Monday, 6 June 2011

Super moist eggless chocolate cake


 saya cuba buat kek coklat dayang nih....buat tuk cousin bawak balik ke hostel....pernah buat dah dulu tapi tak ingat resepi siapa... skang ni saya.... buat kek coklat kalau ada permintaan jek....dah selalu sgt makan kek coklat...sampai dah tak larat nak makan...hehhehe...kek ni memang senang sekali nak buat...jimat tak yah guna telor dan lembut serta moist....saya mintak izin ye dayang...copy n paste resepi dayang ni kat sini...tq sebab kongsi resepi kek nih.....

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
(nota: saya sebenarnya taruk filling coklat kat dlm dia sebab ingat malas nak buat toping kat atas tu...tapi ni sebab nak posing2 so saya letak le lebihan filling dan tabur je manik2 tu kat atas dia....)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...