Wednesday 7 March 2012

PARU KAMBING MASAK DENDENG


Paru ni pun saya masak kelmarin....sekali dgn hati kambing tu...kawan saya tak makan paru..jadiknya dia bagi saya paru kambing nih..tak tau nak masak apa..last2 masak dendeng sebab dah lama teringin nak masak paru dendeng nih....tengok dalam buku masakan cam best je..tapi memang best pun tak rugi cuba..hahahhaa..lain kali boleh la variasikan resepi paru selain dari goreng dan masak sambal...paru yg saya masak ni pedas betul..jenuh nengok air sambil ngabiskan nasi sebab saya ni tak kuat sgt makan pedas..hehehe

k lah meh tengok resepi..:)

PARU KAMBING MASAK DENDENG

1/2 kilo paru kambing/ paru lembu pun boleh
kicap pekat secukupnya
kicap lemak manis secukupnya
sedikit gula merah
garam
minyak masak
1/2 cawan bawang goreng
1 kulit kayu manis
3 buah pelaga
1 bunga lawang
1/2 cawan santan pekat- optional
sedikit air asam jawa


bahan blend
1 genggam cili kering- direbus dan tos
1 bawang besar
3 bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 sudu besar jintan kasar
1/2 sudu besar jintan halus

Cara2

1. mula2 basuh bersih paru..kemudian...rebus paru dgn air dan 3 hiris halia...rebus hingga paru empuk...dalam 30 minit cam tu...lepas tu tos dan sejukkan..kemudian hiris2 nipis...panaskan minyak...goreng paru yg telah di gaul dgn garam dan kunyit...goreng hingga masak tapi tak yah rangup..agak2 masak je....lepas dah masak...masukkan paru didalam mangkok..isi sekali kicap pekat dan kicap lemak manis..agak2 la nak letak byk mana ye..agak2 rata....kemudian perap sekejap.

2.ambil satu senduk minyak dari lebihan goreng paru tu..masukkan kedalam kuali....lepas tu tumis bahan2 blend..bila dah naik bau masukkan rempah2 tumis...masak hingga cili masak dan terbit minyak

3. bila dah terbit minyak..masukkan air asam jawa...garam dan gula merah..kacau hingga didih...lepas tu masukkan daging dan kicap yg diperap tadi...masak hingga terbit minyak..lepas tu masukkan santan...santan ni kalau tak dek pun tak pe....kacau dan akhir sekali..masukkan bawang goreng..kacau2 hingga rata..biar hingga terbit minyak balik.....dah masak boleh tutup api...dah siap..:)

4 comments:

Mas said...

klu paru memang mas suka..
sedapnya tengokkk....

izahdaut said...

bila tengok resepi je dah tahu kesedapannya. bila ada jintan bagai tu mmg sedap. saya suke paru, tapi bila big bos tak mkn organ dlaman ni. so mmg tak penah la masak paru. huhu..sedapnya.. kak q.. tumpng makan.. ^___^

Pen Biru said...

mana nak cari paru kambing ni..kat market semuanya lembu..ehheh

Siti said...

Salam saya dah masak guna resepi ni. Tp sy campur je hati dengan paru kambing ( daripada akikah). Alhamdulillah sedap. Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...