Wednesday, 4 April 2012

KEK PISANG 2 CARA: CARA 2 KAK NAZ

lembut sangat kek ni..


saya masak kek ni sama hari dengan lepat pisang semalam...ni pun sebab nak ngabiskan pisang nangka...kali ni saya buat kek dari resepi kak naz..guna cara ke 2..memang lembut kek ni..bagai span..toing..toing..bila di tekan...hehhehe...terima kasih kak naz..saya kongsikan resepi akak kat sini ye..dan jugak sebagai rujukan saya dimasa akan dtg...saya pun 2 adunan kek ni...:)

nanti saya BW ye..bz skit minggu ni..terima kasih pd semua yg singgah sini....:)


KEK PISANG DUA CARA : CARA 2

Resepi :kak naz
by: quinnie@qasahququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)* Q ganti dgn tepung gandum 2/4 cawan + baking powder lepas tu ayak 3 kali
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla
 Cara-cara :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.

12 comments:

Liza said...

salam Q...akk pun pernah buat kek pisang kak naz ni, mmg sedap dan berbaloi2....hiihihi

Nieza said...

assalam Q, sedapnya kek pisang..akak dah lama berangan nk buat kek pisang tapi tak terbuat juga lagi.

nanti jemput singgah blog akak ambil card dan bunga ya:)

ijayuji said...

Salam kak! kek pisang mmg best lah! ehehe.. kita baru beli pisang semalam tp cadangannya nak buat lepat, tunggu pisang tu mcm jadi pakcik sikit baru nak guna sbb kalernya masih kuning2 biasa jerrr :D

JUICY CAFE said...

as-salam q..nasib smlm dh buat kek pisang..kalu x terliur dbuatnya hehehe..

KakAsma said...

Q,
disebabkan tayang aamal lepat pisang q hari tu akak dengan bangganyer membli sesikat pisang semalam,
cadang nak buat lepat pisang,tapi tak sampai pun niat tu..dah kena ngap dengan anak2 dan mak anak2..hish..nampak gaya kena cari lagi pisang..nak gak buat kek yang Q buat nih..nmpk moist gitu..

Mas said...

kak Q tahu..
lama dah mas tak buat kek pisang..
pada hal pisang sentiasa ada kat rumah..he3

kene tunggu mood mari dulu..
copy dulu resepie ni..
nak try gak nanti.

izahdaut said...

klau kek putar2 ni mmg sah sah gebu kan kak q.. nak sikittt

Wani said...

salam Q dalam blog ni sekali je buat kek pisang nasib baik ada tukang makan hihi.. itu pun stok pisang banyak.. lepas tu x buat2 dah ..kek pisang ni mesti texture lembut sebab letak ovalette kan?

Qasey Honey said...

Kak Q mmg sedap yerk kek pisang ni...nk cuba jugak la...QH mmg dh lama xbuat kek pisang ni...

zila 4ever said...

salam q
stock pisang kt umah tu baru berlalu..he hee nnt klu ada lg nk try jgk resepi naz tue..gebuu jer tgok:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Q..
lama tak mkn kek pisang nie.. & dh lama jgk oven tuh tak panas hehehe
gebu...

Amie said...

Assalamualaikum Quinnie,
lama kakak tak buat kek pisang... sedap sangat baunya kalau baru kuar oven dan tak sabar2 nak makan, apalagi kalau hasil kejadiannya gebus & lembut!

Tentang peria tu Quinnie, sebenarnya tidaklah pahit sangat rasanya kalau pandai memasaknya (he he hehh kakak pun tak berapa pandai tapi bolehlah kongsi), pilih peria yang warnanya keputih-putihan atau yang tidak terlalu hijau (peria besar sekarangnya ni tak berapa pahit), kalau rasanya peria tu pahit, hiris nipis2 kemudian bubuh garam barang sesudu dan ramas2 sampai keluar airnya. Lepas tu bilas dan perah sehingga airnya kering, sebab air tu yang akan buat peria jadi pahit. Campurkan telur untuk kurangkan pahit dalam masakan. Jangan bubuh air dalam masakan...peria ni banyak khasiatnya, yang pahit itulah ubat yang mujarab...hahahahhh berceramah pulak sudah ni. Kami di sini sewaktu kenduri-kendara selalu buat kerabu atau acar peria! Tak pahit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...