Berminat dgn dunia masakan...dan blog ni adalah tempat saya menyimpan segala resepi yg saya sayang serta pernah dicuba dan untuk dikongsi dengan rakan2...:)
Friday, 29 June 2012
KARI TELOR TUMIS DARAT....ITALIA KE FINAL :)
Arrggghhh ngantukssss...tapi puas hati sebab my favorite team ITALIA menang dengan bangganya...hahahhah....dapat jugak ke final..YAY!!! mesti nak tau saya minat sape kan? mesti la PIRLO..hahahhaha...tapi rasanya world cup 2014 cam dia tak join je sebab umur dah meningkat...huhuhu...pirlo ni dari dulu pesen rambut dia sama je...hahahah
o.k hari ni nak tunjuk menu ringkas lagi...telor kari tapi tumis darat..saya sekarang suka betul masak tumis darat ni sejak pandai masak..dulu tak reti..heheheh
k lah meh tengok resepi..:)
KARI TELOR TUMIS DARAT
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
7 biji telor di rebus dan kupas kulitnya
7 tangkai daun kari
2 kentang dipotong 6
1 tomato di belah 6
6 buah belimbing dibelah 2
sayur kacang panjang
santan
garam dan gula
2 paket kecil rempah kari cap org terbang
bahan tumis
1/2 bawang besar di hiris
4 bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1/2 sudu besar jintan kasar ditumbuk
1 tomato dipotong dadu
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar
rempah 4 sekawan
Cara2
1. mula2 masukkan separuh santank kedalam periuk....rempah kari..buah belimbing...dan kentang...masak hingga kentang empuk.
2. sementara itu...panaskan kuali..isi minyak masak...lepas tu tumis bawang putih..bawang merah dan halia hingga kuning..masukkan tomato didadu...kacau2 ..lepas tu masukkan cili kisar..kacau lagi hingga terbit minyak....masukkan rempah 4 sekawan...halba campur...jintan kasar ditumbuk dan daun kari....masak hingga terbit bau...bila tumisan dah mesra tutup api dan masukkan kesemua bahan kedalam periuk yg sedang dimasak tadi.
3. bila dah empuk kentang...masukkan separuh lagi santan....kecilkan api....masak hingga terbit minyak....masa santan dah didih..masukkan telor rebus......bila dah terbit minyak... masukkan tomato...kacang panjang..garam dan gula....bila sayur dah masak boleh la tutup apinya...boleh hidang telor kari ni dgn sebarang nasi pilihan..:)
Thursday, 28 June 2012
ROTI GULA
senang je rupanya nak buat biskut ni....:)
sesi nak menghabiskan roti...kekeke
Assalammualaikum..hari ni saya nak kongsikan satu resepi mudah yg saya ambil dari myr...resepi ni dari cik ina do do cheng@myr...terima kasih ina...merasa jugak makan biskut ni dari air tangan sendiri...selalu beli je..hehehhe..tapi dah lama juga saya tak beli sebab rega pun boleh tahan mahal jugak skang ni..baik buat sendiri..jimat habis...hehhehe
kebetulan dpt roti free paket panjang sambal dua bungkus...tak larat nak makan ...dari expired baik buat biskut ni..tahan lama skit...hehehe...biskut saya ni dah terlebih gula..patutnya tabur gula tu tak yah byk sgt..sekadar ada gula pun dah cukup dah....
ROTI GULA
Resepi: cik ina dodo cheng@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
beberapa keping roti
gula
planta
Cara2
Sapu roti ngan majerin atau butter, tabur gula, lepas tu ambik sekeping roti potong/gunting kepada empat bahagian. kalau tak nak potong pun boleh, tapi kalau potong empat senang nak simpan dalam bekas. Bakar atas redai suhu 160 celcius selama 25-30minit, api atas bawah . Roti gula dah nampak rangup , boleh angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
Wednesday, 27 June 2012
JEMPUT UDANG KERING SOYA
Assalammualaikum dan selamat pagi semua....nak cepat pagi ni...nak BW rumah kawan2 pun tak sempat pagi ni..huhuhu..nanti saya buat kunjungan balas ye....sat2 gi saya sampai...nak masak laksa kelantan dulu pagi2 ni..heheheh
saya kalau buat air soya suka simpan hampas utk buat jemput atau cucur...dapat idea ni dari cucur soya kak fida...tapi lama2 dah dipelbagaikan resepi jemput soya ni...saya pun dah buat macam2 versi sebelum ni...tapi kali ni saya letak udang kering..memang sedap betul bila hampas soya digandingkan dgn udang kering...terbaik lah...makcik pun kata..'ngape jemput kali ni lagi sedap dari biasa"? hahhahaha..saya kata sedap le pasai letak undang kering...kekekeke
k lah meh tengok resepi ..ni resepi olahan saya sendiri...:)
JEMPUT UDANG KERING SOYA
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
2 cawan tepung gandum - kalau nak tambah lagi 1/2 cawan pun o.k jugak tapi saya guna 2 cawan je
2 cawan hampas soya
1 sudu kecil garam
3-4 sudu besar udang kering
5-6 cili kering dipotong dan rendam sekejap
1 bawang besar
1 telor ayam
1 cawan air
3/4 sudu kecil baking soda
Cara2
1. mula2 blend bawang besar..cili kering...telor dan udang kering bersama 1 cawan air....blend hancur kemudian satukan tepung dan baking soda..kacau rata didalam mangkok...isikan soya dan garam kedalamnya....kacau lagi dan akhir sekali tuang bahan2 blend....kacau rata. lepas tu perap adunan didalam peti ais lebih kurang 1/2 jam...lepas tu keluarkan adunan utk digoreng.
2. panaskan minyak dan goreng la jemput tadi hingga masak..boleh angkat jemput bila dah garing...toskan....boleh dimakan begitu saja atau dicicah dgn sos cili..saya makan gitu je sebab makan dia je dah sedap!!!
Monday, 25 June 2012
NASI BERIYANI AYAM
yummyy!!!
saya kalau masak sikit nasinya lebih suka guna cara kukusan..:)
Assalammualaikum...huhuhu..tak cukup tido sepanjang musim EURO ni..hehehhe...nak online siang2 pun tak larat ranya...kekekek....saya pun sebok hari jumaat lepas sebab masak2 untuk hantar masjid..Alhamdulillah semua dah selamat dah...hehehhe...disebabkan kepenatan tu yg tak online beberapa hari ni...mula2 memang nak hantar sabtu lepas tapi tak jadik sebab masjid ada program...terpaksa la tunda keminggu ni...ingatkan nak hantar hari ahad..tapi makcik petang khamis bagitau kata nak hantar hari jumaat pulak..kelam kabut jugak la nak keluarkan segala periuk belanga..heheheh...nasib baik la cousin ada balik..ringan skit keje....:)
tak lupa juga terima kasih sangat2 pada yg sudi berkunjung kesini dan meninggal kan komen...nanti saya buat kunjugan balas ye...mintak maaf la lambat skit buat kunjugan balas...:)
o.k...gambar nasi briani ni yg saya masak sebelum hantar masjid..gambar masak utk masjid tu lupa langsung nak tangkap..hahahhah....tapi resepi sama je...untuk resepi ni saya pilih resepi dari kak wattie @wattie homemade....tapi saya ada edit skit sebab tak buat rempah briani sendiri..tak rajin ler...kekekekek...sebabnya dah ada rempah beriani import dari muar...dia kalau terdesak sgt baru le nak kisar rempah sendiri...
apa2 pun terima kasih pada kak wattie atas resepinya dan mintak maaf la saya edit skit resepi akak ni ye....:)
NASI BERIANI AYAM
Resepi asal: kakwattie@wattie homemade
olahan resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato -Q tak letak
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar - Q ganti daun sup
Rempah Utk Digiling :- Q ganti dgn rempah briani hj sernan muar
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja -Q pun sama
4 cawan air sejuk -Q guna 3 cawan air
90 gm minyak sapi -Q campur minyak sapi dan planta
1 sb serbuk badam -Q ganti dgn kismis
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak -Q pun tak letak sebab tak suka
Resepi asal: kakwattie@wattie homemade
olahan resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato -Q tak letak
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar - Q ganti daun sup
Rempah Utk Digiling :- Q ganti dgn rempah briani hj sernan muar
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja -Q pun sama
4 cawan air sejuk -Q guna 3 cawan air
90 gm minyak sapi -Q campur minyak sapi dan planta
1 sb serbuk badam -Q ganti dgn kismis
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak -Q pun tak letak sebab tak suka
Q tambah 3 cili merah / hijau dibelah 4
Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis
Q tambah 1 biji tomato didadu
Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.
Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis
Q tambah 1 biji tomato didadu
Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.
Cara Q:
1. mula2 campur minyak sapi dan planta serta minyak sikit kedalam kuali.
2. bila minyak dah panas....tumis bahan2 tumis...lepas tu masukkan tomato didadu......masak hingga tomato lembut....lepas tu baru isi rempah..Q letak dlm 4-5 sudu besar rempah yg dicampur sedikit air..kacau hingga terbit minyak.
3. bila dah terbit minyak...masukkan ayam....masak ayam hingga 3/4 masak lepas tu angkat ayam dan tepikan. masa tengah masak ayam ni..Q campur sedikit bawang goreng dan daun sup yg dihiris kasar didalamnya...masukkan juga cili yg telah dibelah 4 tadi.
4. bila ayam dah masak..asingkan ayam....lepastu tepikan ayam..kuah yg tinggal tu Q campur dgn sedikit kismis..lepas tu Q masukkan beras..dan kacau2 rata...isi garam skit....lepas tu Q pindah kan nasi kedalam periuk biasa dan masukkan air.... tanak atas dapur gas...masak nasi hingga 3/4
masak.masak masak tu pastikan kacau2 selalu nasi utk elakkan nasi daripada berkerak dibawahnya...sementara itu panaskan kukusan.
5. bila dah nak kering airnya..tutup api dan pindah nasi kedalam loyang kukus....taburkan bawang goreng diatasnya dan sedikit daun sup....lepas tu susun ayam tadi diatasnya dan taburkan lagi baki bawang goreng dan daun sup....kukus hingga nasi dan ayam ayam masak....
6. Q hidang nasi dgn air asam dan sayur salad.
* kalau nak letak tomato puree pun boleh juga macam kak wattie buat tu...tapi Q kalau letak tomato puree suka tambah skit susu cair masa masak ayam utk kurangkan rasa masam tomato puree. rasa nasi tetap sedap sama ada letak tomato puree dan susu ataupun tak letak2 dua2 bahan ni...sebab saya dah buat dua2 cara..:)
Friday, 22 June 2012
KUIH BAKAR ROTI
ingatkan kuih ni rasa macam bingka..rupanya iras kek pandan..:)
elok cantik je kuar dari loyang..macam kek..:)
Assalammualaikum ...salam hari jumaat semua...moga semuanya dilimpahi rahmat Allah dipagi yg mulia ini...:)
o.k berbalik pada resepi..saya sebenarnya nak makan bingka roti..lepas tengok resepi ni terus nak cuba..cuma cara masak dia tu berbeza skit...tertanya2 jugak apakah hasilnya? sebab dlm dia ada roti..rupanya2 bila dah masak kuih ni lebih iras rasanya kepada kek santan...rasa roti kat dlm tu pun tak la terasa sgt...cuma texture dia ada berbeza skit dari kek...dan lepas masak bukan macam bingka....saya siap tabur bijan lagi kat atas tu sebab ingat nanti jadik bingka..hahahhaha
resepi ni dari nasah@myr..terima kasih nasah atas resepinya...mintak halal ye....kalau ada roti2 yg nak expired tu boleh la cuba buat kuih ni...:)
KUIH BAKAR ROTI
Resepi: nasah@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan
- Satu bantal roti potong , ( perasa pandan )-Q guna 6 keping roti rasanya...lupa la...
- 3 cup tepung gandum
- 2 cup gula- Q guna 1 1/2 cawan gula je
- satu kotak santan / 200ml
- 200ml air
- 4 bijik telur
- 3 sudu tea baking soda / baking powder
- 100grm marjerin
- Sedikit warna hijau or perasa past pandan .
- Q tambah daun pandan 3 helai di blend dgn 100ml air dari 200ml air diatas..kemudian tapis.
Cara-cara
- Rendamkan roti bersama santan dan air selama 20min .
- pukulkan gula bersama marjerin hinga kembang .. masukkan telur sebiji sebiji
- Bila telur , marjerin dan gula dah sebati , masukkan roti yg dah lembut tadi .. pukul hinga hancur
- Masukkan pula past pandan , hinga sebati ..
- Bakar dalam oven 180c selama 1 jam ..
- Sila mencuba .... (^^,)
(nota Q: penting utk pukul roti tu hingga hancur..sebab kalau tak hancur nanti texture kuih tak cantik dan gebu..)
Thursday, 21 June 2012
TART NENAS TRADISIONAL
pertama kali buat tart bentuk bunga..:)
kes teringin nak makan tart...hehehhe
projek tart malam tadi .. saya sebelum raya memang suka makan biskut raya...kekeke
Assalammualaikum dan salam sejahtera...hari ni nak tunjuk biskut tart yg saya buat malam tadi..kebetulan ada sebiji nenas dapat dari kg..saya tak tau nak masak apa..last2 terpikir nak buat tart nenas sebab memang teringin lama dah nak makan...tapi malas je nak membuat..hehehehe...memang dah lama nak buat tart bentuk bunga cam gini..tiap2 kali raya mesti target nak buat tapi last2 nya tak terbuat pun sebab letih dan tak cukup masa..kekekke
o.k utk tart sulung ni..saya cuba resepi dari alladincollection@myr....tengok bahan2 dia simple je...so saya pun cuba...rasa boleh tahan juga sedapnya....biskut ni bila dah sejuk baru terasa kesedapannya....:) inti saya guna resepi sendiri....lepas ni nanti kalau rajin nak cuba resepi yg lain pulak...apa2 pun terima kasih pd tuan punya resepi...mintak halal ye ...:)
TART NENAS TRADISIONAL
Resepi: alladincollection@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan ( 150 biji )
- BUTTER 250gm
- TELOR KUNING 5 BIJI
- TEPUNG JAGUNG 50gm
- TEPUNG GANDUM 500gm atau uli hingga tepung tak lekat di tangan
- GULA ICING 150gm
Cara-cara
- pukul butter dengan kuning telor
- masuk gula icing sikit sikit dan gaul rata
- masuk tepung jagung dan tepung gandum uli sebati
- bentuk kan bulat dan guna sepit tart utk membentuk bunga di keliling.Boleh tengok di http://www.youtube.com/watch?v=8zDxHVdO6eU
- untuk inti tart, boleh beli di pasaran. bakar guna api atas bawah 180 degree dlm tempoh 15 minit.
Wednesday, 20 June 2012
TALAM UBI KAYU GULA MERAH
dah lama teringin nak makan kuih ni..:)
tak berapa cantik atas dia sebab saya lebihkan santan...hahahaha...
Hari ni nak tunjuk menu yg dah lama saya buat...memang teringin nak makan kuih talam ubi kayu ni tapi versi gula merah kat bawah dia....kebetulan ada org jual ubi kayu kat pasar malam terus saya beli..itu pun beli sekilo je semata2 nak buat kuih ni..hehheheh
Resepi ni saya ambik dari mamaera@fotopages....saya nak resepi yg guna tepung gandum sebagai kepala dia..lepas tu bahagian bawah guna gula merah...jenuh jugak la google hari tu..kekekke...kuih saya ni tak cantik sgt kejadian atasnya sebab saya habiskan santan..malas nak simpan..kekekekke..tu dia cam lembik skit...tapi tak pe saya suka...utk resepi kat bawah ni saya letak 100% resepi sebenar...tak dek edit cam saya buat..so don't worry la ye...resepi asal dah elok dah....saya yg memandai..kekekke
apa2 pun terima kasih pada mamaera...izinkan saya kongsikan resepi kuih ni kat sini pula ye...:)
TALAM UBI KAYU GULA MERAH
Resepi: mamaera@fotopages
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
Lapisan bwh:
200g gula melaka
200ml air
800g ubi kayu
Lapisan atas:
400 ml pati santan
3/4 camca teh garam
80g tepung gandum
1 camca besar tepung beras
Cara-cara:
1. Larutkan gula melaka bersama air di atas api yg kecil.Tapis dan biarkan sejuk.
2. Parut ubi kayu .Perah air ubi kayu dgn kain muslin utk hilangkan pahit.Ketepikan ubi kayu parut, biarkan air ubi kayu mendap dlm 10minit dan buang airnya.simpan kanji ubi kayu.
3. Gaul ubi kayu parut, sedikit kanjinya dan gula yg telah disejukkan. Pindahkan ke dlm loyang dan kukus 20 minit di atas air mendidih.
4. Campurkan santan,garam,tepung gandum dan beras- gaul sebati bhn2 ini. Tapis.
5. Apabila lapisan ubi kayu tlh masak,keringkan wap air dgn tuala kertas.Tuang lapisan santan dan kukus lagi 20minit sehingga masak.
200g gula melaka
200ml air
800g ubi kayu
Lapisan atas:
400 ml pati santan
3/4 camca teh garam
80g tepung gandum
1 camca besar tepung beras
Cara-cara:
1. Larutkan gula melaka bersama air di atas api yg kecil.Tapis dan biarkan sejuk.
2. Parut ubi kayu .Perah air ubi kayu dgn kain muslin utk hilangkan pahit.Ketepikan ubi kayu parut, biarkan air ubi kayu mendap dlm 10minit dan buang airnya.simpan kanji ubi kayu.
3. Gaul ubi kayu parut, sedikit kanjinya dan gula yg telah disejukkan. Pindahkan ke dlm loyang dan kukus 20 minit di atas air mendidih.
4. Campurkan santan,garam,tepung gandum dan beras- gaul sebati bhn2 ini. Tapis.
5. Apabila lapisan ubi kayu tlh masak,keringkan wap air dgn tuala kertas.Tuang lapisan santan dan kukus lagi 20minit sehingga masak.
Tuesday, 19 June 2012
BLACK PEPPER CHICKEN CHOP n TOMATO N CAPSICUM BAKAR
punya la sarat...semua nak diletak..hahahaha
sekarang ni kalau ada ayam rasa nak makan chicken chop je..hehehhe
Assalammualaikum....2-3 hari saya menyepi....bukannya buzy sangat pun..cuma puasa...cuaca pulak panas..memang tak larat nak ngadap pc...lepas berbuka terus tido..hehehe....saya sabtu lepas ingatkan nak masak2 utk masjid..last minute terpaksa cancel sebab masjid ada majlis Israq Mikraj....tunda hari ahad ni....nasib baik la tak beli ayam semua lagi...huhuhu
o.k berbalik pada resepi..saya cuba resepi dari Ros @Jintan manis pulak...yg ni versi ayam dibakar...lepas tu cara nak buat sos dia lain sikit walaupun bahan lebih kurang sama je dgn resepi wana@potret kasih hari tu...dua2 resepi pun sedap... kita tak rugi la cuba...hehehhe..lepas ni nanti nak carik resepi yg lain pulak...:)
apa2 pun terima kasih banyak pd ros kerana sudi kongsi resepi...harap dihalalkan ye....terima kasih...utk chicken chop ni saya makan dgn kentang bakar...tomato n capsicum bakar..bake beans...dan salad...memang kenyang makan waktu berbuka tu..hehehhe..tak habis pun tomato...tengah malam sabung makan lagi..kekekek..tapi tomato bakar tu memang sesuai nak buat makan dgn chicken chop ni...:) resepi tomato bakar ni saya tengok dlm majalah ..tapi saya ubah suai skit sebab ada bahan yg tak dek....k lah meh tengok resepi..:)
BLACK PEPPER CHICKEN CHOP
Resepi: Ros@Jintan manis
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bwg putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
Q tambah madu dlm 1 sudu besar*
Q tambah cendawan utk dimasak bersama sos
Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.
Untuk Sos lada hitam
Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi. Q tambah cendawan dlm sos ni...air pun tambah lagi....dan garam
kentang putar -( Q tak buat..ganti dgn kentang bakar)
4 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar marjerin atau butter
1/3 cawan susu segar
lada sulah
Caranya
Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.
Coselaw -(Q tak buat ganti dgn tomato n capsicum bakar)
1/4 biji Kobis saiz kecil
1/2 batang Corrot
1/2 biji Bawang besar
3 sudu besar Mayonis
sedikit garam dan gula
Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
Cara penyediaan
- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
TOMATO N CAPSICUM BAKAR
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
5 tomato
1 capsicum hijau
sedikit garam
1 cili merah dihiris
1/2 bawang besar didadu
sedikit serbuk oregano
mayonis
* boleh letak cheese jika ada
Cara2
1. mula2 ambil tomato..belah sikit bahagian atasnya...lepas tu buang isinya....bahagian atas dan isi tadi didadu kecil....ambil capsicum..potong atasnya....dadu bahagian yg telah dipotong tadi....satukan dgn isi tomato dan bahan2 lain kecuali mayonis n cheese....kacau rata.. lepsa tu sumbat isinya didalam tomato hingga penuh....
2.sediakan loyang...susun tomato dan capsicum didalamnya...paipkan mayonis diatas tomato dan capsicum tadi...jika ada cheese...taburkan dibahagian atas tomato...(kalau guna cheese tak yah letak mayonis.).
3. panaskan oven suhu..180c...kemudian masak selama 20 minit...Q masa bakar tomato n capsicum ni Q bakar sekali dgn kentang....campur kentang yg dipotong dgn garam...sedikit minyak sayur...serbuk oregano...dan bawang putih dicincang serta serbuk lada sulah...bakar 30 minit atau hingga masak...
Friday, 15 June 2012
ROTI DOH ASAS...kakfida
saya letak inti sardin...hirisan tomato dan salad...huduh nar rupa mayonis tu..hahahhaha..salah teknik...kekekke
puas hati la buat roti sendiri..hehehe
masa tengah panas2 ni..2 biji dah kena ngap!! kekekke
Assalammualaikum...selamat pagi jumaat buat semua pengunjung ....moga semua diberkati dan dirahmati Allah...hari ni nak tunjuk menu roti yg saya buat beberapa hari lepas...ni kes dah teringin sgt nak makan roti tengah2 malam..hahahhaa...tetiba je rajin..masak tengah2 malam..makan roti kul 2 pagi kot rasanya...ahahhaha...dia kalau dah teringin memang tak dpt nak nolong lagi dah..yg malas pun kembali rajin..kekekek
o.k..roti ni saya makan dgn inti sardin...hirisan tomato..salad dan sedikit mayonis...mayo tu masa paipkan dlm roti cam tak tau nak letak arah mana..tu yg jadik caca merba tu..hahahah...gasak le..sendiri nak makan..kekekek
resepi ni dari kak fida@ myr...sumber dari tun...tengok tun buat bun coklat hari tu terus terpikat..tapi takat salin resepi je la..hahahha..ni baru nak buat..kekekek..apa2 pun terima kasih pada kak fida atas resepinya...roti pun sedap walaupun saya guna tepung gandum je..hehehhe...dan tak lupa jugak pada tun..kita cnp dari blog awak ye...tq..:)
oh ye...saya bz skit hujung minggu ni sebab hari esok..sabtu saya ada masak2 utk hantar masjid...jadiknya memang tak online la...pd yg berkunjung dan meninggalkan komen terima kasih banyak2 ye....nanti saya buat kunjungan balas..hari ni dah start nak membasuh segala periuk belanga..hehehhe...masak utk 100 org punya makan..menu nasi baryani ayam....baru2 ni buat rasa best lak..so kitaorg cadang nak hantar menu baru..kekekek...lepas tu lawan dgn air asam....biasanya family saya hantar masjid bulan syaaban..tapi thn ni hantar awal sebab nanti berderet org duk hantar masjid...hehehhe..harap2 segalanya berjalan lancar..Amin...:)
ROTI DOH ASAS
- 220 g tepung roti ( lbh kurang 2 cwn)
- 80 g tepung gandum (lbh kurang 1/2 cwn)
- 60 g gula halus (1/4 cwn)
- 1/2 sk garam
- 1 sb susu tepung
- 2 1/2 sk yis
- 1/2 bj telur
- 125 ml air
- 30 g mentega
- 1 sk chocolate emulco
- 1/2 c choc chip
cara2
- masukkan semua bahan kecuali choc chip dalam breadmaker dan tekan setting doh
- keluarkan doh yg siap di uli (dlm 1jam setengah, bergantung pada BM jugak je), dan campurkan choc chip, uli kejap dan bahagikan kepada beberapa bahagian (tun bahagi 11).
- susun atas loyang dan perap biar naik 2 kali ganda.
- bakar pd suhu 180 C selama 10-15 minit.
Thursday, 14 June 2012
MEE GORENG UDANG KERING
Ini mee goreng sempoi yg saya masak bila teringin nak makan..hehehhe..kadang2 teringin mee goreng tak banyak bahan cam gini....wangi je bau udang kering...lepas tu semua bahan ditumbuk guna lesung tak blend..:)
k lah meh tengok resepi...tak tau nak citer apa sebab tak cukup tido tengok bola semalam..hehehhe...
MEE GORENG UDANG KERING
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
1 paket mee
sayur kobis dihiris
daun sup dan daun bawang dihiris
cili merah dihiris
1 bawang besar*
4 bawang putih*
3 sudu besar udang kering*
10 cili kering direbus kejap kemudian tos * ( bahan * ditumbuk lumat)
sedikit sos ikan
sedikit gula
telor dadar dihiris
Cara
1. mula2 panaskan sedikit minyak....lepas tu tumis bahan tumbuk hingga terbit minyak dan cili masak....
2. kemudian masukkan sos ikan ....sedikit gula....kacau2 dan masukkan mee..kacau rata....lepas tu masukkan sayur kobis...kacau2 hingga mee lembut dan semua bahan mesra.
3. angkat mee dan hias dgn telor dihiris dan daun sup dan bawang dihirs serta hirisan cili merah.
Wednesday, 13 June 2012
NASI BERIANI UDANG
yummyyy!!!
makan dgn ayam goreng dan kuah asam..:)
Assalammualaikum..menu nasi briani ni saya masak 2 minggu lepas rasanya..hehehe..baru hari ni nak kuar entry...kebetulan hari tu makcik beli udang byk..tak tau nak masak apa..teringin nak makan nasi briani...rupanya ada briani udang ni...so saya pun cuba..rasa pun sedap..dan tak rugi cuba...resepi asalnya dari kak hanieliza..tapi saya ambik resepi ni dari blog cmg....apa2 pun terima kasih pada kedua2nya....
NASI BERIANI UDANG
Resepi: kak hanieliza
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula
BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!) Q tambah lagi rempah sebab nak pedas
BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula
BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!) Q tambah lagi rempah sebab nak pedas
BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
- Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
- Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....
(nota: quinnie ambik kepala udang dan rebus..ambik airnya utk dimasak nasi)
Tuesday, 12 June 2012
GULAI LEMAK PETOLA BERSOTONG
quick entry je hari ni...gulai petola ni masak minggu lepas rasanya....sekarang ni kat rumah tengah musim beli petola..hehhehe...adik mood tak berapa nak o.k tu yg tak update blog....ni ada masa senggang baru le online....dia kalau tak sempat..bw pun kat dashboard je...hahahhaha.....k lah meh tengok resepi...:)
psttt: demam n mimpi nishikido ryo tak habis lagi...hahahhaha
GULAI LEMAK PETOLA BERSOTONG
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
2 petola
segenggam ikan bilis*
cili padi secukupnya* ( bahan ditumbuk lumat)
2 bawang merah dihiris
1/2 tomato didadu
2 cili merah dihiris
santan secukupnya
fucuk n suun direndam
sotong secukupnya
garam dan gula skit
Cara
1. mula2 masukkan separuh santan....bawang dihiris dan bahan tumbuk dalam periuk...kemudian buka api perlahan dan kacau sehingga didih santan...
2. lepas tu masukkan tomato....garam dan gula skit....cili merah...separuh lagi santan...dan kacau hingga didih lagi sekali....kemudian masukkan petola dan fucuk n suun....kacau2 kejap dan masukkan sotong...bila sayur petola dan sotong dah masak boleh la tutup api. dah siap...:)
Saturday, 9 June 2012
MEE UDANG SEDAP
Assalammualaikum dan selamat malam....nak cepat sebenarnya ni..saje nak update blog sebab duk lama sgt dah gambar kerang tu...hehehhe...resepi ni dari ct zaliedana....terima kasih ct..sedap mee ni..mintak izin letak resepinya kat sini ye....
gambar udang nya tak nampak sebab nak cepat hari tu..ni menu masa puasa hari tu...biasa la kalau nak berbuka tau nak cepat je..tak sempat nak letak udang tu kat atas..semua kat bawah kuah..hehehhe
terima kasih pada yg sudi meninggalkan komen dan singgah sini...nanti saya buat kunjungan balas ye..terima kasih banyak2...kadang2 tak sempat nak on the spot buat kunjungan balas sebab masa terbatas....:)
Mee Udang Sedap
Resepi: ct zaliedana
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
Mee Kuning (Aku guna lam 300gm jer,coz mkn ber2
jer)
Udang ikut suka byk mana pong,lagi banyak,lagi sedap(aku letak 4ekor udang besar)
1ekor sotong di potong kecil(suka ati ler nak letak ke x)
1Biji kentang yg kecil,digoreng @rebus hingga empuk
2sdb cili kisar(aku mmg dah siap blend n letak bawang)
1@2ulas bawang putih dikisar
4 ulas bawang merah dikisar
2@3 ekor udang kecil di kisar halus
*1/2 sb udang kering dikisar halus(guna blend kering
*2Sdb tomato puree
*Sos cili
*sos tomato
*Serbuk pati ayam
*1Sdb nampla@sos ikan
1Keping Tauhu yg di goreng
Sawi n half biji tomato
*Gula,Garam secukupnya
Minyak utk menumis
*Aku letak telur rebus,cili merah,limau kasturi,daun salad yg dihiris halus bawang goreng.
*Dah Update mee tadi,coz dah publish baru perasan xda taip letak mee..Mee tuh kalo nak mkn lambat,leh la celur asing.Aku men lebur jer terus,coz hubby dah lapor bebenor.
Cara-cara:-
Aku blend ubi kentang yg di goreng dengan sedikit air,bersama udang kecik.
Pastu Aku tumis bawang putih+merah,hingga kuning,masukan cili kisar,pas agak garing,Aku masukkan kentang yg di blend ngan udang kecik tuh,Leh tambah air utk kuah yg lbh.Biarkan sebentar,pastu aku masukkan semua bhn yg bertanda*,pas mendidih aku masukkan udang n sotong..
Biarkan udang n sotong masak blh la masukkan mee kuning, sawi n tomato.Tutup api,time nak hidang tuh baru la letak tauhu,telur rebus,cili merah,limau kasturi,daun salad@daun bawangn bawang goreng,sedap di makan panas2,kOLO DIBIARKAN SEJUK MEE AKN KEMBANG,COZ MENYERAP KUAH..
Wednesday, 6 June 2012
GULAI ASAM KELADI + KERANG n oppa b'day..:)
yummyy bila kerang dimasak cam gini..:)
yg ni versi tak letak kerang...
Assalammualaikum...mula sekali nak ucapkan terima kasih pada rakan2 yg berkunjung ke sini dan meninggalkan komen...alahai saya tak sempat hari ni nak buat kunjungan balas...sempat nak update blog je...tengah buzy sangat2 ni....bukan nya apa..jiwa tengah kacau dgn si RYO n YAMAPI ni..hahahahha...biasa la benda baru minat..mula la nak ngadap itu je....hohoho....kalau sape2 tak kenal ryo..dia lah jejaka utk backgorund blog saya ni..hahahhaha...yamapi..nanti lah ye..saya tunjuk...kekekeke....lagu kat blog pun dah tukar dari korea ke jepun...kekekekek..jgn ada yg pening sudah la ye..kekekek
o.k lagu hari ni dari nishikido ryo..memang tak sangka dia bleh nyanyi jugak selain berlakon..dia bleh main gitar...huhuhu....suka muka dia yg cam bad boy...hahahhaha
aduii naik lupa...ni edit ni tau..hahahha..hari ni b'day oppa..kim hyun joong....gambar oppa terbaring tu dia ler....6 hb 6...b'day dia..lagi sorang b'day sama hari...dongwon beast...hehehhe..dua2 hensem wooo..kekekek...sangel chooka hamnida oppa..:)
aduii naik lupa...ni edit ni tau..hahahha..hari ni b'day oppa..kim hyun joong....gambar oppa terbaring tu dia ler....6 hb 6...b'day dia..lagi sorang b'day sama hari...dongwon beast...hehehhe..dua2 hensem wooo..kekekek...sangel chooka hamnida oppa..:)
o.k berbalik pd resepi.ni sebenarnya resepi asal dia dari kaklong @ kh267tm@myr...asalnya kaklong masak bening betik + kerang..saya tak dek betik..tu yg masak guna keladi...kata kaklong nak guna nangka pun boleh,..lain kali gi pasar malam nak gi beli nangka....
apa2 pun terima kasih pada kaklong atas inspirasi resepi...memang sedap kerang dimasak cam gini...kalau nak tengok resepi asal leh gi kat link dibawah ye...:)
GULAI ASAM KELADI + KERANG
Resepi asal: kh267tm@myr
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
1/2 kilo kerang
1 paket keladi
3 asam keping
1 bawang putih*
1 sudu kecil ketumbar*
1 sudu kecil lada hitam*
cili padi secukupnya*
sedikit belacan*
1/2 bawang besar* (bahan ditumbuk lumat)
sedikit hirisan daging
3 serai diketuk lumat
sedikit lengkuas diketuk
1 tomato dibelah 6
sedikit budu
garam dan gula
air secukupnya
sedikit serbuk kunyit
Cara
1. mula2 rebus keladi dgn air dan 1 asam keping. rebus hingga didih airnya dan tutup api..lepas tu tapis keladi. tepikan.
2. masukkan air kedalam periuk....isi bahan tumbuk...serbuk kunyit....daging....lengkuas...serai...garam dan gula.... asam keping...masak hingga kuah didih
3. lepas tu isi keladi...masak hingga keladi empuk...isi jugak tomato....isi budu....biar hingga kuah sebati....agak2 dah masak..letak kerang...biar hingga kerang masak...lepas tu bleh angkat dan hidang....
Tuesday, 5 June 2012
KETUPAT SOTONG
Assalammualaikum...dan selamat pagi..hari ni nak tunjuk menu ketupat sotong..saya sebenarnya dah lama nak buat ketupat sotong...tapi duk tangguh2...selalu kalau ada sotong mesti masak benda lain akhirnya..hehehe
untuk resepi ni saya ambik dari blog kuali.com..resepi daripada chef Rossham Rusley. sedap resepi ni sebab ala2 gulai lemak berempah...saya suka yg jenis pedas2 ni...ketupat sotong ni ada yg versi putih...versi letak gula merah pun ada...tapi saya ni lebih terarah nak buat style yg ni...:)
apa2 pun terima kasih pada chef Rossham atas resepinya....sila abaikan gambar saya kat atas tu...nak cepat tak sempat nak posing2...sumbat sekali je dlm pinggan...:)
KETUPAT SOTONG
Resepi: chef Rossham rusley
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Ingredients
- 5-6 medium-sized squids -Q lebihkan
- 2 cups glutinous rice -Q guna 1 cawan je beras pulut
- 1 cup coconut milk
- 1 tsp salt
- cooking oil
- 3 tbsp chilli paste
- 2 stalks lemongrass
- 3 red shallot
- 5 pips garlic
- 2in old ginger
- 1 cup water
- 5in turmeric leaf
- 1 cup thick coconut milk
- 1 cup water
- 3 pcs tamarind skin/asam gelugor
- 1/2 tsp fenugreek/halba
- 1 tsp sugar
- 1 tsp salt
Method
- Wash and soak the glutinous rice for 10 minutes and drain. Set aside.
- Steam the glutinous rice with coconut milk and a pinch of salt till cooked. Let it rest at room temperature.
- Next, boil the water and soak the squid for 1 minute and strain. Set aside. pada pendapat saya lebih baik sotong tu tak direbus...sebab nanti susah nak isi pulut.
- Stuff the steamed glutinous rice in the squid till 3/4 full and close the opening with a toothpick.
- To make the wet rempah paste, blend the chilli paste, shallots, garlic, ginger and lemongrass with 1 cup of water.
- Heat oil in a sauce pan and fry the blended ingredients till fragrant. Add in the coconut milk, turmeric leaf, tamarind skin and fenugreek. Put in the stuffed squids into the sauce. Season with salt and sugar. Simmer till the gravy thickens. Serve.
Monday, 4 June 2012
SAYUR CAMPUR UDANG
Assalammualaikum dan selamat pagi...hari ni nak tunjuk menu simple je..sayur campur yg saya masak minggu lepas...main campak2 je..tak sangka menjadi pulak..hehhehe...
SAYUR CAMPUR UDANG
Resepi: quinnnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2
1/2 mangkok kecil udang
1/2 bawang besar dipotong dadu
1 tomato didadu
4 bawang putih di cincang
sedikit bunga kobis
sedikit sayur kobis dihiris
1 carrot
1 capsicum hijau
sedikit kacang panjang
cili padi diketuk jika nak pedas
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub ayam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
air secukupnya
garam dan gula skit
sedikit tepung jagung dibancuh dgn air
Cara
1.mula2 panaskan minyak dalam kuali..kemudian tumiskan bawang putih dan besar hingga terbit bau..kemudian masukkan tomato ...dah layu tomato....isi udang...kacau2 kejap..isi sos tiram...sos cili ...sos ikan...dan kiub ayam..kacau2 kejap dan isi skit air..letak cili padi jika suka....biar hingga didih.
2. kemudian masukkan carrot..kacang panjang....capsicum...bila sayur agak2 dah masak...isi garam dan gula skit..masukkan sayur kobis..kacau2 rata dan isikan air tepung jagung...kacau hingga kuah likat....dah masak boleh la diangkat...
Friday, 1 June 2012
GRILLED CHICKEN CHOP n SALAD TOMATO N TIMUN
tak sangka boleh buat sendiri...huhuhu
wallah sangat puas hati dgn rasanya...:)
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua....dah masuk bulan baru hari ni...kiranya dah sampai setengah tahun dah kita ye....cepatnya masa berlalu...
hari ni nak tunjuk menu best skit..hehehhe...saya buat minggu lepas ni rasanya utk berbuka....wahhhh berbuka dah macam org putih lak kita ye...hehehhe....dah lama teringin nak buat sendiri chicken chop ni tapi selalu teragak2 sebab ingatkan susah sgt nak buatnya..padahal senang ya amat..hehehhe...memang tak yah makan kat kedai la skang ni jawabnya..hehehhe
hari ni saya tunjuk resepi dari wana@potret kasih lagi..hari tu dah cuba beef steak dia..kali ni buat chicken chop pulak...memang sedap lah..puas hati bila makan...hehehhe...terima kasih ye wana atas resepinya...nak buat pun mudah..bahan2 pun simple...mintak izin kongsikan resepi wana kat sini ye...terima kasih banyak2...:)
utk chicken chop ni saya makan dgn sayur salad...salad tomato dan timun dan juga mashed potato...yummyyy!!!
GRILLED CHICKEN CHOP
Resepi: wana@potret kasih
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
bahan2
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Q tambah satu sudu besar madu
Q tambah seulas bawang putih dicincang halus
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
* Q bakar guna non stick pan..lepas tu letak minyak skit dan bakar ayam dgn api pelan hingga masak...minyak gorengan ayam jgn dibuang....simpan utk letak dlm sos perang.
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung) Q tambah lagi tepung dlm 1/2 sudu besar
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Q tambah sedikit madu
Q tambah serbuk lada hitam
Q tambah 2 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam
Q tambah bawang putih dicincang
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar dam bawang putih hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan. bila sos dah masak...Q letak 2 sudu besar minyak gorengan ayam dlm sos. kacau sebati dan tutup api.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Selamat mencuba!!!
SALAD TOMATO N TIMUN
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
bahan2
1/2 batang timun dipotong dadu
1 tomato saiz besar di dadu
mayonis secukupnya
sedikit gula
Cara2
campur semua bahan dan gaul rata....boleh di sejukkan dlm peti ais jika suka..:)
MASHED POTATO
Resepi: wana@potret kasih
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
bahan2
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair - Q ganti dgn 1 sudu besar susu pekat + dgn air rebusan kentang
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)