yummyy!!!
saya kalau masak sikit nasinya lebih suka guna cara kukusan..:)
Assalammualaikum...huhuhu..tak cukup tido sepanjang musim EURO ni..hehehhe...nak online siang2 pun tak larat ranya...kekekek....saya pun sebok hari jumaat lepas sebab masak2 untuk hantar masjid..Alhamdulillah semua dah selamat dah...hehehhe...disebabkan kepenatan tu yg tak online beberapa hari ni...mula2 memang nak hantar sabtu lepas tapi tak jadik sebab masjid ada program...terpaksa la tunda keminggu ni...ingatkan nak hantar hari ahad..tapi makcik petang khamis bagitau kata nak hantar hari jumaat pulak..kelam kabut jugak la nak keluarkan segala periuk belanga..heheheh...nasib baik la cousin ada balik..ringan skit keje....:)
tak lupa juga terima kasih sangat2 pada yg sudi berkunjung kesini dan meninggal kan komen...nanti saya buat kunjugan balas ye...mintak maaf la lambat skit buat kunjugan balas...:)
o.k...gambar nasi briani ni yg saya masak sebelum hantar masjid..gambar masak utk masjid tu lupa langsung nak tangkap..hahahhah....tapi resepi sama je...untuk resepi ni saya pilih resepi dari kak wattie @wattie homemade....tapi saya ada edit skit sebab tak buat rempah briani sendiri..tak rajin ler...kekekekek...sebabnya dah ada rempah beriani import dari muar...dia kalau terdesak sgt baru le nak kisar rempah sendiri...
apa2 pun terima kasih pada kak wattie atas resepinya dan mintak maaf la saya edit skit resepi akak ni ye....:)
NASI BERIANI AYAM
Resepi asal: kakwattie@wattie homemade
olahan resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato -Q tak letak
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar - Q ganti daun sup
Rempah Utk Digiling :- Q ganti dgn rempah briani hj sernan muar
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja -Q pun sama
4 cawan air sejuk -Q guna 3 cawan air
90 gm minyak sapi -Q campur minyak sapi dan planta
1 sb serbuk badam -Q ganti dgn kismis
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak -Q pun tak letak sebab tak suka

Q tambah 3 cili merah / hijau dibelah 4
Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis
Q tambah 1 biji tomato didadu
Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.

Cara Q:
1. mula2 campur minyak sapi dan planta serta minyak sikit kedalam kuali.
2. bila minyak dah panas....tumis bahan2 tumis...lepas tu masukkan tomato didadu......masak hingga tomato lembut....lepas tu baru isi rempah..Q letak dlm 4-5 sudu besar rempah yg dicampur sedikit air..kacau hingga terbit minyak.
3. bila dah terbit minyak...masukkan ayam....masak ayam hingga 3/4 masak lepas tu angkat ayam dan tepikan. masa tengah masak ayam ni..Q campur sedikit bawang goreng dan daun sup yg dihiris kasar didalamnya...masukkan juga cili yg telah dibelah 4 tadi.
4. bila ayam dah masak..asingkan ayam....lepastu tepikan ayam..kuah yg tinggal tu Q campur dgn sedikit kismis..lepas tu Q masukkan beras..dan kacau2 rata...isi garam skit....lepas tu Q pindah kan nasi kedalam periuk biasa dan masukkan air.... tanak atas dapur gas...masak nasi hingga 3/4
masak.masak masak tu pastikan kacau2 selalu nasi utk elakkan nasi daripada berkerak dibawahnya...sementara itu panaskan kukusan.
5. bila dah nak kering airnya..tutup api dan pindah nasi kedalam loyang kukus....taburkan bawang goreng diatasnya dan sedikit daun sup....lepas tu susun ayam tadi diatasnya dan taburkan lagi baki bawang goreng dan daun sup....kukus hingga nasi dan ayam ayam masak....
6. Q hidang nasi dgn air asam dan sayur salad.
* kalau nak letak tomato puree pun boleh juga macam kak wattie buat tu...tapi Q kalau letak tomato puree suka tambah skit susu cair masa masak ayam utk kurangkan rasa masam tomato puree. rasa nasi tetap sedap sama ada letak tomato puree dan susu ataupun tak letak2 dua2 bahan ni...sebab saya dah buat dua2 cara..:)