Showing posts with label bahan masakan. Show all posts
Showing posts with label bahan masakan. Show all posts

Monday, 24 October 2011

Kicap campur


Terima kasih mas@duniaku atas resepi kicap campur ni....saya buat minggu lepas..dapat banyak..satu botol kecik ni...tengah duk pikir jugak la macam mana nak perabihkan...hehhehe....sebenarnya saya pernah salin resepi kicap campur mas ni dulu tapi tak pernah cuba..salin sebelum saya ada blog lagi...tu yg tak ingat nak buat..rajin salin je...ngeee...apa2 pun memang mudah bila ada kicap ni...masak pun cepat...terima kasih mas..memang sedap dimasukkan dalam sebarang masakan...:)




Kicap Campur
 
Resepi: mas@duniaku
by:quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
 
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

(nota: saya ni tak boleh sangat makan ajinomoto..jadiknya saya edit skit resepi ni....saya letak 1 sudu kecil je ajinomoto tu..lepas tu saya tambah lagi gula jadik 3/4 cawan..kicap pekat pun saya tambah lagi....jadikkan 1 cawan 1/2...sebabnya..kicap pekat saya tu jenis cair skit...cap jalen..kalau cap tamin dlm botol besar tu memang dia pekat betul....gula tu saya tambah sebab nak imbangkan rasa manis dan masinnya...kalau yg tak nak letak aji...tambahkan je gula tu lagi....kalau tak buat gini nanti dia masin sgt kicapnya....kecuali kalau dah guna kicap cair tu jenis lemak manis..saya guna lemak masin..tu yg kena tambah..nak bagi imbang rasa..)

Thursday, 4 August 2011

Water raux


best la water raux ni...byk membantu untuk menghasilkan doh yg lembut...dah lama nak buat tapi duk bertangguh..rasanya ramai dah duk buat water raux ni...tergerak hati nak buat bila tengok gambar water raux anna qawina...hehhehe..baru leh imagine cam ne rupanya....baru2 ni saya buat pizza dan pau..isi water raux ni sebab saya guna tepung gandum je...Alhamdulillah...elok lembutnya...walaupun tak 100% best macam tepung roti...tapi masih lagi terbaik jika nak dibandingkan kita pakai tepung gandum sahaja...resepi ni asalnya dari mamafami..tapi saya copy n paste dari rumah kakros jintanmanis...terima kasih kepada mamafami dan kakros....dan jugak anna...

water raux

Resepi asal: MamaFami 
copy n paste: kakros jintan manis

serba sedikit mengenai water roux

1. water roux hanya tahan lebih kurang 3 hari sahaja, sila simpan water roux di dalam peti ais, dan ros hanya gunakan lebih kurang 2 sudu besar water roux sahaja bagi satu adunan roti.
2. satu adunan penuh water roux 50gram tepung dengan campuran air 250ml kita boleh gunakan 4 kali dan selalunya ros hanya buat separuh adunan sahaja.
3. Fungsi water roux adalah untuk menjadikan doh roti lebih lembut dan gebu, tapi paling penting dalam pembuatan roti adalah tepung roti, pastikan tepung yang digunakan tepung high protein atau tepung superfine.
4. Jika menggunakan water roux di dalam adunan roti, pastikan kuantiti bahan cecair yang lain seperti susu atau air suam perlu dikurangkan lebih kurang 10ml ke 20ml. ni berdasarkan pengalaman ros .
resepi water roux - source from Blog MamaFami - thankyou so much, ros copy n share kan disini ya
Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...