sedap juga resepi pau jane ni walaupun saya guna tepung gandum je..
buat inti kelapa je...sebab ini yg laku..hehehhe
Assalammualaikum..selamat bersua kembali di pagi isnin...kali ni saya tunjuk pau yg saya masak hari apa ye..tapi sama hari dgn saya masak kuih bom tu jugak...cuma lambat kuarkan entry je....hehehhe....kali ni saya guna resepi pau jane...memang glemer resepi ni dan ramai jugak yg dah cuba....terutamanya dak ika..selalu jugak dia guna resepi ni...heheheh..saya ni duk bertangguh je sebab tak dek inti...kat rumah ni inti kelapa yg laku...hehehe...
apa2 pun sedap resepi ni walaupun saya guna tepung gandum je...terima kasih pada jane atas resepi pau ni..dan jugak ika ...kita cnp dari blog awak je....:)
PAU
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan A
Bahan A
- 300g Tepung Hong Kong>>yg ni kita tak de gantikan tepung pau -Q guna tepung gandum
- 150g Susu>> susu segar -Q ganti dgn satu sudu besar susu tepung + 150 (+ -) air ..ikut lembut la ye
- 50g Gula caster -Q guna gula biasa dlm 1 sudu besar
- 1 1/2 Tbs Shortening -Q ganti dgn minyak sayuran dlm 2 sudu besar
- 1 tsp yis
- Sedikit garam
Bahan B
1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air -Q ganti dgn 2 sudu kecil baking powder ..tak letak air
Bahan2 Inti>>yg ni kita guna inti kaya, Q guna inti kelapa
480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.>> kita guna kaya
Cara2:
- Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam). Q satu kan bahan A dan B...lepas tu bancuh macam biasa..uli sampai tak melekat dan doh pastikan lembut....lepas tu rehatkan doh naik 2x ganda...
- Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. -Q skit cara ni
- Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g. -Q bahagikan kepada 8 doh kecil.
- Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
- Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
- Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
- Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.






