Monday, 19 March 2012

AYAM BARYANI BATU PAHAT..che iza dan NASI BARYANI

saya memang suka nasi baryani..:)

makan dgn papadom memang best..kekeke

biasa guna resepi mrs dayat..kali ni guna resepi che'iza..

Assalammualaikum....sihat semua? saya malas betul nak update blog beberapa hari ni...malas nak bukak pc sebenarnya...hehehe....nasi baryani ni saya dah masak dekat 3 bulan kot...hahahaha..baru ini rajin nak letak kat blog sebab byk resepi nak di copy n paste..kekekek..nak cnp pun malas ye...ngeeee...saje masak nasi ni masa cousin balik cuti hari tu...lepas tu saje nak cuba rempah briani baru...import dari muar..cap hj sernan..dulu pernah guna cap adami...hmmmm...dua2 pun sedap...tapi yg hj sernan ni ada jual dlm serbuk..yg adami ni tak dek rasanya...

ayam briani ni saya masak guna resepi che'iza..cara iza ni lain skit dari mrs dayat...iza dia ada perap ayam ni dgn bahan2 kisar..lepas tu rempah ditumis..kalau cara mrs dayat tu rempah tak ditumis dan ayam/daging tak payah diperap...bagi saya dua2 resepi ni sedap...saya kadang2 guna resepi iza kadang2 guna mrs dayat...ikut tekak waktu tu nak makan yg mana satu..heheheh...rasa lebih kurang tapi ada la bezanya skit..kalau jenis tekak sensitif macam saya ni memang boleh perasan perbezaan dia....

terima kasih iza atas resepi mu ini...kita letak kat blog kita ye...kalau ikut iza dia masak guna daging..saya guna ayam...nasi saya masak cara mrs dayat...terima kasih pada kedua2nya..:)


AYAM BARYANI BATU PAHAT

Resepi: che'iza@myr 
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
  • 1 kg daging lembu @ daging kambing dibersihkan dan di potong kecil.-Q guna ayam
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 10 gm rempah tumis
  • * 4 tangkai lada hijau
  • * 6 biji bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • 3 sb rempah baryani
  • 2 sb tomato puree
  • daun saderi
  • daun bawang
  • daun ketumbar
  • daun pudina dipotong
  • 4 tangkai lada hijau
  • 2 biji tomato potong kecil
  • 3 sb besar susu cair diperah dgn 2 biji limau kasturi utk dijadikan tairu
  • gajus dan kismis di goreng
  • sedikit minyak sapi ghee utk menumis 

    Cara-cara

    1. Kisar bahan bertanda *. Tuang sedikit bahan kisar kedalam daging dan diperap sekejap.
    2. Tumis bawang besar yg dihiris dgn rempah tumis hingga naik bau. Masukkan lebihan bahan kisar dan tumis hingga garing.
    3. Bila bahan tumisan sudah garing masukkan rempah baryani, tumis lg hingga betul2 garing dan naik bau. Masukkan daging dan masak daging hingga daging empuk. Masukkan sekali tomato puree, garam, gula dan pak aji.
    4. Bila daging hampir empuk masukkan tairu, tomato, lada hijau, daun-daunan yg dipotong lbh kurang 2 inci.
    5. Akhir sekali bila daging sudah masak masukkan gajus dan kismis yg telah digreng. Akan bangkit minyak bila daging masak, gunakan minyak itu utk buat nasi baryani.
    6. ** tips utk gunakan daging kambing, seeloknya perap dgg dgn tepung dulu sekurangnya 1 jam utk menghilangkan bau hanyir.
     (nota: oleh sebab Q masak guna ayam..jadiknya....lepas masukkan ayam terus je Q masukkan tomato puree...garam....gula...lepas tu masukkan tairu ...lada hijau..tomato....bila dah empuk ayam baru masukkan daun2....Q letak kismis je....gajus tak letak....rempah briani tu Q tambah ikut pekat yg Q nak...sebab Q suka kuah dia kuat skit rasa rempahnya...susu pun Q tambah...tomato puree pun...main agak2 je....guna deria rasa...hehehe...)

    NASI BARYANI BATU PAHAT

    by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

    Bahan-bahan ( 4org )

    • 3 cwn beras basmathi (Q guna 4 mug beras biasa)
    • sedikit rempah tumis
    • *6 ulas bwg merah (blend) (Q guna 3 bawang merah)
    • *5 ulas bwg putih (blend) (Q guna 3 bawang putih)
    • *2"halia (blend) (Q guna 1 inci halia)
    • setengah biji bwg besar (hiris)
    • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
    • 2-3 tbsp minyak sapi (Q tambah lagi 2 sudu besar margerin)
    • 1tsp garam
    • sedikit pewarna kuning
    • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
    • 2tbsp rempah baryani (Q guna 4 sudu besar)
    • 4 setengah cwn air (Q guna 4 1/2 mug air)
    • setengah cwn susu cair (Q guna 1/2 mug susu cair)

    Cara-cara

    1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
    2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
    3. masukkan air..tunggu sampai didih
    4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
    5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
    6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
    7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
    8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

    11 comments:

    ijayuji said...

    Salam kak! alahaiiiiii... minggu ni kita diet ehehe... kena telan air liur dulu :D minggu depan lerrr buat, sedap betulllll mkn nasi2 mcm niii mmg nikmat! kalau mkn bukan takat asyik menambah, nanti nk makan lagi dan lagi :D

    ASMAH YUSOF said...

    salam kak...
    sedapnya...teringat zaman2 duk johor dulu...bulan pose sanggup redah dr pontian ke batu pahat semata2 nak berbuka nasi beryani batu pahat...hehe

    Amie said...

    Selamat pagi Quinnie,
    resepi 3 bulan tak apa, yang penting masih ingat resepi dan ceritanya... he he hee gambar tu tak pandai basi punya,
    memang sedaplah makan nasi briani dengan papadom, kadang-kadang lebih papadomnya yang dimakan.

    Mas said...

    suka nasi beriani....
    tergoda i nengokk tau..
    nasib baik baru lepas buat ...he3

    Sari Yusa Ibrahim said...

    lengkap dah ni, tak pernah lagi buat nasi beriyani sendiri w/pun suka makan. Paling suka makan kat umah kenduri, hehehe

    Anna Qawina said...

    nasik sepinggan..lauk lebih ya..

    Wani said...

    assalamualaikum.....

    samalah kita bukan malas tapi line internet punya pasal ... lama tak jumpa .. kini dah bersua kembali ... entah berapa boleh bertahan hihi.. sedapnya nasi beryani ... x pernah wat sendiri lagi nasi beryani ni hihi...

    Nieza said...

    sedapnya nasi briyani!..akak pun suka juga Q tumpang mkn sini boleh tak?..hehe

    norlieharumaini said...

    sedapnya masak.. bila punya tu

    quinnie said...

    ika..kita kalau diet mau gembar org dlm rumah ni...hahahah..memang tak makan la derang..kekekek

    asmah..kalau benda sedap jauh nak membeli pun takpe...kekekek

    hehehe..kak amie..betul tu...tang papadom memang bestkan kak...hehehhe

    mas..kalau nak tau kita buat awal dari awak...tapi baru nak post...hahahha

    sari...senang la gitu selalu dpt makan kat kenduri..duk johor ke?

    anna...boleh2...bak mai tukar ngan kek...hehehhe

    wani..dah teka jugak..mesti internet prob..hehehhe..sian dia..sabo je la ye..kalau dpt tangkap pencuri tu mesti satu kg puas hati...hahahha

    kak nieza....boleh je kalau duk dekat...hehehhe

    kak norlie..hahahahha..dah 3 bulan kak...kekekke

    Mama Hawa/Mama Nani said...

    Salam Q :)

    alahai terggoda mama tgk set nasi briyani batu pahat siap ngan papadom!!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...