Monday, 5 March 2012

MEE SUP TULANG


mee sup..dah lama tak makan...saya masak mee sup ni campak2 je bahan dia...hehehe...k lah meh tengok resepi..tak tau nak borak apa hari ni..:)

MEE SUP TULANG

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

1 paket mee
1 kilo tulang
1/2 kilo daging- dipotong kecil
3-4 sudu besar rempah sup adabi
1 bawang besar- tak yah hiris
5 bawang putih- tak yah hiris
2 inci halia- ketuk kasar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
3 akar/batang daun sup - basuh bersih buang pasirnya
1 daun pandan disimpul
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk jika suka
garam dan gula skit
bawang goreng
daun sup dan daun bawang dihiris
3 tauhu- digoreng dan hiris
sambal cili kicap- blend bawang putih + cili + kicap

Cara2

1. mula2 basuh bersih tulang dan daging..kemudian masukkan kedalam periuk...masukkan juga air secukupnya tuk merebus...lepas tu masukkan rempah sup..bawang besar..halia...bawang putih...lada hitam...daun pandan....segala rempah dan akar daun sup....kemudian masak hingga daging dan tulang empuk...biasanya 2 jam.

2. lepas daging dah empuk...masukkan gula dan garam....tabur bawang goreng skit dan tutup api....

3. boleh la hidang sup dgn mee..tauhu yg digoreng..daun sup dan bawang yg dihiris...serta sambal kicap. dah siap...:)

5 comments:

CT Delima said...

As'salam Quinnie

maaf lama tak menyonggah, kesibukkan sedikit tu yang jarang nak BW sana sini.

k.ct paling suka sup2 ni, tambah lagi sup tulang memang fav En Hubby lak tu. kalau hirup panas2 ada pulak sambal kicap power lagilah Umphhh! hehehe

izahdaut said...

kak Q.. dan dan saya kebuluran nengok sup tulang siap ber mee baai ni. sedap wangiii je ni. slalu bulan2 raya memang best buat makan gini. seperiuk besorr mcm org masak tuk kenduri tu pun boleh habis kan

Cheq Sue said...

kalau sup tulang gini, better beli je cheq sue, yang nak makan pun sorang aje, tak berbaloi nak buat. tha masalah problem is nak beli pun tarak orang jual... kena pi makan kat ipoh ni gayanya

Ayu said...

assaalm q,
akak suka mee sup...
campak cili padi lepas tu berpeluh menangis kepedasan..hehe..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum quinnie..
wah mee sup tulang... akak nie kalau bab mee/ mihun/ kuewtiau ker.. masak sup gini.. memang fav sejak kecil lg.. mmg best!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...