Tuesday, 21 June 2011

Jemput- jemput kacang soya

saya baru ni dpt merasa jemput2 soya nih...itu pun sebab buat air soya..kalau tak memang tak dek peluang le nak merasa...hehehhe...memang sedap jemput2 nih...memang tak sangka hampas soya boleh dibuat jemput....resepi ni dari kak fida....terima kasih kakfida...sekarang ni memang tak dek pembaziran la kalau buat air soya...sampai kehampas nye boleh digunakan....rasa dia pun sedap..dah ala2 masalodeh pun ada,,,,rangup kat luar dan lembut didalam.....cicah ngan cili sos memang sedap.....k kalau berminat bleh tengok resepi kak fida nih....

Jemput2 kacang soya

Resepi: kakfida@myr


Bahan-bahan ( 1 famili )
  • 4 senduk nasi hampas kacang soya
  • 2 biji bawang besar - hiris halus
  • 1-2 batang cili hijau - hiris halus
  • 2-3 lembar daun kari - hiris halus (atau daun sup/daun bawang)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 500 g tepung gandum (jgn habiskan)
  • sedikit air jika perlu
  • Isi udang cincang,daging cincang dll...jika suka(tapi saya tk bubuh pon)

Cara-cara

  1. Satukan 6 bahan pertama dlm sebuah mangkuk dan gaul rata .
  2. Masukkan sedikit air dan gaul lagi.
  3. Masukkan pula tepung secukupnya dan gaul hingga sebati dan sehingga boleh dijemput2kan dgn hujung jari.
  4. Panaskan minyak dlm kuali dan gorenglah seperti menggoreng jemput2 biasa.
  5. Jemput2 hendaklah digoreng hingga garing supaya hampas kcg soya tak terasa mentah.
  6. Enak dimkn panas2 bersama sos cili
(nota: saya buat 1/2 bancuhan saje....adunan ni biar dia lembut skit...jgn keras sgt sebab nanti terlampau rangup...saya buat setengah bancuhan air dlm 1 1/2 cawan...tepung 250gm...kalau time panas tak pe la makan rangup2...tapi bila dah sejuk nanti susah nak gigit...hehehhe....tapi isi jemput2 ni memang lembut kat dlm dia walaupun dah sejuk.)

3 comments:

MyPeriukBelanga said...

kuuuu...chak!!
kuikuikuiii...mak datang bawak pinggan :p
salam tinggal jejak pertama kat sini sbb chatbox tak ble fungsi, company blocked :(

wah dah naik taraf adik ku yg sorang ni yer! keep e gd works!

*hugs*

-- makdaro --

quinnie said...

hahahhaha.....akhirnya.....kaknis dah ingat balik ke password blog akak...hahahhaha....alahai bestnya dapat jumpa balik......rindu seiiii....lama tak borakssss...tak pe la kaknis...borak kat sini je la...janji bleh borak...heheheh...akak ada borak lagi ke ngan kakcik ngan kaklily dan seangkatan dengannnya? saya tak sempat nak simpan ym ke apa ke...terus tak bleh contact semua...sedeyyyy

quinnie said...

kaknis...ada fb dak? bak meh sini org nak jadik friends..kalau tak dak bukak la satu...hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...