Saturday 7 January 2012

KEK PUDING KARAMEL....kak yani

Suka tang karamel kek ni..lembut sangat..:)

atas dia tak rata sebab kek ada kat dalam...hahahha...tengok betul2 tak nampak lapisan kek kat bawah dia kan...kek ada kat dalam...hahahha

dah potong baru nampak kek kat dalam dia...hahahha..mati2 ingat kek ni tak jadik asalnya..tapi rasa tetap maintain sedap..!!

Ini lah kek yg telah mencetuskan ilham saya nak buat puding karamel permata tu...heheheh..org lain buat elok jek jadiknya..saya pulak kalau diluar tengok cam puding karamel biasa..tapi sebenarnya kat dalam ada kek..kekekke...

mungkin loyang tak sesuai sebab besar ....lepas tu kurang telor....saya guna saiz kecik so kek tu kecairan dia tak cukup..dah ingat nak tambah telor tapi bila dah pukul telor baru teringat....hmmmm...sebelum tu dah buat adunan kek tapi tak jadik sebab silap cara..kekekek..baca tak habis..hmmm terus adunan tak rata..terpaksa la buat lagi....saya dah malas sebenarnya nak teruskan tapi sebab kan nak makan dan sayang kat karamel yg dah siap dibuat...saya teruskan jugak tapi tawakkal je dgn hasilnya...hehehhe...

dah seharian dlm peti ais baru ada mood nak potong dan makan...kiranya tak berapa nak pandang sgt la awal2nya tu..hehehhe..lepas potong...terus surprise gitu...hhahhaha..tak sangka cantik pulak dlm dia...kakakka....terus makan..rasa pulak sedap sangat...mungkin sebab karamel dia tebal dan lembut...hehhehe..terus chenta...kekeke...dek kerana tak cukup makan..terus dpt ilham nak buat  PUDING KARAMEL PERMATA tu...hehehhe....

k lah meh tengok resepi kak yani yg best ni..:) saya cnp dari blog ika...my resepi tak leh bukak pulak...nak tengok versi ika yg cantik boleh gi sana ye..:)

KEK PUDING KARAMEL

Resepi: kak yani
cnp: ika@arah 
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com 

Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair :D
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan 

Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

10 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam Q, mmg banyak koleksi kek puding karamel Q ni, suka akk tgk n sedap nmpk

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Wow...dah sampai dapur quinnie..akak belum berani cuba...apa pun akan buat sebelum naik kerja

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam quinnie..lom pernah mencubanya lagi,tumpang mkn kat sini,blh?

Cheq Sue said...

ish ish ish...dah jadi tokey kek karamel ke nih... saja la tu goda orang soh buat.. xleh jadi neh!!

quinnie said...

kak rosa...saje nak cuba resepi kak yani ni pulak..hehehhe..elok guna loyang kecik kalau nak buat kek ni....

kak paty..moga berjaya kak...hehehhe

kak atie....lebih kurang sama je dgn kek karamel tu cuma yg ni kena ikut cara dia betul2 klau dak tak menjadik keknya...hehhehe

sue..tokey utk makan sendiri je...hehhehe

Along Maklong said...

maklong pun belum cuba kek ni..
bila teringin.. tumpang tengok kat blog orang lain je.. tapi semangat tak timbul2..

Amie said...

rajinnya quinnie mengekek puding karamel... kak Amie kalau buat, puding karamel saja.. he he heh

Mommy Alma said...

bley lak kek tersorok2 ye Q hihihi..enjoyyyyyyyyy makan!

Nuwairani said...

hari tu kite pon ada try buat kek ni...jadik x berapa cantek jugak sebab konfius dgn cara2nya tu. mcm duk terbayang lagi kek karamel pn munirah baharom tu...apa pon, kek tetap juga sedap..

quinnie said...

maklong....kalau 1 time nak buat puding ni elok guna resepi kak munira tu dulu..dah biasa buat kek ni baru leh cuba resepi kak yani ni.hehhehe

kak amie..saya kalau puding karamel saje tak larat nak makan..ada kek ni rasa best skit..hehhee

kak alma...itu la pasalnya..org lain elok je rupanya..agaknya loyang saya ni besar sgt..hehehhe

nuni..lamanya tak dengar citer dia..memang lain cara nak buat kek tu..tak leh ikut cara kak munira..tu yg kita tersilap masa memula tu...terpaksa la buat 2 time..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...