Saturday 3 March 2012

NASI AYAM PENYET

pertama kali makan nasi ni..hmmmm

 memula makan rasa pelik sebab tak biasa..hehehe

bahan sampingan...

ayamnya...

Assalammualaikum....hari ni saya nak tayang menu yg saya masak beberapa hari lepas...ada 1/2 ekor ayam tak tau nak masak apa..last2 terpikir nak masak nasi ayam penyet ni sebab tak pernah makan...sama ada masak sendiri ataupun beli kat kedai...saje nak tau rasa...komen makcik saya...kenapa pelik nasi ayamnya? hahahhaha...saya cakap kat dia..ini la nasi ayam penyet...nasi ayam org indon...hehehe....tapi jika diberi pilihan saya suka nasi ayam versi malaysia lagi rasanya..hehehe....ikut selera masing2 la kan...mungkin sebab pertama kali makan tu yg rasa pelik skit..hehehe...

resepi ni saya ambik dari blog resepi....terima kasih banyak2...saya kongsikan resepi awak ni kat sini pulak ye...mintak halal resepinya..kepada yg berminat boleh la cuba..:) untuk nasi  dan supnya saya masak macam saya masak nasi ayam ipoh saya tu...ada la benda2 yg saya edit..boleh ikut versi saya tulisan yg bold tu...atau boleh juga nak ikut sepenuhnya cara2 blog resepi ni masak nasi dan sup...ikut la selera masing2..:)
..

NASI AYAM PENYET

Resepi: blogresepi
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
Cara Q...masuk air dalam periuk...isi 3 ulas bawang putih yg diketuk...hirisan halia...batang bawang....bila dah didih airnya...rebus ayam 5 minit je... lepas tu tos..dah tos baru Q perap dgn bahan2 dibawah...Q perap dalam 3 jam cam tu..Q tambah satu biji telor ayam....nak goreng baru tabur tepung dan goreng hingga kulit rangup.
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup.
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  3. Q tambah air rebusan ni sedikit serbuk lada hitam...
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. -Kite takde nie -Q ada tempe je
  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
Cara Q masak nasi...panaskan 3 sudu besar planta dalam rice cooker...dah cair...masukkan bahan tumbuk ( 2 bawang putih + sedikit halia)....lepas tu masukkan 3 daun pandan yg disimpul...masukkan sos tiram dlm 1 sudu besar...sedikit minyak bijan....garam skit....masukkan beras dalam 3 mug....kacau2 kejap..masukkan air rebusan ayam dalam 4 mug..tanak hingga nasi masak.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


7 comments:

ady said...

as-salam Q
wah pepagi dah ada NASI AYAM PENYET kat sini...menyelerakan yummy..

Mas said...

mas pun tak pernah makan nasi ayam penyet lagi kak..
nnti2 tengok mood la..
nak beli ke @ buat sendiri..

Yatie said...

waduh2..terguda sudaaaa...mcm skrng gak nak wat nasi ayam penyet sendiri....tq berkongsi resepi..lenkali nak cuba resepi ni..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Fuyoh tempehnya kasi lebih ya mbak

quinnie said...

ady...kalau pertama kali makan mungkin rasa pelik skit kot nasi nih..hehehe

mas..baik beli dulu mas kalau ada jual...cuba rasa yg ori cam ne rasa dia...lepas tu leh adjust2 mana yg kurang....:)

kak yati...kalau suka nasi ayam yg pesen lain skit bleh la cuba..:)

kak paty pernah makan ke nasi nih? kat ipoh ni tak dek org jual ler..teringin nak rasa yg ori nye cam ner..

dZana said...

wah quinie.. penuh aksesori nya.. puas hati klau dpt mkn camni..

Wani SK said...

wah banyaknya ayam penyet .. kalau orang x pernah biasa makan memang dia kata pelik hi3.. ni pun first time buat sebelum ni pernah makan kat kedai .. mcm nasi ayam biasa pon ada gak .. tapi kalo ada serdak lagi bagus ... hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...