikan bilis tamban dengan air secukupnya....rebus lebih kurang 20 minit. lepas tu tapis ambil airnya dan tepikan.. ambil .ikan bilis yg telah ditapis dan blend dengan air dan tapiskan... tepikan.
2. panaskan periuk...tuang minyak secukupnya....lepas tu masukkan bahan blend....biarkan bawang masak....lepas tu masukkan rempah 4 sekawan....daun kari dan serai.....kacau lagi biar naik bau...masukkan serbuk cili kering...isi sedikit air...kacau.....masukkan pula serbuk kari...kacau kejap dan masukkan air....tumis hingga serbuk kari masak....
3. masukkan air rebusan ikan tamban dan santan....biar hingga didih...masukkan garam dan gula serta tauhu...kecilkan sedikit api dan biar hingga terbit minyak pada kuah....dah masak tutup api.
BAHAN2 SAMPINGAN:
mee kuning secukupnya
daun sup dan daun bawang yg telah di hiris
kerang yg telah direbus
pelbagai jenis bebola dan fishcake yg telah dipotong
taugeh
*hidangkan mee dgn bahan sampingan serta kuahnya....jika suka didalam kuah boleh masukkan ayam dan kerang.
.
Labels:
Mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
It’s essential to have having access to the knowledge posted here. Important and famous people from throughout history born on this day. Search thousands of historical, noteworthy and Celebrity birthdays in our archives.
Post a Comment