Sunday, 4 March 2012

CUCUR NASI IKAN BILIS + SAUSAGE

sedap ler..suka cucur resepi kak yatie nih..:)


sedap betul la cucur nasi nih..tambah2 ada isi sausage kat dalam dia tu memang menaikkan rasa cucur..pertama kali makan cucur ada letak sausage kat dalam nya..lepas ni boleh praktikkan utk cucur2 yg lain...hehehhehe

rasanya ramai yg dah cuba resepi cucur nasi kak yatie ni..kalau nak jejak link memang tak larat nak jejak rasanya...hehehe....memang semua puji sedap dan tak rugi la kalau nak cuba..:) terima kasih kak yatie..saya kongsikan resepi akak kat sini pulak ye...

CUCUR NASI IKAN BILIS

Resepi: kak yatie
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

 Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • Q tambah  sausage..boleh ganti dgn crabstik macam kak yatie
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

1 comment:

Wani said...

salam Q ..sihat ? lamanya betul x singgah dapur Q ni .. tu la dengan kejadian yg x diduga2 pulak.. .. huhu... dah banyak kali dah buat cucur nasi kak yatie ni ,, memang best kan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...