Wednesday, 1 August 2012

ONDE ONDE/ BUAH MELAKA...eriearsya


Assalammualaikum...hari ni nak tunjuk menu kuih yg saya buat kelmarin....bulan pose ni kalau makan kuih buah melaka ni rasa sedap sgt..hehehe...

o.k terus kepada resepi....kuih kali ni saya cuba resepi dari eriearsya@myr....tertarik nak cuba sebab dia ada letak tepung gandum kat dlmnya...tapi letak skit je....tak makan resepi gemini hari tu..dia letak byk juga....hasilnya tetap sedap....terima kasih pd eriearsya atas resepi ni...mintak dihalalkan ye..saya kongsikan resepi awak kat blog saya utk rujukan mendatang...terima kasih..:)


ONDE ONDE/ BUAH MELAKA

Resepi: eriearsya@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

 

Bahan-bahan ( 5-6 org mkn )- Q buat 1/4 adunan dpt la sepinggan :)

  • 500 gm tpg pulut
  • 4 sudu besar tpg gandum
  • 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
  • Air secukupnya
  • Kelapa parut..digaul brsma garam
  • 1 sdt pewarna daun pandan

Cara-cara

  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat
  3. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  4. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan 
(Nota Q: Q guna air daun pandan..lepas tu panaskan skit air tu...agak2 suam je....bukan didih...lepas tu bancuh tepung hingga lembut adunan...tambah lagi air biasa....bulat2kan dan susun dlm loyang...sapu minyak pada tangan utk mudahkan membentuk kuih....bila dah rebus kuih tu..angkat bila dah timbul..masukkan sekejap dlm air sejuk dari peti ais...ini utk elakkan kuih melekat....toskan kuih dan baru salut dgn kelapa putih.)

    10 comments:

    Norzie hany said...

    Suka mkn buah melaka ni...masuk mulut sebiji2 kalau yg kecil la.Bln puasa ni blm mkn lg kuih ni....nk buat malasnya Q.

    ijayuji said...

    Salsm kak, haar ler letak trping gandum, apa beza? Kita suke mkn liat2 :D puasa2 ni belum buat onde2 lg ntah bila nk buat, ni tgh pkir nk buat menu apa sbb penat dah mcm malas nk madak dah ni ehehe...

    QasehnyaRania said...

    salam kenal an follow sini kuiz kak sha =)
    good luck yer

    zila norazila said...

    salam q.
    he hhee baru berangan nk wat jugak..teringin tahap gaban nk makan nie..sedappnya q:)

    quinnie said...

    kak norzie..beli je la kak kalau dah teringin sgt...ramai org duk jual nun...heheheh

    ika..kita hari ni pun menu tak dek lagi ni..aduiiii....dia rasa liat2 juga...sebab letak skit je tepung gandum nye...hehehhe

    qaseh...salam kenal juga..:)


    zila....buat jgn tak buat..kalau tak sempat beli je la zila oiii...hehehhe

    Amie said...

    Comelnya buah melaka dia... kecil2 cute... sekali telan terus kunyah tak risau gula meleleh he he he ehh

    faa.rosli said...

    ramadhan kali ni faa xbuat lg kuih ni..

    quinnie said...

    kak amie..betul tu...muat2 mulut je ..kekekek

    faa..alahai faa...buat le cepat...dah separuh ramadhan dah ni..kekeke..

    Blogger said...

    Hey Everyone,

    Below are the most recommended BTC exchangers (BUY/SELL):
    Coinbase: $1 min. exchange
    CoinMama

    Get free BITCOINS with the best bitcoin faucet rotator:
    BTC Faucet Rotator

    Susan said...

    I wanna tell that this is very beneficial , Thanks for taking your time to write this. Eminem is an American rapper and one of the most successful artists in hip-hop. As of 2020, Eminem net worth is now estimated to be $230 million.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...