Friday 10 February 2012

NASI LEMAK TUMIS

memang sedap nasi ni tak rugi cuba..:)

saya makan dgn sambal kering peparu...timun...telor rebus...dan papadom....yummy!!!

akhirnya saya buat jugak nasi ni...dah lama tengok resepi ni kat myr sebenarnya..tapi tak pernah nak cuba resepi kakjun nih...sekarang ni dah jadik cam virus pulak nasi lemak tumis ni..boleh dikatakan semua dah mencuba..saya nak letak link sorang2 bloger yg dah cuba nasi ni pun dah tak larat nak jejak rasanya...mintak maaf la ye....tertarik dgn nasi ni masa tengok izah buat hari tu....lepas tu ramai yg mengikut jejak langkah izah...

apa2 pun terima kasih kat kak jun...memang sedap nasi ni kak..tambah2 makan ngan papadom..hehehe...terima kasih jugak kat izah...:)

sebelum tu..saya harap pengunjung blog saya ni dpt bertahan dgn lagu2 kpop yg berkumandang dan lagu2 ni akan bertukar tiap2 hari..hahahhaha...saya kalau ikutkan malas nak letak muzik kat blog ni..tapi tak tertahan dah rasanya...kekekek..bawak bersabar la dgn saya buat sementara waktu ni ye..nanti2 bila dah boring...dan semua lagu dah diputarkan nanti saya delete...:)

anyway....saje nak kasi tau..lagu semalam tu lagu dari bigbang...haru haru....hari ni lagu bigbang jugak...lies tajuk dia...:)

NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha
cnp: izah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

(nota: Q masak nasi cam biasa lepas dah masak saya titikkan pewarna kuning)

20 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

sALAM QUINNIE, memang musim menumis akak pun plan nak buat lagi esok...ha...ha..gemukla kita

CT Delima said...

As'salam Quinnie

Alahai...pagi2 Jumaat nampak nasi lemak tumis. emmmm harum menusuk hidung dah ni. k.ct dah tadah pinggan isi nasi ni. kasi lebih sambal paru tu ya :)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum quinnie...
Wah menyelerakan sungguh tgk nasi lemak tumis tu quinnie.. Nie buat bf sedaaap nie..

Yatie said...

mmng ramai yg dah cuba nasi lemak tumis ni...mudah dan yg paling penting sedap sangat..terliur pulak tngk set nasi lemak quinnie...

Wani Sukarno said...

pagi2 dah nampak nasi lemak tumis ni alahai sedapnya wah ada sambal peparu !!!! .. dah ramai dah orang dah buat .. bila la hati nak tergerak nak buat hihi

izahdaut said...

ku tunggu dari semalam lagi nasi ni. hahaha sah semalam berlaku kesilapan teknikal kan kak Q. kikiki...

sedap aa nasi lemak ni. mmg menjadi pojaan ku. mekasih kak Q, sudi menyebut nama ku disana.. ada yang mengingati ku lupe lupenye.. hahaha..

Unknown said...

sedapnya nasi ni.. dulu2 penah buat tapi utk blog belum g.. xtaulah bila nk btv g ni..

Chik Mimi said...

Q terlioq tgk nasi lemak tumis tu yg tak tahan tu siap ada papadom

quinnie said...

hahhaha..kak paty..siap beli papadom kak..memang sedap!!! lagi bertambah nasi..hahahha

quinnie said...

memang harum kan kak nasi ni...suka bau halba tu...hehehe

quinnie said...

kak diana dah cuba ke? mesti cuba kak..sedap..hehehe

quinnie said...

saya pun tak jangka nak buat nasi ni sebenarnya kak yati..hehehe..ada paru tak tau nak makan dgn apa..last2 teringat kat nasi ni terus cuba...:)

quinnie said...

wani..sambal paru ni kita ambik dari blog awak..kekeke..esok baru nak post entry paru..kekeke

quinnie said...

hahaha...tersalah budget la semalam..kekeke..tq izah..kalau awak tak buat promosi hebat memang tak tau bila kita nak cuba nasi ni..kekeke

quinnie said...

la ye ke..saya pun byk resepi dah cuba kat myr tapi tak post kat blog sebab dulu2 tak dek blog..hehehe

quinnie said...

kak mimi..papadom ni dah jadik cam pelengkap utk nasi ni kak...sedap...kruk krak duk makan dia..hehehe

ijayuji said...

Salam kak! dah nmpk masa kak nor buat itu hari sampai skrg tak buat2 nanti lerrr tunggu rajin byk sikit sbb malas nak buat sambalnyer tu ha hihihi... ini lerrrr nasinyer yg semalam tu yaa? :P

quinnie said...

hahaha.ini la dia nya..kekeke..kita pun sebab nak habiskan paru hari tu..tu yg rajin buat nasi ni..kalau dak tak tau thn bila nak cuba...hahahha

Totie@Tomy said...

yang menarik dengan nasi ni ada papadom..yummy..salam kenal..

quinnie said...

salam kenal jugak totie.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...