Thursday, 29 March 2012

IKAN KEMBONG MASAK KUALI


Dah lama nya tak makan ikan masak kuali ni...ni resepi dari che'iza...saya suka resepi ni sebab ada letak halba dlm masakan ni...ada bau2 kari skit..hehehhe...apa2 pun terima kasih pd che'iza....kita kongsikan resepi awak kat sini ye...dia kalau nak guna ikan lain pun best jugak ni...:)

IKAN KEMBONG MASAK KUALI

Resepi: che'iza @myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2
  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

13 comments:

KakAsma said...

qinnie,
nampak sedap iakn camgini..mmg tul makan ikan gini bagi dia serap rempah2 tu baru laa terasa nikmat nyer makan..
pandai che iza bg namakan..hihihii

Amie said...

Selamat pagi Quinnie,
teringin nak tahu asal usul kenapa dinamakan masak kuali...

Sheila Shafeareen said...

Salam sdp kan Q ikan grg di masak cam ni...nak pulak ad arasa kari dan sambal nya tu...halba mebangkitkan bau kesedapan masakan...

ijayuji said...

Salam kak! kita dah lama salin resepi ni masa kat MyR dulu n sampai skrg tak terbuat buat hihihi...alasan tak jumpa ikan :D nanti nak cuba buat lah! :D

maz said...

sdpnya klu dpt ikan Q ni wak lauk tghri nti...rmah kmaz ayam nga dging je hri2...anak2 xmkn ikn...huhuu...

nuwairani ismail said...

awal2 pagi lagi dah tayang ikan ni.. nak tanya la...ikan boleh ke masak kuali? heheh....

nani tak penah pulak masak benda2 yang ada halba. selalu mak letak halba dalam nasi dagang.

Mas said...

kak Q,
mas pernah try resepi ni..
memang sedapppp....

izahdaut said...

aaa lauk ni dulu pernah glemer kejap. saya je tak terbuat2 lagi. haishh nak buat jugak nanti.. mekasih kak Q ingatkan saya balik. hehe

Wani said...

assalamualaikumm.. dan selamat pagi ..
dah tayang gambar untuk menu tengahh ari ni hihi ...ai lama dah tak masak ikan jenis macam ni .. sedap nengok

Qasey Honey said...

sedap la tgk ikan kembung kuali tu...mcm2 nma resepi ni kan...ni kalau kalu masak kt periuk mesti xjd n sedapkan...hehehe...

zila 4ever said...

salam quinnie
suka BW tghry..sbb dapur msing2 byk hidagan sedap2..cuci mata..syookk jew..ikan tu klu dapat nasi panas2 ..x sedar org blakang..:)

quinnie said...

kak asma...resepi ni mak che'iza yg bagi nama..dia pun tak tau ngape mak dia panggil nama ni..hahahhah

kak amie...memang ini nama panggilannya...hehehhe

kak shiela..betul tu..ada la beza skit dari masak sambal yg biasa..hehehhe

ika..hahahhaha..kita pun itu la sekali dulu masak lepas tu terus hantar laporan kat myr..tak ingat sebenarnya nak masak lagi...kekekek...ni ada ikan baru la teringat nak masak lagi...kekekke

kak maz...kalau nak masak ayam pun boleh jugak ni kak..hehehhe

nuni...hehhehe...kalau agak2 nak habiskan halba boleh la cuba resepi ni...kekekek

mas...hehhehe..tu la tengok ada laporan masakan awak kat myr...kekeke

izah..oo pernah glemer dulu ye...hehehe

wani...kita sekarang jarang beli ikan..tu kalau ada mula la nak menerai segala resepi...hehehhe

qasey..hehehhe..tumis kat periuk memang tak sedap le..nak kuali jugak...hahahhah

zila..kita pun lambat baru leh bw ni...tak dek masa free..sempat update blog je...hehhehe

Diana @ Melley Mey said...

Nampak menarik.. Akak x perna lg buat... Nanti bole ler cuba resipi nie kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...