Berminat dgn dunia masakan...dan blog ni adalah tempat saya menyimpan segala resepi yg saya sayang serta pernah dicuba dan untuk dikongsi dengan rakan2...:)
Friday, 27 May 2011
Tempe goreng kicap
saya memang suka makan tempe....tapi kan sebenarnye dulu tak berapa suka tempe ni..mungkin sebab tak pandai masak tempe...hehehhe...tapi sekarang kalau ada tempe kat rumah mula la nak mencuba pelbagai resepi berasaskan tempe nih....kekkeke....resepi ni simple tapi sgt lah sedap...tempe dan ikan bilis tetap rangup walaupun dah bercampur dgn kicap....kadang2 makan cam gini lagi boleh menambah nasi....resepi ni saya ambik dari kakbesah myr....saya suka resepi2 dari kakbesah ni...especially resepi masakan2 jawa yg di post oleh kakbesah...tq akak...mintak halal ye saya kongsikan resepi akak kat sini....
Tempe goreng kicap
Resepi: kakbesah@myr
bahan2
3 bungkus tempe dipotong dadu ( saya hiris nipis)
segenggam ikan bilis di belah ( saya pakai je ikan bilis biasa saiz kecik)
9 ulas bawang merah dihiris ( saya guna 5 bawang merah dan sebiji bawang besar)
7 bawang putih dihiris
11 biji cili padi dihiris
semangkok minyak masak
kicap manis secukupnya
cara2
1. goreng tempe hingga sederhana rangup dan tepikan
2. goreng ikan bilis hingga rangup dan tepikan
3.kurangkan minyak separuh dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar dan cili padi hingga garing dan naik bau...kemudian masukkan tempe dan ikan bilis goreng tadi.....dan gaul rata.
4.campurkan kicap manis dan masak lagi sehingga kicap melekat pada tempe....boleh tau kicap ni dah melekat ngan tempe bila terbit minyak dan boleh nampak kicap tu dah terasing dgn minyak.
5. bila kicap dah terbit minyak boleh la diangkat dan dihidangkan. lebihan minyak tadi boleh la digunakan tuk goreng telur atau utk menumis masakan lain.
( nota : saya potong tempe tu nipis dan goreng garing)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment