Wednesday 10 August 2011

Nasi ayam kukus panggang

selalu buat nasi ayam ipoh...kita tukar menu laks


bahan pelengkap nasi ayam...cam biasa lah.ada cili, cili kicap, tomato, timun, daun bawang dan ayam panggang

tanya cousin nak makan apa sebelum dia gi johor...makcik kata  masak nasi ayam la...saya saje tukar skit nasi ayam ni...biasa masak yg nasi ayam ipoh...kali ni teringin nak makan ayam yg dipanggang ada taruk rempah skit..nasi pulak saya masak kukus sebab masak tak byk..lagi pun suka makan nasi kukus2 lak skang ni...hehehe...cara masak saya ubah skit sebab nak bau nasi yg slow je bau dia...cam ne cakap ek..kalau dah biasa masak nasi ayam ipoh bolehla bezakan rasa...rasa sama je..cuma bau dia kurang skit kuatnya....yg lain2 tu sama je...cuma cili tu saya buat pekat skit...teringat kat cili ni masa makan nasi ayam kat kelantan dulu...style cina...blend pekat...tambah bawang besar skit....k lah..panjang lebar bercerita..meh tengok resepi kat bawah ni..:)

Nasi ayam kukus panggang

Resepi:quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(*bahan diketuk)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega dan sedikit minyak masak
  • garam 1 sudu kecil
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  •  2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  • sebiji bawang besar saiz kecil
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap pekat secukupnya
  • BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun 
Cara2

1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 15 minit. selepas 15 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

3. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan semua bahan  kedalam blender kecuali ayam...dan  blend hingga halus...kemudian masukkan bahan blend kedalam ayam  dan kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. bila dah sejuk ayam tadi..masukkan kedalam peti ais dan perap lagi...saya perap lama..dlm 3 jam cam tu....kalau nak perap kejap pun boleh je....selepas ayam diperap, boleh lah dibakar dalam oven. bakar ayam hingga warnanya bertukar kehitaman . kalih2 kan ayam dan letak sos tadi supaya ayam tadi tidak kering....bila dah masak boleh diangkat dan dipotong2 kecil....suhu oven 170c..masak lebih kurang 45 minit..panaskan dulu oven dlm 20 m...lepas tu baru bakar ayam.

4. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak kedalam periuk  biar ia mencair, kemudian masukkan bawang putih yg diketuk..bila dah naik bau..masukkan halia. kemudian masukkan air rebusan ayam, batang bawang, sos tiram, minyak bijan dan daun pandan. masukkan juga sedikit garam dan kacau2 rata...kemudian tutup periuk tadi dan kecil kan api...masak hingga air kering je...1/2 masak cam tu...selalu kacau2 nasi...bila air cam nak kering...tutup api...lepas tu...panaskan kukusan....bila air dah didih...masukkan beras tadi dan masak hingga nasi betul2 masak...dah masak boleh tutup api...

5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur. air tak yah byk..skit je sekadar cili boleh di blend.

6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung yg dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.kacau hingga cili kicap tadi sedikit pekat..tak yah pekat sgt...agak2 la ye..

7.cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. isi garam dan perasakan sup. dah cukup rasanya...boleh tutup api dan tabur skit dgn daun sup dan bawang yg dihiris.

8.selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. nasi ayam kukus panggang sedia dihidang...:)

 (nota: nasi tu kalau nak tumis cam biasa pun boleh..ikut suka masing2..saya buat cam ni sebab teringin nak makan nasi yg bau dia style lembut ni....ralat: pada resepi nasi ayam ipoh..bhgn sos kicap dia tu..saya lupa nak letak sos tiram sebagai salah satu bahannya...sorry sgt2..dah lama letak resepi tak perasan pun selama hari ni...bila tengok balik masa nak taip resepi ni baru saya perasan...mintak maaf ye....)

8 comments:

Anawahid said...

alahai Q, renyahnya bahan2 nya ni.. hahaha... rasa sedap kalo tinggal makan jek.... ekekeke... tggu hari x keje baru leh try menu renyah2 ni... haha

ijayuji said...

Salam kak!!! waaaaaaaaa... sedap ni kak bau nasi dia ada minyak bijan! kita suke bau2 minyak bijan niii :D mcm kak ana bini tua LMH ckp renyah sikit tapi mesti hasilnyer sedap kan kak kan kan :D sekeh jer kak ana tuuu renyah lah itu lahh ini lahhh wakakakaka...

tun_telani said...

sedapnyer nasi ayam! tun biasa goreng je ayam tun.. hehe.. tp kalau panggang mesti la lg sihat.

quinnie said...

ana...senang je nak buat...tambah skit je bahan dari nasi ayam ipoh tu...hehehe..nasi tak kukus pun tak pe...:)

ika...suka minyak bijan ek...kita sebotol minyak tu setahun tak habis..itu pun beli yg kecik...heheheh

tun...panggang senang..oven yg masakkan..hehehhe

cik cek said...

Tan...

Sedapnya....lapo balik perut kak cek ni...

quinnie said...

hehhehe..sabo kakcek...dah siang ni...pose...hehhehe

lina said...

salam quinnie - mmg betul nasi ayam ipoh sgt sedap. Terima kasih share recipe nya

quinnie said...

sama2 lina..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...