Sunday, 20 November 2011

Ayam sos siam berpetai



Assalammualaikum....ohhhhh..dia kalau dpt chotiiiii..kekeke..tak hengat dunia nak update blog ek? kekkeke..malas tul nak update..masak tetap maintak gak tiap2 hari..kekkeke..dia bukannya apa..hari tu cousin balik cuti...duk bz masak memanjang sampai letih nak bukak pc...ambik peluang la rehat sampai hujung minggu..lagipun hujung2 minggu ni tak ramai sgt yg update blog memasing...kekeke

ayam sos siam ni tertarik saya tengok masa nuni@nuwairani masak hari tu...nampak merah je kuah dia tu...tu yg terus terpikat..memula tengok  ayam sos siam ni..kat rumah kak ummi kuantan...lepas tu ramai yg dah cuba rasanya..saya je yg jenis terlambat skit nak join korum..heheheh...

apa2 pun terima kasih kat kak ummi kuantan atas resepi yg simple dan sedap ni...saya letak resepi akak kat sini pulak ye...cuma saya tambah petai dalam masakan ni sebab nak habiskan petai dari kering...kekkeke....saya copy n paste dari rumah nuni..terima kasih nuni...
 
 
AYAM SOS SIAM
 
 
 
Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la) -saya guna daun limau purut
  • sedikit gula (optional) -
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • saya tambah petai


CARA NAK BUAT:-

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) 
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...Selamat Mencuba :=)

6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ayam tu nak,,petai pulak tak nak sebab sorang pun kat dalam umah ni tak makan petai.So petainya kak ros letak tepi pinggan ya.

quinnie said...

kak ros...heheh..saya pun tak boleh makan petai banyak2 sebenarnya..sat gi berangin..kekekke

Yana Shaiful said...

Klu Kak Ros xnak bg yana..kami kat umah ni suka petai..Best jgk yer tambah dlm resepi ni..asyik tambah nasi je lahh hikhikk

quinnie said...

yana..petai ni penambah selera bila dimasukkan dalam masakan..kekekek..kalau kat rumah ni mesti licin...kekekek

nuwairani ismail said...

akhirnya.....siap juga ayam ni....dengan petai lagi tu...kite belom jumpa petai lagi sejak2 balik kg ni...kat sini ujan je manjang...terasa nak makan ulam petai cicah budu la pulak.

quinnie said...

nuni...balik kg mesti semua benda nak dimakan ye...hehehhe..kat perak ni sentiasa ada petai..hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...