nasi khabsa yg dah jadik nasi tomato khabsa...hehehhe
daging plak dari nak buat daging khabsa dah jadik daging baryani khabsa..hehhe
jenuh duk tokok tambah sana sini masa masak ni..huhuhu
Pertama kali belajar buat rempah sendiri...cuba masak nasi ni sebab nak perabihkan tomato puree sebenarnya...sayang kalau dibiarkan lama nanti berkulat pulak....ada lebihan masa buat nasi baryani hari tu....last2 terkenan kat resepi ni..lagi pun memang dah lama teringin nak cuba...
nasi saya ni sardis betul kisah nya...hehhehe.....terlebih rasa pedasnya..tu yg last2 jadik nasi tomato khabsa..kekekke..terpaksa la adjust sana sini..mungkin sebab saya tak dek serbuk cili..lepas tu saya gantikan dgn cili kering yg disangai dan dikisar...kiranya buat serbuk cili sendiri la ni...hahahha..hasilnya...cili tu memang pedas...saya pulak tak nak campurkan cili tu dgn rempah...masa menumis tu letak satu sudu serbuk cili...haaa...bahang la lepas tu bila rasa nasi yg dah dimasak....sabar je la....lagi pun rempah ni dah cukup pedas...memang tak sesuai kalau nak tambah2...
tang daging nya pulak..saya rasa2 kuah dia..ish tak bleh jadik ni..pedas jugak..tak termakan nanti..last2 saya tambah apa2 yg patut...kekkeek...akhirnya jadik la briyani khabsa...ngeee...
resepi ni saya ambik dari blog nurul...terima kasih nurul atas resepinya....nampak jugak kaknor masak nasi ni minggu lepas kot....resepi lebih kurang tapi ada beza skit...nurul kita cnp resepi dari blog awak ye...terima kasih...:)
Nasi Kabsa
Sumber : Rasa Jun 2011
copy n paste: nurul@dari hujung jari
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan:
720gm beras basmathi ~ cuci, rendam 30 minit dan toskan
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 batang lobak merah ~ diparut
2 biji cili merah
1 biji tomato ~dikisar
60gm kismis
2 sudu makan puri tomato
1 sudu makan rempah kabsa
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pewarna kuning (saffron)
1.125 liter air panas
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih serta bawang besar sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, saffron dan rempah kabsa. Kacau rata hingga garing.
3. Seterusnya, perasakan secukup rasa.
4. Setelah itu, masukkan pula lobak merak, lada benggala, cili merah, kismis dan beras basmathi. Tuangkan air panas secukupnya dan tanak sehingga nasi masak.
5. Apabila nasi telah masak, gembur atau kacaukan nasi dengan sebati selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.
(nota: untuk nasi ni..kalau yg jenis tak suka pedas2 sgt..elok skip je lada sulah serbuk tu...saya tambah kismis nak bagi manis skit nasi ni..kalau nasi terlebih pedas..boleh buat macam saya...tambahkan lagi tomato puree dalam nasi dan tambah susu cair skit...rempah tu dpt byk jugak...baik buat separuh je...)
Ayam Kabsa ( resepi asal nurul)/ Daging briyani khabsa ( resepi saya)
Sumber : Rasa Jun 2011
copy n paste: nurul@dari hujung jari
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 dan digoreng separuh masak)
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 sudu makan rempah kabsa
2 sudu makan puri tomato
1 biji buah tomato ~dikisar
1 biji cili benggala hijau ~dipotong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pewarna kuning (saffron)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan buah tomato, puri tomato, saffron, serbuk lada hitam dan rempah kabsa. Kacau rata dan tumis sebentar.
3. Seterusnya masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan biarkan sehingga masak dan kuah mesra. Perasakan secukupnya.
4. Akhir sek ali masukkan cili benggala hijau dan dikacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
(nota: sebenarnya..saya masak ikut macam cara masak ayam ni..cuma saya tambahkan lagi tomato puree dan jugak susu cair..lepas tu saya tambah kismis utk maniskan skit gulai ni..saya tukar ayam kepada daging..tapi saya tak goreng la daging tu..saya rebus dulu..kemudian hiris..air rebusan daging tu saya guna utk buat nasi...ada lebih saya tambah dalam kuah daging ni..)
12 comments:
Salam Quinnie,
Minggu ni sana sini org dok tayang set nasi berlauk kan...akak pun tak terkecuali la. Lama mengidam nak buat nasi ni tp tak terbuat buat sbb tak jumpa rempah khabsa. Nampak sedap la
pagi2 lg nmpk nasi khabsa..ok jgk kan bleh bt rempah sndiri..nnt nk try bt lah..msk list lg hihii
akak!! suke tau buat kite terliur kalau singgah sini...pepagi lagi dah nampak mende2 mcm ni...adeh... belom breakfast lagi ni...jap lagi nak gi sekolah, ada jamuan kelas. hihih...
uwaaaa.....wwaaaaa...sedapnya! rasanya minggu ini belum lagi sempat nak masak nasi berperisa, tak tahan tengok di sini Quinnie.... baliklah kakak dengan liur meleleh-leleh sepanjang jalan...
kak wattie..kalau diberi pilihan saya nak guna rempah yg asli kot..hehehhe...teringin nak tau rasa sebenar rempah dia...:)
yana...cuba buat skit dulu...:)
nuni..wah untung la dia tak yah masak hari ni...kekekke..kita hari ni letih betul..ada kawan lak menempah pelbagai menu..:)
kak amie..jgn lupa lap ek bila balik nanti jalan tu...kekkekke
belum pernah k'ida rasa nasi khabsa ni....mesti sedapkan Q
nampak sedap dgn lauknya tu....saya sama mcm kak ida juga tak pernah mkn dan rasa..lbh kurang mcm nasi briyani ke ni quinnie?
kak ida..kalau betul cara nye insyaallah sedap..:)
kak nieza...rasa macam briyani gak..cuma elok kurangkan rempah tu kalau jenis tak suka bau rempah yg kuat...:)
Kak Q,
Nasi & Ayam kabsa dah sampai cni... camner tu leh jadi pedas sangat... Cian dia...
Nasib la pandai oter plak yer... ;)
Menu ni rasa dan bau rempah lebih, nurul ader gak rasa nak buat lagi sbb rempah tu ader je lagi... tapi nak kurangkan rempah dia dlm masakan... ^__^
nurul...betul tu..kuat baru rempah dia..akak pun ada lebih lagi ni ha..hehehhe...terletak cili lebih..adehhh..terus jadik nasi khabsa caca merba..kekekek
quinnie... tgk set nasi kat atas tu punya ler mengamcam... mengoda sungguh... bertmbh ler rasa lapar akak nie... sedap2!!!
kak diana..kalau nak cuba buat skit dulu...:)
Post a Comment