Monday, 27 June 2011

Nasi ayam ipoh my baby onew..:)

 hehehhe..apa kena mengena my baby onew ngan nasi ayam ipoh ni ek? hehehhe...onew ni one of my fav kpop boy band yg suka sgt makan ayam...especially ayam goreng....hehehhe...suka kat onew ni sebab muka dia baby face...comel cam baby...tu yg kalau duk panggil onew...mesti nak letak my baby onew...hahahahah...sudah2 la tu mengaruts pasal kpop...hehehhe

yg ni bahan pelengkap tuk nasi ayam...cam biasa la ada sos cili,sos kicap, ayam, daun sup dan bawang, timun dan tomato...

rasanya ramai yg dah cuba nasi ayam ipoh resepi saya nih....terima kasih sebab sudi mencuba pada yg telah mencuba....saya ni sebenarnya suka sgt makan dgn nasi ayam...dulu masa duk kl senang kalau nak carik nasi ayam yg best2....tapi bila dah duk ipoh ni susah skit nak mencapai tahap selera saya nih...heheheh....saya suka sup nasi ni sebab dia cam kosong je..dah lama saya carik resepi cam ni sebab saya suka sgt ngan sup nasi ayam makcik yg jual nasi ayam kat pasar malam area rumah saya....tapi dah bertahun dia tak niaga..tak taula sebab apa...nasib baik la dpt resepi cam biasa saya makan tu....saya selalunya kalau masak nasi ayam ni main agak2 je..hehehhe.....k kalau berminat nak cuba resepi nasi ayam ni meh tengok resepi kat bawah...resepi ni sama je ngan resepi yg saya post kat myr...


Nasi ayam ipoh

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  •  
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis  4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)

10 comments:

Ayu said...

Assalam quinnie,
nasi ayam ipoh ni dah jadi my family favourite!!!..semenjak jumpa recipe ni kat myr..akak buat dan buat lepas tu akak buat kenduri pun menggunakan recipe dari quinnie ni!!..kawan datang kerumah satu family pun akak buat..mostly lepas makan tanya recipe nya..mostly cakap sedap!!..bayangkan akak masak 2 ekor ayam tak cukup untuk 1 family ni..heheh..thanks to u dear sebab share recipe yang sesungguhnya sedap sangat!!!..

ijayuji said...

Salam kakkkkkkk!!!!! suke dgn oneww sbb makan ayam akak pun buat nasik ayam hihihi.... suke dgn resepi akak yg ni selalu jugak buat cuma tak letak kat blog kang org asyik ingat kita ni makan nasi ayam ari2 :D

Sue said...

wah Q... sedapnya nasik ayam nih.. cheq sue turun ipoh la ptg ni pi makan sama

quinnie said...

w'salam semua...

wah kak ayu dah expert ek masak nasi ayam nih...hehhehe...seronok dengar bila org lain pun suka....saya pun kalau nak hantar masjid ke buat makan2 ke memang guna resepi ni ler jugak...hehhehe...buat sendiri lagi best ye kak...bleh buat byk...jimat kos...makan pun byk jugak...heheheh

hahahha....ika...akak ngan onew ni kira sehati sejiwa la....dua2 suka makan ayam....heheheh...

jemput makan sue...hari ni tokeh nasi ayam ipoh masak nasi ayam...hehehhe

Ida,Japan said...

2 hari lepas baru buat nasi ayam ikut resepi sendiri yg selalu dok buat,...len kali boleh try style Q pulak...boleh dikatakn selalu gak buat nasi ayam ni, nasi ayam penyet baru sekali, nasi ayam digemari satu keluarga

Mama Hawa/Mama Nani said...

salam Qunnie..
Wah set nasi ayam ipoh yg menyelerakan ... pernah cuba jgk..mmg sedap sesuai ngan tekak & cita rasa kami di sini..yum3x

norlie said...

waa... best la masuk sini...macam macam ada.. selalu ternmpk kat fb je..
qunnie.. sedapnya nasi ayam tu... teringinnya..

quinnie said...

w'salam mamahawa...alhamdulillah...ramai yg suka nasi ayam ni ye...:)

salam kenal norlie...baru je bukak blog...terima kasih sebab berkunjung...:)

dalizaAriffin said...

Assalamualaikum...saya masuk blog cik puan..nampak semua menu menarik untuk dicuba, just nak tanya bab masak nasi ayam tu...kalau tak bubuh minyak bijan...tak apa ke, apa bahan alternatifnya yang terbaik..

quinnie said...

waalaikummussalam...sorry lambat skit balas daliza...

boleh kalau tak nak letak minyak bijan....awak boleh ikut cara saya masak nasi kukus ayam kat resepi nasi ayam kukus dan ayam panggang ala kenny rogers....kalau tak nak kukus pun tak pe...masak terus dlm rice cooker pun boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...