Sunday, 11 March 2012

KELADI ITIK MASAK TAUCU


Keladi itik/ keladi bunting ni memang kesukaan saya...makcik suh masak taucu..dia nak kuah pekat2 sebenarnya...kiranya tak berkuah sgt..saya p buat berkuah...heheheh....apa2 pun berkuah ke tak ke memang sedap...kekeke...

k lah meh tengok resepi..:)

 KELADI ITIK MASAK TAUCU

1 ikat keladi itik/bunting
1 bawang besar dibelah 4
2 bawang putih di tumbuk
sedikit halia ditumbuk
10 cili padi tumbuk kasar
2 sudu besar taucu
air
garam dan gula
1/2 cawan ikan bilis

Cara2

1. mula2 panaskan sedikit minyak dalam kuali...kemudian tumis bawang besar...bila dah layu dan kuning2 sikit..masukkan halia dan bawang putih tumbuk..masak hingga naik bau..kemudian...masukkan taucu....kacau2 dan masukkan air...lepas dah masuk air masukkan ikan bilis dan cili padi...

2. masak hingga kuah didih...lepas tu masukkan keladi itik...masak hingga keladi lembut...sampai nampak lembik batang keladi tu....jgn masak kejap sgt sebab nanti keladi tak masak....

3. bila keladi dah lembut..isi gula..garam rasa dulu baru letak sebab takut dah masin...dah rasa semua boleh la tutup api..:)

5 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Buat sambal belacan sekali pasti ngam

Amie said...

Oh! Dia panggil keladi bunting ye... di sini orang tempatan panggil genjer. nak cubalah masak taucu pulak sebab biasanya kakak masak dengan belacan je.

ijayuji said...

Salam kak! annyeong! tak pernah dgr keladi2 gini buat masak tauchu :D nmpk sedap pulak akak buat berkuah gitu, kalau kita suke berkuah kuah, makcik akak suke pekat2 pulak ya hihihi..

Cendana Kasih said...

macam2 respi bleh buat ngan keladi itik ni ye...

quinnie said...

kak paty..betul tuh..sedap makan ngan sambal..hehehhe

ika..itu la..hehehe..dia kata selera dah tua ni bertukar pulak...kekeke

kak amie..saya lak tak pernah masak belacan..wah nak cuba la nanti..:)

ck...macam2 bleh buat...hehehhe..semuanya sedap..kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...