Friday 3 June 2011

Kuih kaswi dokkojin


letih sgt sebenarnya...tu yg mula nak merepek nih....drama korea pun tak layan lagi...tu yg diawang-awangan jek...hahhahah.....saya memang nomul...nomul...chowa....kuih kaswi...hehehhe...( really2 like)....dokkojin ni nama watak hero dlm drama terbaru yg tengah tayang kat korea skang nih...'the greatest love'...suka sgt kat citer nih...sama cam kuih ni jugak...hehehhe...resepi ni saya dpt dari kawan saya...resepi mak dia....saya ni suka kuih kaswi yg letak tepung gandum...tak berapa suka tepung beras...kuih ni dia lembut2 je....dan memang sedap....sape2 yg nak cuba leh tengok resepi kat bawah...senang je nak buat dia...:)


Kuih kaswi

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan2
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
  • 2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
  • 9 cawan air
  • 1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali) 
Cara2
  1. mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati dan berbuih...dia bila buih tu maknanya gula dah likat.
  2. selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi...lepas tapis sukat la dapat berapa cawan...lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
  3. campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
  4. untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
  5. sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang yg telah di griss atau pun acuan lompang yg telah di griss jugak. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
  6. kukus kuih tadi selama 15-20 minit kalau guna acuan lompang...kalau pakai loyang kukus dlm 45 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya...sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang atau loyang kuih dan  biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan penutup kukusan tadi dibuka utk kasi air tu kering.
  7. bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat kuih utk disejukkan. biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang.
  8. boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
  9. utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia...balut penutup kukusan dgn towel lembab.
(nota: satu adunan ni dpt satu loyang besar..saya buat 1/2 adunan ni je kalau nak makan tuk sekeluarga...kuih ni tahan 2 hari kalau letak kat luar...bleh simpan dlm peti ais kalau tak habis..)

2 comments:

izahdaut said...

banyak gak guna tepung ubi tuu.. tapi suke yang guna tepung gandum jugak.. puas makan kan

quinnie said...

izah....kita memang cerewet kalau part kuih muih nih...hehehhe....insyaallah tak rugi mencuba....mak kawan kita buat niaga guna resepi nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...