dah lama teringin nak makan mee ada sosej..:)
saya memang suka mee..tambah2 mee yg sempoi cam gini...:) mee ni tumis biasa je..cuma bezanya letak sosej kat dalam dia...teringin nak makan cam gini dah lama dah..sejak tengok iklan kopitiam kat tv...hehehehe...
MEE SUP BERSOSEJ
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
4 bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
5 bawang merah dihiris
sedikit serbuk lada hitam
1 rangka ayam- di potong
6 bahagian isi ayam -di potong
2 telor ayam
sosej secukupnya
2 kentang dipotong kiub
1 carrot dihiris
air secukupnya
garam dan gula skit
1 kiub ikan bilis/ayam
1 tomato di potong dadu
bahan sampingan
daun sup dan daun bawang dihiris
mee secukupnya
bawang goreng
sambal kicap
sayur kubis dihiris
Cara2
1. mula2 panskan sedikit minyak dalam periuk..kemudian tumis bawang merah...biar sampai kuning bawang tu...selepas tu masukkan bahan2 tumbuk....biar bangkit baunya..lepas tu masukkan ayam dan kentang...kacau2 kejap..biar sebentar....agak2 ayam macam kecut skit..masukkan air secukupnya...lepas tu tutup periuk dan masak hingga kuah didih.
2. bila kuah dah didih..masukkan kiub ikan bilis...serbuk lada hitam....masak lagi hingga ayam dan kentang empuk. bila dah empuk..masukkan carrot dan tomato....lepas tu masukkan telor ayam...garam dan gula skit...waktu masukkan telor tu kecilkan skit apinya....isikan juga sosej....ikut la nak letak berapa...biar kejap dan tutup la apinya...
3. cara hidangan..masukkan mee kedalam mangkok..isi kobis...daun sup dan bawang..bawang goreng....sambal kicap dan tuang kuah sup....dah siap..:)
11 comments:
pehhhhhhhh menggoda kak ina pulak mee sup awak tengah2 malam ni..harus esok kak ina buat gak ni...he he...
Salam kak q!! selmat pagiiii ececece... semalam kita buat mee sup tp tak letak sosej, oowwwhhh! kita lupa akak suke sosej ya? kita sosej ni kurang sikit, kalau di bakar ok lagi, biasanyer budak2 lah yg suke, nanti leh buatkan sup budak2 kat umah nii, tenkiuuuuuu!
kak Q,
mee sup gini peberet ain ngan daniel tau..
kadang2, mas pun join sekali..he3
memang sedapp...
kak zalin..hehehhe..saya pun kalau mee ni memang cepat je tergoda..hehehhe
ika...oh awak tak suka sgt ek...kita bakar ke apa ke semua suka...hahhaha...senang masuk je sosej...berangan ala2 kopitiam la ni...hahhaha
mas...bebudak suka la mas taruk sosej ni..bleh cuba..:)
Aslmkm..apsal perutku tetiba berbunyi..sedapnya...nak hirup sup..
anna..tak leh nak numpang le pasainya dah lama habis....hahhahah
salam q
resepi simple2 nie kgmaaran saya..suka sgt yg rinkas2..makan time panas2 sedappp ..:)
nyesal! nyesal! nyesal tengok ni time pose! huhuh
Q, ni betul2 bersosej ni.. Letak terus sebatang panjang cam tu..tak yah potong2 kan. Baru nampak ada sosej kan..heheheh..
salam quinnie..klu bebudak mkn ni mmg suka la depa sbb ada tambah sosej.
sedapnya kalau dapat semangkuk mee sup Q ni..ada sosej lak tu akak suka:)
Post a Comment