Friday, 5 August 2011

Pau sardine goreng


yg ni pun menu sebelum bulan puasa....pau sardine goreng...bestnya tak sangka boleh pandai masak ni...terharu rasanya..keh keh keh...masa waktu belajar dulu suka beli pau cam gini tapi inti tuna...bila makan baru teringat..rupanya dah biasa makan pau ni...hehhehe...tapi kali ni buat sendiri je....skang kalau beli agaknya dah seringgit lebih kot rega dia....resepi ni saya ambik dari rumah kak yani@decochoco...kalau nak tengok versi kakyani bleh tengok kat sini kakyani terima kasih ye kak atas resepinya....sedap....saya copy n paste resepi dari rumah akak ye...saya ada edit skit resepi sebab tak pakai tepung roti..pakai tepung gandum je...saya tambah water raux sebab nak perabih stok...memang bagus la water raux ni...lembut je pau ni...:) yg tulisan kaler bold versi edit saya...

Pau sardine goreng

Resepi asal: kakyani@decochoco
Resepi:quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Pau Sardin Goreng
Bahan-bahan ( 8 biji )
Untuk pau:-
• 200g tepung berprotin tinggi atau tepung gandum -saya pakai tepung gandum...300gm
• 1 sudu besar mentega -1 1/2 sudu mentega
• 20g gula
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil yis kering -1 1/2 sudu kecil yis
• 140ml air atau susu segar (suam atau suhu bilik) -saya ganti dgn 1 sudu besar mumbung susu pekat manis 
air secukupnya...pandai2 la adjust sendiri ek...lebih kurang 140ml tapi saya tak habiskan..masuk skit2...
2 sudu besar water raux resepi klik sini

Untuk inti sardin

• 1 tin kecil sardin
• 1 biji bawang besar - dihiris
• 2 ulas bawang putih - dihiris
• 1 biji cili merah - dihiris
• Sedikit garam
• Sedikit gula
• Sedikit serbuk lada sulah
• Sedikit minyak masak
• 1 sudu besar jus limau nipis

Cara-cara:-
Untuk inti:

  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.
Untuk doh:
  1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan. saya campurkan tepung dgn gula dan garam...kemudian gaul rata...lepas tu buat lubang ditengah2 tepung tu dan masukkan yis...lepas tu masukkan air skit...sekadar nak aktif kan yis tu...lepas tu masukkan susu pekat, mentega dan water raux....uli rata...kalau kurang air..tambah air sampai doh tak melekat ditangan dan jugak pada mangkok....
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buatlah sampai habis.
  6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang

9 comments:

ijayuji said...

Salam kak! sedap ni pau goreng sardin! lama tak makan sardin! hihihi... sardin kita tu ada lg se tin, nak guna syg betul pkir 2 3 4 5 kali wakakakaka.. alaaaaa nak buat pau2 gini malas nyer nak buat adunan dia tuuu jer! haish! penattt lerrr :D

izahdaut said...

ni kalau dapat sekali hadap 4-5 ketul. serius memang suke pau inti sardine ni. insyaAllah nanti nak try resepi kak yani ni la pulak. tq Q!!

Cheq Sue said...

amboi...buat pau goreng pun pakai water roux eh... :) kalau kat kg cheq sue ni panggil roti goreng inti

nuwairani ismail said...

dah lama tak menguli ni (walaupun baru minggu lepas menguli pau). teringin pulak nak makan benda2 yg mcm roti ni..

Nurul said...

Salam, Kak Q....
yang ni best sbb inti sardin... mau makan 3 4 5 ketul sekali, x hingat kang... kalau rajin, nanti nurul nak try lah ni... :)

IMANSHAH said...

terjah pau di sini

quinnie said...

walaikumsalam semua....

malam baru bw..bz nak mampos hari ni..hehehhe..letihnya...masak masak dan masak lagi....kekkeke

ika..simpan je la sardine tu...hahahaha...kita pun idak le rajin sgt nak mengepau di sebenarnya....nak ngabiskan wr yg thn 3 ari tu...terpaksa la merajinkan diri yg sentiasa malas nih..kehkehkeh...

izah..sedap pau ni...insyaallah tak rugi cuba...makan 2 ketul dah kenyang dah izah...mau muntat kalau makan sapai 4 kekekek

sue...kena carik alternatif lain bila tak dek tepung roti..kekekek...tekak dah biasa makan yg lembut2 cam doh tepung roti...terpaksa la carik ikhtiar sendiri biar pau rasa seakan-akan sama...kekkeke

nani...kalau nak beli pau cam gini memang payah la nak jumpa..kl byk le...kat sini kalau nak makan memang kena buat sendiri..kekkeke

wah nurul...bersemangat waja..hehehe..selamat maju jaya ek...

tq imanshah sudi terjah sini..:)

Deliah's Deli said...

sedap ni..opps,x sedar dah mkn 3!hehehe :)

quinnie said...

hehhehe..dell memang sedap resepi kakyani ni...rasa macam jual kat bakery nye pau...kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...