Friday, 16 December 2011

Telor masak kicap lada hitam

teringin nak makan telor kicap resepi kak ummi..:)

rasanya ramai yg dah cuba ni....memang sedap..dan senang nak masak..kekeke

Assalammualaikum...hari ni tunjuk menu telor masak kicap lada hitam dari kak ummi kuantan..saya dah lama nak cuba masak ni...baru2 ni je berkesempatan..hehehhe...saya kalau masakan berkicap ni memang suka..tak kira la masak apa pun..hhehehe..masa selongkar2 nak carik balik link resepi ni....saya tinjau2 jugak resepi masakan telor yg lain..berbagai2 resepi ada yg tak pernah saya masak...memang menarik utk dicuba...nampaknya pagi ni sesi menyalin resepi telor la jawabnya....hahahha

terima kasih kak ummi atas resepi yg sedap ni...mintak izin kongsikan kat sini pulak...:)


TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan:-
  • 3 biji telor
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 - 2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang
  • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • sedikit garam (jka perlu)
  • sedikit air
  • minyak utk menumis
Cara-Cara:-
  1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
  5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
  6. Tutup api dan hidangkan.

11 comments:

Nurul said...

Assalam, Kak Q...
sesekali makan telur masak camni pun sedappp juga yer.... ;)

tun_telani said...

morning kak Q! ni reseppi telur masak kicap yg paling sedap yg pernah tun try. hihi...

Ayu said...

Assalam Q,
wah lauk te;ur kicap ni mesti laku punya kalau masak..selalunya time akak malas nak masak atau buntu tak tahu nak masak apa, lauk nilah akak ku buat..heheh..tg versi kak ummi ni belum pernah cuba..dah ramai yang cuba kak rasa..boleh masuk list ni..

quinnie said...

nurul..kalau dah buntu tak tau nak masak apa..dari telor goreng je baik masak kicap...hehhehe

tun..betul tu..kekeke...letak sos cili dlm dia memang lagi sedap biasanya masak kicap ni...kekkeke

kak ayu...memang ramai yg dah cuba ni kak...tapi sebab kan saya ni terlambat..tak larat nak jejak link...hhehehe....menu yg pasti licin bila masak..senang nak basuh pinggan..hahahha

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

SALAM QUINNIE..YG SIMPLE & MUDAH LA YG PALING SEDAP :D.

Ucu Faridah said...

salam quinnie..
hari ni kita sedondonlah hitam...kita tukar2 isi pinggan nak tak...?

ady said...

as-salam q
walaupun ringkas tapi sedap tu ..

Yana Shaiful said...

Dah lama xmsk telur cani..mmg best kan klu mkn dgn nasi panas2.. ringkas dan sedap :-)

Amie said...

Selamat malam Quinnie,
dah cuci pinggan ye.... mesti dah habis telur tu, memang sesekali masak telur, makan telur, sedap sangat...nak pula yang masak begini, kena masak nasi lebih laaa kalau hidang TMKLH

Yatie said...

singgah sini tngk telur masak kicap...waduhhh terus lapar lerrrrr....maunya bertambah2 kalau lauk mcm ni..simple tapi sedapkan..

quinnie said...

kak atie..betul tu kak...simple dan sedap...hehehe

ucu..boleh je...best woo makan ayam masak kicap..tambah2 org lain yg masakkan...hehhehe

ady...kadang2 bila kemalasan melanda..masak simple2 je la..hehhehe

yana.betul tu kadang2 tak tau nak masak apa...masak simple2 je la..hehhe

kak amie...gerenti habis kalau masak telor cam gini...hehhehe

kak yatie...bahan2 pun senang nak dpt..mesti ada nya kat rumah..bila2 teringin boleh masak..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...