Friday, 2 December 2011

Spaghetti Bolognese



saya kalau buat spaghetti memang suka guna resepi mutiarazura@myr ni..pertama kali cuba dulu terus jatuh cinta....sedap pada citarasa saya sebab kuah dia ada letak susu...buat sendiri memang best sebab boleh letak daging banyak skit dan kuah boleh letak banyak2...hehehe...saya dah lama sgt tak makan spaghetti....akhirnya dpt jugak makan.....bukannya tak nak masak..tapi makcik dan ahli keluarga lain tak suka sgt...saya sorang je yg makan....kalau masak memang saya sorang je la tukang perabih..memang tak makan nasi la hari tu jawabnya...hehehe....

terima kasih pada mutiarazura atas resepi yg best ni...saya kongsikan resepi awak kat sini pulak ye....terima kasih..:)


Spaghetti Bolognese

 

Resepi: Mutiarazura@myr 

by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

 

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

13 comments:

dZana said...

salam pagi jumaat.. pagi2 akk dah bertandg.. terlepas pulak menu soto daging utara.. spgtti pun boleh jugak la quinie.. rspi di MYR.. jarang dah menyelongkar di MYR skrg ni.. kalau dulu2 selalu berforum di situ.. skrg dah ramai muka2 baru.. yg lama2 dah jarang muncul..

AZLITA AZIZ said...

salam Quinnie..

waaa.. ada spagetti la kat sini.. dah lama tak buat spagetti.. hihi akak ni tak berapa pandai makan spagetti tapi anak2 suka! kalau buat akak sorang yg tak dapat makan.. huhu

Wattie said...

Salam Quinnie,
Sedapnya spaghetti......akak satu famili suka, kalau buat satu bungkus 500 gram tu, insyaAllah habis.....

Zaliedana said...

Assalam kak q,sy mmg suka spaghetti bolognaise nih,selalu guna pasta angel hair,mmg sedap n lembut..Kat umah mmg selalu ada jer stok angel hair n daging cincang,sbb kalo xtau nak msk pa,msk gini ja,gerenti abis,sbb hubby n sy suka,hihi..

Amie said...

hamboooiiii....minumpagi dengan SB di sini ye Quinnie. kak Amie suka bubuh kuah spaghetti banyak-banyak, sebab suka! pagi ni bertukar warna mata jadi biru tak Quinnie... he hehehhh

tun_telani said...

morning kak Q ^^ tun suka makan spagetti! sbb tun x mkn daging, tun biasa letak ayam.. pastu kan, sbb tekak melayu habis, tumis cili giling jugak. hehehe

cik cek said...

Tetiba teringin lak nak makan spaghetti...ish2...sumenya nak makan...adoiai!...

Ayu said...

Assalam q, aduh dah lama tak buat spaghetti bologneise..tengok q punya..rasa nak buatlah pulak..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Q..lain kali klu bt spaghetti ni roger jer yana..sekelip mata jer bleh abiskan hihii..semua jenis pasta yana suka..nnt nk try resepi yg ni plak..mst best :=)

JUICY CAFE said...

wslmkm qq..bak sepiringg..peberet nih q..

Cendana Kasih said...

Q, akak bawak piring yang sama patern mcm Q punyer tu...hehehe...suka akak makan spegeti ni..

ingat nk buat lagilah dalam masa terdekat....

Nazrah said...

hmm..tak pernah plak letak susu..nanti lain kali kita cuba...

quinnie said...

kak dzana ni ahli myr lama ke? masa saya join forum dulu tak tau dpt bertembung ngan akak ke tak....mungkin pernah baca komen2 akak kat forum dulu je..hehehhe...

kak azlita...hehehhe..terbalik pulak ye kak...rugi kak tak makan spagetti...sedap...kekekek

kak wattie..syok la gitu semua makan..saya ni jenuh nak perabihkan..hehhehe

ct..kita lak tak berapa nak suka angle hair sebab lembut sgt...hahhahah..tak puas makan lak rasanya...makcik terbeli angle hair la pulak hari tu...adusss...

kak amie...bukan mata biru je...dah sampai hijau sebab jenuh nak perabihkan sorang2...hahahha

tun..la tak makan daging ek..sama cam kawan kita la...teringat lak kat dia...huhuhu

kak cek...memang gitu la kan..tengok org masak itu dan ini kita pun teringin jugak...kkekeke

kak ayu..cuba lah..sedap resepi mutiara ni...hhehehe

yana..ramai betul peminat spagetti rupanya..kalau duk dekat memang kita kasi sebab tak larat nak habiskan...hahahha

kak suhairi...boleh je kak..berpiring2 boleh angkut bawak balik..hehhehe

kak ck...hahahha...saya nye piring sama je duk tayang kat sini...rasanya lepas ni jadik trademark..kekekek

kak naz..sedap kak bila letak susu....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...